Posted by: singalaka | September 5, 2009

Siksa orang yang meninggalkan sembahyang

1)        Siksaan Di Dunia

  1.       Allah taala mengurangkan berkat umurnya .Dengan makna selama hidupnya sentiasa ia merasa duka cita , malang dan seumpamanya.
  2.      Allah taala tidak mempermudahkan rezekinya di dunia .Dengan makna sentiasa merasa tak cukup dengan apa yang ada.
  3.       Allah taala menghilangkan tanda atau cahaya soleh di wajahnya . Wajahnya akan dilihat kusam dan dibenci orang .Bagi orang yang sembahyang walau ia berkulit gelap sekalipun ,masih dapat dilihat cahaya nur di wajahnya.
  4.        Ia tidak mempunyai tempat dalam Islam .Ia dikatakan orang Fasik , munafik .Setengah sahabat Rasullullah saw menghukumkan Kufur .
  5.         Allah taala tak terima doanya .Jangankan doa orang yang tak sembahyang ,sekiranya kita adalah orang yang sembahyang tetapi orang yang dibawah tanggungan kita tak sembahyang ,itupun doa kita tak dikabul oleh Allah taala.Ini yang selalu kita terlepas pandang terhadap anak-anak kita yang tak sembahyang .Nabi suruh kita menyuruh anak kita sembahyang ketika umurnya 7 tahun dan dirotan akan dia sekiranya ia masih tak sembahyang ketika ia berumur 10 tahun .Ada kita buat?

2)       Siksaan ketika menghadapi maut

  1.        Mati dalam keadaan sangat hina .nauzubillahiminzalik .
  2.       Mati dalam keadaan sangat lapar.Samada tiada makanan atau makan tapi tiada mencukupi walau diberi dengan banyaknya.
  3.         Mati dalam keaaan sangat dahaga walaupun diberi minum dengan banyaknya .Ketika inilah Syaitan akan datang menemuinya dengan menyamar bagai-bagai rupa dengan membawa segelas air dan menyeru kepada kekufuran .

3)       Siksaan ketika dalam kubur

  1.        Allah taala akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya sehingga Fatimah Azzahra rha ketika nak dibawa masuk kedalam kubur maka tanah itu pun berkata aku tidak mengenal siapa yang memasuki akan daku sekiranya ia golongan yang baik maka selamatlah ia dari azabku.Bayangkanlah itu anaknya Nabi kita . Kita?     
  2.        Allah taala akan menggelapkan kuburnya .Gelap-gelap ni suatu yang dibenci.Kalau sementara takpe tetapi sehingga hari kiamat .
  3.         Allah taala akan menyiksanya hingga hari kiamat .Tidak ada contoh siksa dunia bagi siksa dalam kubur kerana terlalu siksanya yang tiada terperi .

4)       Siksaan ketika bertemu Allah

  1.       Di hari kiamat ,ia akan dibelenggu oleh Malaikat .
  2.      Allah taala tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan
  3.      Allah taala tidak akan mengampunkan dosa-dosanya sebaliknya ia akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang amat pedih .

Dosa dan balasan meninggalkan sembahyang lima waktu

    

     Subuh  :    Sekali meninggalkannya ,dimasukkan ke neraka selama 30 tahun masa  akhirat .Adapun nisbah sehari akhirat ,seribu tahun di dunia jadi  jumlahnya 30 ribu tahun diazabkan dalam neraka.

    Dzuhur :    Sekali meninggalkannya ,dosanya seperti membunuh 1 ribu orang umat Islam .

   Asar      :    Sekali meninggalkannya ,dosanya seperti meruntuhkan Baitullah .

   Maghrib:   Sekali meninggalkannya ,dosanya seperti berzina dengan ibu sendiri .

  Isya`       :   Sekali meninggalkannya , Allah taala tidak redha dengannya tinggal di buminya dengan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya . 

 

About these ads

Responses

  1. dosa ke jika kita melihat kartun perempuan yang tidak bertudung?

    • Apabila naik syahwat dengan melihatnya ,maka haram

  2. Saya pernah mendengar pandangan dari seorang ustaz yang amat terkenal di Malaysia,bahawa hadis ini tergolong dalam hadis dha’if.Betul ke??

    • walaupun sekiranya dhaif sekalipun bukan bererti ia bukan daripada rasullullah .Mungkin segi perawinya yg tak kuat .Awak berhati2 zaman sekarang tak kiralah ia public figure ke atau pun tidak .banyak merasakan diri mereka muhaddithin sedangkan mustolah hadith pun tak mengaji.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: