Posted by: singalaka | Oktober 10, 2009

Haram Purdah???

haram purdah 4haram purdah 3haram purdah 1haram purdah 6haram purdah tantawi 

Beginilah ragamnya manusia yang hanya mengikut nafsu apabila mengutarakan sesuatu tanpa meruju` pada kitab-kitab yang mu`tabar .Insyaallah ,walau agak keberatan untuk saya mengulas tetapi saya terpaksa teruskan jua kerana kenyataan-kenyataan yang tersebut sudah agak melampau .

                                             (وليضربن زخمرهن على جيوبهن (النور: 31               

                  Dan hendaklah mereka menutup kain purdah ke dadanya

            Kerudung atau purdah adalah kain yang digunakan oleh kaum wanita untuk menutup kepala .Dan apabila wanita diperintahkan untuk menutup kain purdah ke dadanya ,maka ia pun diperintahkan untuk menutup wajahnya kerana wajah adalah tempat kecantikkan kaum wanita dan banyak menimbulkan fitnah bagi lelaki kerana kebanyakkan orang yang ingin melihat keindahan bentuk seseorang ,yang pertama mereka pandang dan perhatikan adalah wajah .Apabila didapatinya wajah yang cantik rupawan ,maka pandangannya akan terpaku kepada wajah yang indah itu sahaja .Kerana itu apabila ada orang yang berkata ; “Si polan cantik rupawan” , maka yang dimaksudkan adalah kecantikkan wajah si wanita tersebut .Dari sini jelaslah bahawa muka adalah tempat kecantikkan seorang wanita yang menjadi pusat perhatian kaum lelaki .Perlu diambil perhatian ,daripada surah annur itu tadi ,bahawa kain tudung itu mestilah besar sehingga menutup ke dada .Wanita-wanita `Arab pada zaman Jahiliah dahulu kala ada yang berkelumbung kepala dan menutup belakang leher mereka tetapi muka mereka terdedah ,bahagian depan leher mereka dan dada mereka juga terdedah . Baju kurung yang dipakai oleh wanita-wanita melayu ,walaupun sudah dikancing ,biasa juga menampakkan sebahagian kecil daripada dada dan masih menzahirkan bentuk buah dada dengan menonjol .Oleh itu ,wajiblah ditutup dengan kain tudung atau kelumbung yang besar dan jangan pandang remeh terhadap perkara ini .

            Bila keadaan seperti ini ,bagaimana mungkin Syariat Islam yang lengkap dan sempurna untuk kebahagiaan kaum Muslimin mewajibkan wanita untuk menutup kain purdah ke leher dan dadanya tetapi membiarkan wajah terbuka ?

                                  (ولايضربن بأرجلهن ليعلم مايخفين من زينتهن  ( النور: 31      

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan .

            Iaitu tidak boleh bagi wanita memukulkan kakinya kerana khuatir diketahui apa-apa yang tersembunyi di kakinya daripada jenis perhiasan yang digunakan oleh wanita . Maka seandainya wanita tidak boleh memukulkan kekinya kerana takut timbul fitnah daripada lelaki dengan apa yang didengar daripada suara hiasannya ,maka bagaimana halnya dengan membuka muka ? manakah fitnah yang lebih besar daripada seseorang laki-laki mendengar suara perhiasan yang dipakai oleh wanita di kakinya tanpa mengetahui siapakah wanita itu ; cantikkah dia atau tidak ,masih mudakah dia atau seorang yang telah tua daripada melihat wajah wanita yang tidak berkerudung ,apalagi bila ia seorang wanita muda yang elok parasnya .Kerana tiap-tiap lelaki yang normal memiliki keinginan terhadap seorang wanita . Oleh itu kita berkesimpulan bahawa wajah wanita mutlak wajib ditutup .      

يأيهاالنبى قل لأزوجك وبناتك ونسآءالمؤمنين يدنين عليهن من جلبيبهن ذلك أدنى أن يعرفن فلا يؤذين وكان الله غفورارحيما                 

Wahai Nabi ,katakanlah kepada isteri-isterimu ,anak perempuan dan isteri-isteri orang mu`min : Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ,yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal , kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah maha pengampun dan penyayang . (surah Al-Ahzab: 59)   

          Dalam kaitan ini ,Ibnu Abbas r.a berkata : “Allah SWT telah memerintahkan isteri-isteri orang mu`min apabila mereka keluar dari rumahnya untuk suatu keperluan , wajib mereka menutup kepala dan wajahnya dengan jilbab dan mereka boleh menampakkan mata sahaja .”

            Para Ulama` dan Fuqaha` berkata bahawa pentafsiran seorang sahabat Rasulullah tentang sesuatu hukum daripada ayat suci Al-Qur`an merupakan dalil dan hujah bahkan ada sebahagian Ulama` yang menggolongkannya sebagai hadith marfu` yang sampai kepada Rasulullah SAW .Sedangkan pernyataan Ibnu Abbas yang membolehkan membuka kedua-dua belah mata adalah darurat dan hajat seperti untuk melihat jalan dan sebagainya .

            Jilbab ialah selendang di atas kerudung yang fungsinya sama dengan mukena (telekung) .Ummu Salamah r.a berkata ketika ayat tersebut diturunkan : “Para wanita kaum Ansar ,apabila mereka keluar dari rumah untuk suatu keperluan ,maka mereka akan berjalan tertunduk dan di kepala mereka nampak kerudung hitam menutupinya .”

*Maka bagaimana dengan adanya dalil-dalil ini ,masih ada setengah-setengah di kalangan pelajar-pelajar menyatakan hukum jilbab hanya bagi isteri-isteri Nabi sahaja . Ini menunjukkan betapa jauh kejahilan kita dengan Agama . 

Dalil-dalil Hadith

قال الرسول صلى الله عليه وسلم : اِذَا خَطَبَ أَحَدُكُمْ امْرَأَةً فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَنْظُرَ مِنْهَا اِذَا كَانَ اِنَّمَايَنْظُرُاِلَيْهَا لِخِطْبَةٍ وَاِنْ كَانَتْ لاَتُعْلَمُ

  Sabda Rasulullah : “Apabila seseorang di antara kamu melamar seorang wanita ,maka dibolehkan baginya untuk melihat wajah wanita itu sekiranya si pelamar itu belum pernah melihat wajahnya sama sekali .” (H.R Ahmad) 

            Hadith Rasulullah tersebut di atas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menafikan dosa ke atas seorang peminang melihat wajah wanita yang dilamarnya itu dengan syarat behawa wanita yang dilihatnya itu akan menjadi isterinya pada waktu yang ditentukan dan disepakati bersama .Adapun selain peminangan ,maka sama sekali dilarang melihat wajah wanita itu dan berdosa bila hal ini dilakukannya juga .Demikian juga si peminang bila melihat wajah wanita itu bukan tujuan untuk meminangnya namum hanya sekadar menikmati kecantikkan dan keindahan wajah wanita itu sahaja ,ia adalah berdosa .

            Sekalipun zahir hadith tersebut tidak menerangkan bahagian mana yang boleh dipandang oleh si pelamar tetapi sudah dapat kita fahami bahawa bahagian yang boleh dipandang hanyalah wajah kerana wajah adalah simbol dan tempat kecantikkan dan kesempurnaan wanita .Manakala bahagian tubuh lain boleh diketahui dari sifat wajah tersebut .

اَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ  قال : مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظًرِ اللهُ اِلَيْهِ يَوْمَ القِيامَةِ فَقالتْ اُمُّ سَلَمَةَ : فَكَيْفَ يَصْنَعُ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ ؟ قالَ : يُرْخِيْنَهُ شِبْرًا فَقالتْ : اِذَا تَنْكَشِفُ أَقْدَامُهُنَّ . قالَ : يُرْخِيْنَ ذِراعًا وَلاَيَزِدْنَ عليهِ                    

     Rasulullah SAW bersabda : “ Allah tidak akan melihat orang yang menjulurkan bajunya ke bawah kerana sombong” .Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW :  “Apa yang harus diperbuat oleh kaum wanita dengan baju panjangnya ? Jawab Rasulullah SAW : “Hendaklah mereka menghulurkannya satu jengkal ke bawah .” Ummu Salamah bertanya lagi : “ Kalau begitu akan terbuka telapak kaki mereka .” Berkata Rasulullah SAW : “ Hendaklah mereka menghulurkan satu hasta dan jangan ditambah lagi .(Hadith Riwayat Bukhari , Muslim dan selainnya)

            Hadith ini merupakan dalil wajibnya menutup kedua-dua belah telapak kaki wanita , di mana hal itu merupakan masaalah yang sudah dimaklumi antara kaum wanita para sahabat Rasulullah SAW . Sedangkan kedua-dua belah telapak kaki lebih sedikit menimbulkan fitnah daripada kedua-dua telapak tangan dan muka .Peringatan atas suatu masaalah yang lebih ringan ,merupakan peringatan atas masaalah yang lebih berat dan besar seperti firman Allah dengan ertinya “jangan kau hampiri zina” ,maka melakukan zina itu terlebih diutama terlarang .Jika ada orang dilarang untuk berbicara ,tentu ia lebih dilarang untuk berteriak dan bersorak-sorak .

            Syariat Islam tidak memerintahkan untuk menutup bahagian tubuh yang sedikit yang dapat menimbulkan fitnah ,sementara membiarkan kaum wanita membuka bahagian yang banyak yang menimbulkan fitnah .

عن عائشة رضى الله عنها قالت : كانَ الرُّكْبَانُ يَمُرُّوْنَ بِنَا وَنَحْنُ مُحْرِمَاتٌ مَعَ رَسولِ اللهِ صلىَّ اللهُ عليهِ وسلَّمَ فَاِذَا جَاؤُوْنَا سَدَلَتْ اِحْدَانَا جِلْبَابَهَا عَلىَ وَجْهِهَا مِنْ رَأْسِهَا فَاِذَا جَاوَزُوْنَاكَشَفْنَاهُ                                

Ummul Mu`minin Aisyah r.a berkata : “ Ada serombongan penunggang penunggang unta melalui kami ketika kami sedang berihram bersama Rasulullah SAW .Maka apabila rombongan itu datang kepada kami ,kami menutup muka dengan jilbab dan apabila rombongan itu telah meninggalkan kami , maka kami buka kembali penutup wajah kami itu .” (H.R Ahmad , Abu Daud dan Ibnu Majah)

            Perkataan Aisyah r.a : “Apabila rombongan itu datang kepada kami ,kami menutup muka dengan jilbab kami “, adalah dalil wajib menutup muka kerana yang diperintahkan dalam berihram adalah membuka muka .Kalaulah bukan kerana adanya halangan membuka muka ya`ni datangnya rombongan berunta itu ,pasti mereka membiarkan mukanya terbuka .

            Jelaslah membuka muka waktu berihram adalah wajib hukumnya ke atas wanita menurut pendapat kebanyakkan Ulama` Feqah dan perkara yang wajib tidak ada yang boleh menandinginya kecuali yang wajib pula .Maka seandainya tidak wajib menutup muka dengan jilbab terhadap lelaki yang asing ,pastilah tidak boleh meninggalkan yang wajib ya`ni membuka muka waktu berihram dengan cara menutupkan muka dengan jilbab/ cadar kerana lalunya lelaki asing .

*Dimana kitab pula dalil kakak siti zailah kita ambil ni sehingga menyatakan tawaf wanita itu terbatal sekiranya menutup muka . Paling banyak pun kena dam .Adapun syarat sah tawaf ada 8 perkara .Cuba ruju` pada kitab-kitab Feqah .

*Bila kita teliti dan fikirkan bersama bahawa para wanita yang membiarkan kepala dan wajahnya terbuka dihadapan lelaki asing , apalagi kalau kaum hawa itu merayau-rayau kesana kemari tanpa maksud dan tujuan .Maka kita akan dapati bahawa hal itu banyak menimbulkan akibat negatif yang boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah kehinaan dan kecelakaan .Di antaranya :

1)         Timbulnya fitnah . Wanita-wanita yang selalu mepercantikkan diri dengan perhiasan dan alat solek ,sementara membiarkan kepala dan wajahnya terbuka untuk dipandang dan dini`mati  oleh orang lain .Sesungguhnya ia telah menggali lubang kecelakaan bagi dirinya sendiri .Tentu sahaja hal ini merupakan buah kejahatan dan kehancuran .

2)         Hilangnya rasa malu daripada diri wanita pada hal rasa malu itu sebahagian daripada pokok-pokok keimanan dan bergesernya naluri kewanitaan .Wanita merupakan lambang rasa malu bagi masyarakat manusia ,lebih-lebih lagi para gadis atau dara yang sentiasa menjaga kehormatannya dengan mengurung diri di rumahnya seperti gadis-gadis di bawah jagaan ketat .Bergesernya nilai rasa malu daripada diri wanita membawa pertanda berkurangnya iman di dada dan keluarnya wanita daripada naluri kewanitaan yang asli .

3)         Timbulnya fitnah di kalangan lelaki sebab perbuatan wanita .Terutama apabila wanita itu mempunyai paras muka yang cantik yang membuat lelaki mabuk asmara . Berapa banyak perkelahian dan pertumpahan darah atau pelakuan sihir di kalangan pemuda kerana seorang gadis cantik yang tidak pandai memelihara kemuliaan dan kehormatannya sendiri .Ada sebuah pepatah yang masyhur berbunyi seperti ini :

نَظْرَةٌ فَسَلاَمٌ فَكَلاَمٌ فَمَوْعِدٌفَلِقاءٌ                                  

“Mula-mula saling memandang ,kemudian menyampaikan salam ,lantas bercakap-cakap , terus mengikat janji dan akhirnya perjumpaan .”

*Kita harus ingat bahawa syaitan itu berjalan dalam pembuluh darah manusia , selalu berusaha membisikkan dan memjuknya untuk melakukan kejahatan dan dosa . Berapa banyak kejadian bermula daripada pembicaraan ,tawa dan janji yang akhirnya jatuh cintalah lelaki kepada wanita sehingga membuat hati lelaki selalu terkenang wajah gadis yang dilihatnya dan juga hati si gadis terpaut pada lelaki yang dipujanya .Kalau sudah begini keadaannya ,tidak mustahil terjadi hal-hal yang tidak diniginkan oleh syariat Islam yang mulia dan sempurna .

4)         Pergaulan dan percampuran antara wanita dan lelaki . Sesungguhnya wanita apabila memandang dirinya sama dengan lelaki dalam hal kebebasan membuka wajah dan berjalan kesana kemari ,automatik akan berlakulah kemerosotan rasa malu pada diri perempuan kerana seringnya berjumpa dengan lelaki tanpa tabir dan hijab .

            Pergaulan seperti ini ,dapat menimbulkan fitnah yang besar dan kerosakkan yang dasyat yang berlawanan dengan keinginan kaum Muslimin untuk hidup secara damai dan penuh ketenangan . 

*Pada dasarnya yang kita kena ketahui ,bahawa ada dua maksud yang terkandung didalam dalil-dalil ini :

1)         Memisahkan pergaulan wanita dengan lelaki asing (ajnabi) dan mengajarkan sikap serta keperibadian wanita muslimah .

2)         Wajibnya bertabir bagi seorang wanita Muslimah terhadap lelaki yang bukan mahramnya .

*Disini saya akan menyatakan satu persatu mengenai rukun-rukun aurat perempuan supaya kita tak samakan aurat perempuan didalam sembahyang dan diluar sembahyang .

Ta`rif aurat : `Aurat daripada bahasa `Arab `awrah berma`na ke`aiban .Pada istilah Fiqh, ia diertikan bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan .

1)         `Aurat perempuan yang merdeka (ya`ni bukan hamba sahaya) dan demikian juga khunsa (ya`ni yang mempunyai dua alat kemaluan sejak lahir) di dalam sembahyang ialah barang yang lain daripada mukanya dan dua tapak tangannya yang zahir dan batin hingga pergelangan tangannya .Muka dan dua tapak tangannya zahir dan batin hingga pergelangan tangannya bukanlah `aurat dalam sembahyang .Yang lain daripada ini , semuanya dikira aurat di dalam sembahyang .Adapun tapak kakinya memadalah ditutup dengan bumi atau lantai ketika berdirinya .Jikalau kelihatan tapak kakinya atau tumitnya ketika ruku`nya atau sujudnya ,maka batallah sembahyangnya .Inilah juga auratnya ketika dalam ihram haji dan umrah . * Makruh bagi perempuan itu menutup mukanya dalam sembahyang kecuali ketika ia berada di tempat sembahyang atau masjid di mana terdapat laki-laki ajnabi yang tiada memelihara pandangan mereka .Jikalau ditakuti ia akan dilihat mereka sehingga membawa kepada fasad (kerosakkan) ,maka haramlah atasnya mendedahkan mukanya tetapi apabila ia hendak sujud ,wajiblah ia angkatkan kain tutup mukanya supaya tiada tertutup dahinya ketika sujud .  

2)         `Aurat perempuan yang merdeka di luar sembahyang ; Di hadapan lelaki yang ajnabi (asing) atau yang bukan mahramnya ,maka sekalian badannya .Ertinya , termasuklah muka dan kedua tapak tangannya zahir dan batin .Maka sekalian badannya wajib ditutupi atau dilindungi dari pandangan lelaki yang ajnabi itu .Tiada harus dibuka muka dan kedua tapak tangannya sama ada ketika jadi saksi atau selainnya melainkan kerana dharurah .Ini adalah yang mu`tamad .Ada Qaul dhaif menyatakan melainkan muka dan dua tapak tangan . Ini pun sekiranya aman daripada fitnah walhal kita tahu bahawa `Aisyah r.h.a ada berkata “ sekiranya Rasulullah hidup pada zamannya maka sudah tentu Rasulullah akan menghalang orang perempuan pergi ke masjid kerana banyak fitnah .”Itu pada zamannya .Sekarang sudah berabad-abad lamanya .Makin berlakunya banyak fitnah .

3)         `Aurat di hadapan perempuan yang kafir : Maka auratnya ialah barang yang lain daripada bahagian tubuh badannya yang zahir pada ketika ia berkhidmat atau bekerja dalam rumahnya iaitu kepala ,muka , leher , dua tapak tangan sampai kedua sikunya dan dua tapak kakinya .Demikianlah juga auratnya ketika di hadapan perempuan yang tidak jelas peribadi atau wataknya atau perempuan yang rosak akhlaknya .

4)         Aurat di dalam Khalwat : Di hadapan perempuan yang Muslimat dan pada lelaki yang menjadi mahramnya ,maka `auratnya ialah barang yang antara pusat dan lutut seperti aurat lelaki di dalam sembahyang .

Walau bagaimanapun untuk menjaga adab ,maruah dan untuk memelihara daripada berlakunya perkara-perkara yang sumbang ,maka perlulah ditutup lebih daripada barang yang antara pusat dan lutut .Jikalau ditakuti fitnah ,maka fardhulah ditutup bahagian-bahagian tubuh  selain daripada apa yang di antara pusat dan kedua lutut itu ,yang mungkin menggiurkan nafsu yang melihatnya .*kesimpulannya kita kena tahu aurat dalam ibadat dan aurat pada lelaki ajnabi dan aurat pada mahram adalah beza .Jangan bercelaru .Wallahualam .

*Bagi yang nak mengharamkan tu ,kenapa tidak haramkan saja yang sudah jelas-jelas haram seperti seorang perempuan yang berumur lingkungan 18 tahun memakai baju adiknya yang berusia 10 tahun sehingga nampak betul seluruh bentuk badannya yang menggeliurkan  .Yang kita nak ikut Muhammad Sayyed Tantawi itu buat apa ! bukankah jelas-jelas dia bersalaman dengan ummul malaysia Rafidah Aziz walhal kita tahu itu adalah perbuatan haram dan Nabi sendiri tak pernah bersalaman dengan perempuan yang bukan mahramnya .Bukankah Tantawi juga menghapuskan perbelajaran bab jihad di Mesir kerana mengikut terlunjuk jari Amerika .Tolonglah jangan merapu dengan hukum-hukum Allah yang telah ditetapkan pada azali lagi .Bagi sahabat-sahabat yang diluar sana, saya faham mungkin ada setengah pihak tak dapat terima pengulasan saya kerana orang yang saya ulas itu adalah orang yang awak sayangi .Saya sayang Pas kerana ia menegakkan Al-Quran Hadith Ijma` dan Qiyas  dan lagi pula ia memperjuangkan Islam bukan bangsa sebagaimana pihak yang lain hanya memperjuangkan bangsa melayu sahaja.Tetapi ini bukan berma`na kita kena ikut sahaja apa yang dikata oleh orang yang kita sayangi walau ia terang-terang salah . Ilmu menunjuk kita mana yang benar dan mana yang palsu atau mana yang mengikut akal .Maka terserahlah pada kalian .Kalau kalian nak kata perjuangan ,maka inilah perjuangan ,katakan tidak bagi mereka yang nak mengharamkan perkara yang difardhu oleh Allah taala .(Agaknya puak-puak ni nak tengok sangat orang-orang muda kita punya muka tak…tak tahu nak kata) . Wallahualam.

*Bagi menjawab persoalan sahabat saya ; Bagi seseorang yang sekejap pakai purdah sekejap tidak seperti dalam kampus ia tak pakai diluar ia pakai ,maka tak mengapa daripada tak pakai langsung  .Begitu juga orang sembahyang ,sekejap sembahyang sekejap tidak ,tak bolehlah kita kata lebih baik jangan sembahyangkan .Maka kita doakan untuk mereka dan kita sendiri supaya istiqamah dalam segala hal . Maka kalau boleh dapat tu,pakai teruslah …Wallahualam..


Responses

  1. Ana-fisabilillah.

    pada akhir zaman ini amat sukar untuk kita menentukan siapa yang hak dan batil.apa yang diharapkan,agar diri para kaum muslilin dan muslimat tidak berfikir hanya kerana nafsu semata.bertindak dan berfikirlah kerana LILLAHI TA’ALA.
    terima kasih pada ustaz kerana menyediakan bahan ini(mengenai purdah).

    jihad perjuangan.

  2. saudara bukankah jilbab itu bermaksud jubah dalam bahasa arab maksudnya jubah, smaa sekali bukan niqab…

    • Apa khabar saudara al ayubbi .Smuga Allah taala memberi taufik pada anda ,saya dan sahabat-sahabat yang lain. Hadith tu memang tak tutup dengan niqab ya`ni purdah sebab ketika itu isterinya Nabi tengah berihram .Ia menudung mukanya dengan jubahnya .Setengah kata kain cadar .Nak ceritanya walau ia sedang berihram sekalipun ia tetap cari jalan untuk menudung mukanya daripada dilihat oleh lelaki ajnabi .Hukum feqah : harus seorang perempuan yang berihram memakai niqab ketika ihram jikalau dikhuatiri akan dipandang oleh lelaki ajnabi tetapi wajib bayar dam .Jikalau ia melindungkan mukanya dengan kain yang direnggangkan daripada mukanya dengan umpama kayu atau kertas yang tebal maka hukumnya harus .Adapun pada surah Al -Ahzab memang lughanya jubah tapi tengok tafsirannya dalam feqah pula .Yang tafsir tu bukan orang kecil ; Ibnu Abbas sepupu Nabi yang terkenal dengan ahli mufassirin .Setiap nak mengambil hukum berpandukan kitab feqah .Para Mujtahid buat siap dah.Kita tinggal nak cedok je. Wallahualam .

  3. asssalamualaikum….ustaz,sy sbg budak2 muslim..maseh x berape paham lagi tentang maksud ustaz…ustaz pernah cakap kat plaja kat halaqah ilmu 09 nyer murid bahawa nik aziz se0rang WAHABI….jgn marah yer tapi mane buktinyer…m’haramknpurdah itu b’sbb…sy bknyer mmbntah ape yg ustaz ckp…tapi sy ragu2 sama ade NikAziz 2 s’0rg WAHABI tau tidak….

    ~harap ustaz paham la yer~

    • Waa’laikum salam .Awak tak faham sebab awak tak perhatikan pengajian dalam kuliah itu hari .Yg nik aziz nk mengharamkan atas sebab apa ?hanya kerana ada kes org menyamar pakai purdah mencuri .awak nk kena tahu memakai purdah hukumnya wajib ,ini qaul yg mu’tamad .Mula2 nik aziz kata itu adalah budaya arab dalam sinar harian.Apabila dh kena tekan dia kata pula dalam harakah ada juga ulama’ kata wajib .jadi mana satu yg betul ,budaya atau hukum wajib .baik , jika yg purdah diwaibkan syara’
      itupun nk diharamkan atas alasan yg tersebut (ada yg mencuri ) kenapa tak haramkan kereta aje atau motosikal atau pakai helmet atau cermin mata hitam kerana penggunaan ini semuanya banyak digunakan oleh pencuri2 dan perompak2 sedangkan pemakaian ini harus saja .amacam …Tentang wahabi tu semua Ulama’ nusantara yg berpegang dengan sunnah waljamaah bahkan ulama’ di tanah arab sana pun mengakui bahawa nik aziz adalah berfahaman wahabi .Menolak maulidur rasul ,menolak doa selepas semb. mayat ,menolak talkin dan banyak lagi. Nk bukti pergilah tanya org lain yg rapat dengan nik aziz ,ada tak dia buat semua ini atau jika ada ahli awak yg meninggal dunia ,jemput dia ada tak dia talqinkan atau…..banyak lagi .Nak fahamkan lagi apa itu wahabi pergi layari blog ustaz zamihan aqidatul tanzih .Di situ awak akan lihat banyak komen2 yg awak boleh ambil manfaat .Saya disini tak kuasa ,fahaman tentang sunnah waljamaah pun tak habis beritahu mcm mana nk selongkar pula fahaman wahabi ini .buang masa …wallahualam

      • salam… saya ustaz azmi…
        saya baru saja diperkenalkan oleh seorang sahabat ttg blog tn haji. blog yg bagus… tp maaf sy katakan jika kita ingin myebarkan ilmu kita harus spt kata pepatah nak tarik rambut dlm tepung jgn sampai berterabur… bkn sy kata tn haji tak bagus dlm myebarkn ilmu… tp biarlah ilmu yg disampaikan itu senang difahami oleh semua golongan umur… kita sama2 berdakwah utk myebarkn syiar islam… tp apa yg dpt sy ulaskn kata2 tn haji ni agak kasar pd fahaman sy… & susah utk dfahami… sy sdiri pun tak faham apa yg hendak disampaikan oleh tn haji…

      • wsalam,maha suci Allah yg memberi taufiq dan hidayah pd sesiapa yg dikehendakki begitu juga dengan kefahaman,sama ada beliau seorang guru atau seorang awam sama saja.jika anda rasa tidak fahami tu bukan masaalah saya.tu kerja Allah.jika anda rasa agak kasar inilah saya jika bermain dengan aqidah atau cuba nk memesongkan hukum,dari hukum dikatakan adat,wajib diperjelaskan sama ada nk berkecil hati ,silakan.nk dakwah lihat cara sahabat b erdakwah adalah berbeza2 ,ada yg kasar ada yg halus seperti kehendak anda.jika anda rasa dakwah seperti anda itu adalah baik ,maka buatlah satu blog supaya dapat manfaat oleh semua golongan insyaallah.maaf ya ..

      • Masya Allah… knp tn Haji kata begitu. maafkan andaikata ada kata2 yg menyinggung perasaan. tn haji. maksud saya rasanya tidak salah jika kita ini menegur sesama kita lg pun jika sy salah.. saya tdk berkecil ati jika tn haji ingin menegur sy… buat apa sy buat blog jika sya ada cara sy sendiri utk berdakwah… selalunya kebanyakan org sy yg jumpa paling tdk suka ditegur secara paksa.. sy bercakap berdasar pengalaman sy sbg penceramah bebas… sedangkan zaman rasulullah dulu sendiri menegur umat

      • tulah saya kata ya akhi anda tidak perhatikan tulisan tu dengan hati yg tenang.anda kata anda tidak faham dengan tulisan saya sedangkan orang awam yg bukan dikalangan guru pun faham.itulah yg saya katakan kefahaman itu datang dari Allah bukan dari saya.segi bagaimana cara rasululluah dakwah jangan tengk pada satu riwayat saja terus nk buat hukum seolah2 rasulullah tak pernah merah padam mukanya apabila ada sahabat membuat salah segi syariat.jika pandangan anda rasa purdah ini remeh temeh yg tidak perlu dipertahankan silakan…..perharaman yg nk dibuat oleh datuk nik aziz,beliau bukan org kecil yg dimana pengaruh taksub dia banyak sekali.bercelaru tentang fahaman lain dh lah banyak inikan pula nk haramkan purdah…jika anda benar ikhlas ya akhi jika anda singgah kelantan sila jenguk saya di pondok pasir tumbuh kita muzakarah .seperti anda kata anda peceramah bebas sudah tentu anda ada platform untuk menyampaikan lebih luas lagi.umpama kita nk ambil buah kelapa ,seorang kata ambil dengan galah ,seorang kata jangan ambillah dengan monyet,seorang yg lain pula kata jangan ambillah dengan panjat.yg gaduhnya kenapa? ambillah ikut mana pun asalkan matlamat kita sampai iaitu buah kelapa itu sendiri.wallahualam.

      • rasulullah sendiri menegur umatnya secara lembut & mengungkap kata2 yg lembut yg tp padat dgn isi yg mendalam… subhanallah… begitu tulus hati rasulullah… beliau yg merupakan rasul sendiri boleh beralah & menegur dgn kata2 lembut jika soalan diutara kpd baginda kasar bhsnya… apatah kita hanya insan biasa… knp kita tdk mencontohi baginda

  4. shukran ya ustaz…

  5. ape bl0g nyer ustaz…

  6. tekan sahaja ust zamihan aqidatul tanzih .nanti keluar blognya .kirim salam kat mak dan ayah dan family yg lain

  7. 0k….insyaallah…

  8. Syukran Ustaz mengenai penerangan pemakaian purdah…
    tetapi, dunia hari ini kadangkala menghalang kami(muslimat) untuk berpurdah seperti larangan di IPT, larangan daripada keluarga, larangan di tempat kerja dan lain-lain..
    Keinginan yang lahir untuk berpurdah tidak dapat dinafikan..
    hanya golongan minoriti yang inginkan kebenaran, dan kebenaran itu amat pahit untuk dilaksanakan..

    • dh nabi kata akhir zaman nak jaga agama seperti memegang bara api (nak ceritanya payah) lagi pula agama kita seperti dagang (asing) ya’ni apabila kita ikut perintah Allah kita yang dinampak pelik

      • saya sokong ustaz..:D Alhamdulillah..atas ilmu ini…saya pun baru pakai sebulan niqab..terima kasih kerana memberi semangat pada kami niqabis ustaz!

      • allah yg memberi awak kekuatan

  9. btOl 2 ustad..sya sokong ustaz..

  10. kasihan tok guru nik aziz, mcm2 org kata…tp, xpelah…InsyaAllah sy faham kenapa tok guru wat mcm tu…bg sy, ilmu tok guru sgt luas. Dah merata tempat tok guru pg & pelbagai org dah tok guru jumpe…Ape2 pun, sy yakin dgn tok guru;)…takut & mengerikan utk membawa islam sebagai ‘The Way Of Life’…xsemua ulama’ boleh jd mcm tu…InsyaAllah, sy yakin, tok guru org yg KUAT;). Ya Allah, tunjukkanlah aku jln yg Lurus, bukan jln org2 yg engkau mungkiri & bukan pula jln org2 yg sesat. Hidupkan kami dgn Iman, Matikan kami dgn Iman, Pertemukanlah kami dgn-Mu dgn Iman dan Masukkanlah kami dlm syurga-Mu dgn Iman. Jgnlah Engkau membiarkan hidup kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau sekelip mata atau kadar masa lebih pendek dari itu…Ameen

    • amin….lagi satu awak nk kena tambah ya Allah jangan jadikan kami org yg ta’sub

      • :)

  11. Assalamualaikum…sy nk ikut berpakaian sedemikian tetapi bila fikir suami, keluarga, mentua & pekerjaan hati sy nantilah dulu…ada yg menasihati sy klu nk ambil hati suami kena bergaya & berhias selalu..

    • waa’laikumsalam.betul tu nasihat tu tapi bukan berhias di luar rumah ,itu hiasan untuk orang lain.yg dituntut berhias tu didalm rumah.wallahualam.nak lakukan bukanlah senang kalau kita tak lakukan dari awal sebelum kahwin.walau bagaimanapun mesti kena usaha kearah itu untuk selamat dunia dan akhirat.wallahualam

  12. Salam ustaz, perbahasan dan penerangan ini begitu baik dan memahamkan saya.

    Saya sangat ingin berpurdah. Namun sebagaimana sabda Rasulullah SAW, diakhir zaman, menjaga agama seperti menggenggam bara api.

    Di KPTM kami tidak dibenarkan berpurdah terutamanya sebagai tenaga pengajar. Saya pernah terfikir untuk berhenti kerja kerana hendak menjaga kemaslahatan ini.

    Namun kemudiannya saya terkenangkan pelajar saya. yang rata-rata tidak mengenal agama. tiada siapa yang sudi berjumpa mereka untuk menyampaikan seruan agama. Mereka benar2 golongan tercicir dan sangat jauh. Pendidik pula kurang memberi perhatian. Bukan sahaja kepada pelajar malahan diri mereka sendiri.

    Patutkah saya meninggalkan mereka ini di tangan yang lain???

    Maka kini saya mengekalkan menutupi aurat yang maksimum kecuali purdah (tutup wajah)..

    Ustaz tolong nasihati saya, saya di persimpangan yang mengelirukan…

    • W’salam.Maaf lambat respon kerana baru balik dari cuti .Mengenai ketika mengajar di sekolah maka pakailah qaul dhoif dari mazhab kita Imam syafei iaitu harus membuka muka .Keluar dari sekolah ,maka pakailah purdah ,beramal dengan qaul yang asah iaitu mu’tamad .Itulah maslahah syara’.Seperti kata Sayidina Abu Bakar Jikalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua .Wallahualam

  13. assalamu’alaykum yaa ustaz… :)
    teruskan perjuangan..dan sentiasalah bersabar dgn org yg sesetengahnya ta’sub dan hati mereka sush nak terima dgn pandangan org lain… ustaz,,, ana ada masalah…
    ana ada kawan.. yg mengatakan imam syafi’e kata sunat je pakai niqab…ana dah x tau nak ckp mcm mne dh…apabila d beri dalil, tetap juga dia kata sunat… bahkan mengatakan ana ni wahabbi…

    • Waa’laikumsalam .Biarkan kawan tu .Kerja kita iaitu menerang .Terima atau tidak itu kerja Allah .Tentang Wahabi tu ,itu dipanggil reverse sikologi iaitu semakin banyak pendedahan tentang fahaman Wahabi yang sudah tentu sekali kita tak boleh ikut ,maka mereka cuba mengalih pandangan kita mengatakan sebegitu .sabar jelah ya.Insyaallah Allah taala akan berikan kekuatan pada awak ,saya dan saudara-saudara kita yang lain .amin..

  14. Apakah hukumnya majlis ilmu di masjid dan surau yang tak pasang tabir. Jadi laki-2 dan perempuan boleh berpandangan.

    • Haram.

  15. slmana lebih cenderung pada pendapat dari ulama whabi yaitu dari saudi cth:Di zaman ini, antara ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah aurat ialah al-Syeikh Ibn Baz r.h. (mufti Saudi yang telah meninggal) dalam fatwa-fatwanya yang banyak, diikuti oleh kebanyakan para ulama di Saudi. Sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab. Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunyaالنقاب للمرأة Al-Niqab li al-Marah” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalamجلباب المرأة المسلمة في الكتاب والسنة Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang akhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaituالرد المفحم Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya.

    Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya:

    -Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31
    وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
    Maksudnya:“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.

    Secara akhirnya, jumhur ulama’ yang menyatakan menutup muka bukan wajib adalah diterima namun disana tidak memperkecilkan golongan yang mewajibkan memakai purdah. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diingat:

    1. Mendedahkan muka tidak semestinya seseorang wanita memenuhinya dengan make up atau berbedak-bedak.

    2. Pendapat tidak wajib tidak semestinya purdah tidak harus. Sesiapa yang ingin berpurdah, tidak menjadi kesalahan bahkan digalakkan apabila ia adalah cantik dan boleh menimbulkan fitnah.

    3. Antara menutup dan harus melihat bukan seiringan. Pandangan pertama sahaja yang diharuskan sekali pintas. Tidak ada pandangan kedua dan seterusnya..

    Kesimpulannya, Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Hukum mendedahkan dan menutup muka adalah perkara khilafiah. Perkara khilafiah tidak boleh diperbesarkan dengan golongan pertama menyalahkan yang kedua dan sebaliknya. Tidak salah seseorang wanita ingin mendedahkan mukanya dan dan begitu juga menutupnya. Tetapi menjadi kesalahan golongan yang berpurdah menyalahkan golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya dengan alasan ‘tidak boleh masuk dengan masyarakat’. Menjadi titik penting dan benda yang sangat perlu difahami oleh seluruh masyarakat agar tidak memperlekehkan sesebuah golongan yang lain.

    Lebih menjadi kesalahan apabila golongan yang berpurdah memaksa golongan bertudung tidak berpurdah supaya berpurdah. Dan lebih menjadi kesalahan dan amat malang sekali, apabila sesetengah pihak memaksa golongan berpurdah supaya menanggalkan purdah dengan alasan memudahkan urusan, menyesuaikan dengan suasana dan lain lagi.

    Memaksa dan meminggirkan golongan yang berpurdah oleh golongan yang bertudung tidak berpurdah dan sebaliknya adalah dua perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Bahkan memaksa golongan yang berpurdah menanggalkan purdah terpengaruh dengan fahaman sekular! Kenapa tidak dipaksa golongan yang tidak menutup aurat, adakah mereka ada kebebasan individu? Golongan berpurdah dan menutup aurat tidak ada kebebasan? Dimana timbangan keadilan?

    Secara rawak, mereka yang mengatakan aurat tidak wajib adalah menyimpang dari perbahasan usul sedangkan purdah sudah khilaf, inikan pula benda yang sudah menjadi nas syar’i di dalam AL Quran dan As Sunah hendak diperlekehkan dan dipermainkan. Adakah kita menyokong golongan ini..bg saya ulama saudi adalah memegang pendapat paling tegas….muka adalah aurat.

    s

    • Maaf lambat respon ,baru balik dari raya sakan ni. Begini saudar marc ,jikalau saudara lihat pada info pena saya sudah tentu saudara jelas saya adalah bermazhab Syafei .Maka Ulama’ wahabi bukan anutan saya sebagaimana mufti saudi yg saudara sebutkan itu .Begitu juga Dr Yusoff Qardawi ,banyak fatwanya yg menyalahi jumhur Ulama’ .Saya ada senaskha kitab dari ulama’ india tak salah saya ,menyatakan satu persatu tentang knyataan2 Dr didalam kitab karangannya .Jikalau saudara datang dipondok pasir tumbuh insyaallah ,saya boleh tunjukkan .Tentang surah Annur ayat 31 tu saya rasa saya sudah terangkan tapi takpe saudara boelh ruju’ pada tafsiru ayatil ahkam pada muka surat 310 ,ada 6 yg mentafsirkan ia adalah menutup keseluruhannya termasuk muka .Org yg tak menutupnya adalah perempuan yg pada masa jahiliah dan perempuan hamba sahaya.Jikalau ibnu Abbas hanya membenarkan satu mata sahaja dibuka untuk melihat jalan .Dalam situ juga ada berkata bagi siapa2 yg menyatakan apabila harus membuka wajah dalam ihram maka haruslah juga dalam keseluruhan waktu kerana muka bukanlah aurat ,maka sesungguhnya org yg berkata begitu adalah tak faham dengan syariat islam .Lihatlah sendiri dalam kitab tu .Walau begitu saya amat setuju dengan pandangan saudara selebihnya. Cuma yg saya selalu dapat soalan atau aduan ,yg tak memakai purdah selalu memaksa yg memakai purdah untuk membukanya ,tidak di sebaliknya . Jikalau ia terjadi di tempat saudara ,harap beri teguran .jazakallah khairan jazilan . Semuga Allah taala memberi rahmat pada kita semua .Selamat hari raya .

  16. assalamu’alaykum yaa ustaz..
    bolehkah seorang ustaz yg mengajar ilmu pada majlis ilmu yg hanya dihadiri muslimat sahaja tanpa bertabir?
    jazakallah…

    • Waa’laikumasalam ya osman.silakan mengajar kerana kurang fitnahnya dibanding seorang ustazah mengajar yang hanya dihadiri oleh muslimin tanpa bertabir ,maka jelas itu haram .wallahualam

  17. tuan2 yg mulia..jgn kerana taksub dgn satu org maka abis agama tuan2 seluruhnya tergadai..ingat tuan2 kita nak cari redha ALLAH..bukan nak cari redha manusia..ikutlah perintah ALLAH melalui perantaraan sunnah2 Rasulullah..syabas ustaz..teruskan berkata2 yg benar..

  18. Untuk mendalamkan lagi pemahaman tentang kewajipan berhijab sila dapatkan kitab ini –> Al-Hijab karangan Ustaz Wan Muhammad Bin Wan Wan Muhammad ‘Ali

    • Saudara Faizal terimakasih dengan infonya .kalau dapat beritahu sekali dekat kedai mana yg boleh dapatkan buku itu sebab buku tu susah nak dapat sekarang kalau tak silap saya .

      • saya ada buku ni..photostat dgn kakak mne dh..lupa..time kat pondok hr tu la..

  19. Kemunculan Wahabi telah dikhabarkan Rasulullah..

    عن ابن عمر قال : ذكر النبي صلى الله عليه وسلم : ” اللهم بارك لنا في شامنا، اللهم بارك لنا في يمننا” . قال

    وفي نجدنا ؟ قال : ” اللهم بارك لنا في شأمنا، اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا : وفي نجدنا ؟ فأظنه قال في الثالثة : ” هناك الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان ” رواه البخاري كتاب الفتن باب قول النبي صلى الله عليه وسلم :” الفتنة قبل المشرق “رقم 7094

    Ertinya : Dari Ibnu Umar r.a berkata : Rasulullah s.a.w menyebutkan : ” Ya ALLAH berilah keberkatan kepada negeri Syam kami, berilah keberkatan kepada negeri Yaman kami, Berkata mereka : ” Pada Najd kami Ya Rasulullah “, berkata Rasulullah : Ya ALLAH berilah keberkatan kepada negeri Syam kami, berilah keberkatan kepada negeri Yaman kami, Berkata mereka : ” Pada Najd kami Ya Rasulullah “, Berkata Rasulullah : Disana terdapat kegoyangan ( aqidah ) dan fitnah, dan disanalah terbitnya tanduk Syaitan.

    ( H.R . Bukhari , kitab al-Fitan, bab Qulun Nabi s.a.w. al-Fitnah Min Qibla al-Masyriq, no : 7094 ).

    * Najd adalah tempat kelahiran Muhammad bin Abdul Wahab – imam wahabi.

    wallahua’alam

  20. ustaz..wanita haid haramkan berada di atas masjid..blh ustaz tlg ulaskan disini..coz kwn2 sy ni ramai sgt yang naik msjid time haid..kalau sy bagitau mgkin dia xberapa percaya..mgkin disebabkan ilmu sy yang sedikit berbandingnya..saya minta tlg ustaz ulaskan blh..sbb nanti sy nak link kan dgn blog ustaz nanti..syukran ustaz..

    • Wanita yang haid haram duduk dalam masjid .Jelas dalam semua kitab feqah .Dalam sunan abu daud juga jelas menyatakan bahawasanya Nabi tidak halalkan bagi orang yg berjunub dan haid duduk didalam masjid .Begitu juga haram lalu masuk pada pintu A misalan dan keluar pintu itu juga .Adapun jika lalu masuk pintu A tetapi keluar pada pintu yg dihujung lagi satu ya’ni kerana nak melintas jalan dekat ,maka tiada mengapa iaitu harus serta makruh sekiranya tidak takut darah menitis .Adapun yg berjunub melintas harus tanpa makruh .Ada juga yg menyatakan perempuan yang haid pada zaman nabi haram duduk dalam masjid kerana zaman dulu tak ada cawat (kotex) .Itu adalah perkataan yang jahil sebab yang diharamkan itu kerana dirinya menanggung hadath sebagaimana orang yang berhadath besar .Darah menitis dalam masjid itu haram yang lain . wallahualam

      • makasih ustaz

  21. tapi memang betulpun kita ingat darah tak menitis boleh duduk masjid, kalau ikut ustaz indonesia lagi boleh baca quran lagi, apa pendapat ustaz..

    • Baca Quran kita niat zikir yg dimana kita sudah menlazimi /selalu buat zikir ,maka ketika itu harus .Begitu juga harus bagi Hafizah yg takut lupa akan hafalannya .Selain dari itu haram .Wallahualam

  22. assalamualaikum wbt ustaz..

    macam mana pulak kalau orang bukan islam masuk surau atau pun masjid??
    boleh ke tak boleh??
    kalau bedosa siapa yang tanggung??

    • Waa’laikumsalam .Silakan masuk masjid sambil menjaga adab2 didalam masjid .Sekiranya membenarkan org perempuan yg bukan islam atau yg islam sekalipun membuat ceramah ke atau apa saja seperti pernah berlaku baru2 ni di dalam masjid di depan khalayak org2 lelaki ,maka itu jelas haram .Yg menanggung semua yg hadir disitu kerana seolah2 redha .Yg mengizinkan pula lebih2 lagilah dapat saham sama.wallahualam .

  23. ustaz terima kasih ya..

    ustaz jika tidak keberatan
    saya mau nanya ustaz tentang satu gambar ini
    yang agak mengelirukan sy..
    tolong saya ustaz..
    saya mau mintak facebook ustaz
    atau ustaz add terus
    jamaya ngah

  24. salam ziarah.alhamdulillah..smkin ramai golngn yg akan terus bangkit mmperjuangkan isu purdah..saya pernah di dlm dilema apbila sering disuruh mninggalkn purdah.namun, sy cari kekuatan dgn terus mngkaji dn kaji srta brdoa pdNya. alhmdulillah,kini sy blh terus istiqamah memakai di luar rumah dn di tmpat kerja,insyaAllah. syukur jga krn di pndk pasir tmboh inilah buat prtma kalinya sy mula memakainya.

    syukrn ust atas penjelasan yg detail berkenaan isu ini..

    brkenaan knyataan sheikh tantawi tu, sy dpt tahu bhwa kenyataan itu ialah cicipan dr akhbar sekular di mesir.sedangkan kenyataan sbnrnya ialah “plajar pmpuan tidk dbnrkan mmkai purdah di dlm kelas krn smua pelajarnya adlh pmpuan”.. jadi, peranan media ini sebenarnya byk mmpngaruhi pndngan msyrkt. berita akhbr kini sdh tidak blh dipercayai lg. yg boleh prcaya mgkin hanya nombr di dalam akhbr tu jer..w’alam

    • Terimakasih tentang infonya.Memang saya ada dengar tentang syeikh tantawi dari sahabat di mesir dan propagandanya akhbar . Di sini saya lebih menekankan kepada datuk nik aziz dan sewaktu dengannya .Kitab feqah tidak ruju’ lojik aqal pulak yg ditonjol .Sebenarnya banyak lagi isu2 yg menggunakan lojik aqal yg ditonjolkan oleh beliau .Jika kita berlapang dada tanpa taqlid buta ,maka kita akan perasan tentang kenyataan2 beliau yg sentiasa membuat di kalangan2 ahli ilmi merasa meluat .wallahualam

  25. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah, bila dah berpurdah rasa lebih selesa. Biasa orang tanya, macamana nak makan? InsyaAllah tak ada masalah…bila pergi kenduri rumah jiran, makan saja di sebalik purdah…masyaAllah,nikmat…walaupun ramai mata yang memandang. Betul cakap ustaz, amal sunnah itu ibarat genggam bara api. Islam itu dtgnya dagang & ia kembali dagang, ianya menjadi suatu kepelikan pd org lain. Bukannya non-muslim yang pelik, tp org Islam sndiri. Smoga Allah beri taufiq pada kita smua. Wallahu alam.

    • waa’laikumsalam.alhamdulillah ,teruskan memakainya.nak tunggu apa yg orang cakap memang tak boleh buat kerja jawabnya .Insyaallah carilah keredhaan Allah yang pastinya Allah taala akan mencukupkan kita di kalangan makhluknya . Jika kita menuntut keredhaan manusia ,maka Allah taala akan serahkan segala urusan kita pada manusia (ya’ni tiada pertolongan dari Allah)

  26. salam…

    ada yg mengatakan amal purdah ni berat n x boleh sewenang2 n sebarangan org pakai purdah. klu nk pakai kena baik akhlak dulu takut jd fitnah pd agama, bimbang org anggap pakai purdah tp akhlak x jaga…
    ada jgk org bgtau saya yg pemakai purdah ni ada 2 sebab satu kerna betol2 nk pakai satu lg sbb nk ria’…
    klu betol2 nk pakai kena package dgn sarung tgn yg tutup semua jari2 skali… klu x, jgn pakai….
    sdgkn org yg berkata masih x pakai sarung lengan yg mana bila pakai pakaian yg hjg lgn x berbutang akn mendedahkn sedikit lengan jika tgn baju terselak…
    mtk penjelasan ustaz…

    • Wslam.Pertama jika kita nk tunggu apa orang kata memang tak boleh buat kerja sebab di mata orang selalu sahaja ada kesalahannya .Kedua kata sayidina Abu Bakar jika kita tak boleh buat semua jangan tinggal semua .Dengan ma’na jika tak mampu untuk lakukan penutupan dengan sempurna iaitu memakai sarung tangan dan lain2 melainkan dua biji mata sahaja ,maka tutuplah mana yg mampu setakat ini .Jika nk baik akhlak ,kenalah tutup aurat secara sempurna .Bukan dah baik akhlak barulah nk tutup .Tak dapat dinafikan bahawasanya ramai yg pakai purdah kerana adat bukan kerana ibadat .itulah yg kadang2 pakai kadang2 tidak dengan tiada uzur (uzur seperti larangan pakai purdah di kampus misalan) .Fitnah agama ni banyak.jangan pandang pada org yg cuba nak berubah kearah kebaikkan tapi tak sempurna sahaja yg boleh menimbulkan fitnah .Mana lebih baik dibanding fitnah yg dibawa oleh artis2 kita? Terimakasih kerana perihatin saudari

  27. asslmlkm wr wb, slm ukhuwah ust’.. subhanalloh ilmu2..
    izin copas ust’ to umat insya Alloh.
    jazakalloh khoir…

    • wsalam wr wb silakan

  28. Assalamu’alaikum… ana cuma insan biasa yang banyak melakukan dosa… ana nampak ramai yang di sini menyatakan bahawa tok guru nik aziz adalah wahabi… ana bukan lah ingin menyalahkan sesiapa tetapi bukankah menfitnah itu dosanya lebih buruk daripada membunuh… klau blh adakan perbincangan ilmiah apabila kita tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat dan bukannya terus menghukum seseorang itu wahabi… bermuzakarah la dan kluarkan dalil2 ttg perkara yg kita tidak setuju itu… dan ambillah pendapat yg mana lebih kuat dalilnya… bukankah itu yg diamalkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan ulama’ yg lain termasuk imam2 mazhab… jgn jadikan perkara khilafiah ini sbg isu untuk menjatuhkan seseorang… astaghfirullah ana mmg seorang yg tidak byk ilmunya… tapi untuk mewahabikan seseorang itu sesuatu pekerjaan yg sgt berat… jadi ana berharap jgn lah kita sewenang2nya menuduh seseorang itu wahabi tetapi cuba untuk bermuzakarah terlebih dahulu dan ambil pendapat yang mempunyai dalil yang kuat… jangan jadikan ilmu kita itu salah satu jalan untuk ke neraka tapi jadikanlah ilmu kita itu slah satu jalan ke syurga iaitu dengan menggunakan nya dengan betul… jazakallah khairon jaza’ atas perkongsian ilmu ini… wallahu’alam…

    • waalaikumsalam.terimakasih kerana prihatin tentang isu wahabi ni .silakan lihat pada blog ust zamihan tentang isu wahabi . di sini saya lebih suka melepaskan fardhu ain .kita kena mengerti apa tu fitnah .fitnah itu menyatakan akan seseorang yg dimana org itu tidak lakukan .Menyatakan allah taala duduk atas arash ,menyatakan Nabi Muhammad itu sama sahaja dengan mamat kampung yg lain semasa lahir jadi buat apanya nk sambut hari kelahiran nabi kita .sebenarnya banyak lagi kenyataannya yg terkeluar dari sunnah waljamaah.awak boleh lihat kenyataannya dalam you tube .yg pertama tadi iaitu menjisimkan Allah taala sebagaimana ibnu taimiah yg dibawa terus oleh muhammad wahabi yg dimana ijma’ menyatakan kafir bagi siapa yg mengi’tiqodkan allah taala berjisim .bagi yg kedua adakah mamat kampung dibelah dadanya dan dicucikan hatinya daripada segala sifat mazmumah semasa kecil oleh jibril sebgaimana rasulullah ???adakah mamat kampung tu berjalan dengan dinaung awan di atas kepalanya sebagaimana rasulullah ???banyak lagi tentang keistimewaan rasulullah lebih2 lagi ketika lahir .kata2 itu boleh mengundang kepada kufur kerana sama sahaja memperendahkan martabat nabi dengan disamakan dengan mamat kampung. Saya memang menghoramati datuk nik aziz sebagai ahli politik yg disegani oleh semua ahli politik tapi tidak sebagi mualim apakan lagi sebagi tuk guru .maaf ya jika tersinggung .kita boleh bermuzakah jika mahu itu pun kalau sudi datang ke pondok pasir tumbuh insyaallah .saya harap sampai di sini dulu ya mengenai isu wahabi .wallahualam

  29. lahaulawalaquwwata illa billah… tok guru sy pernah berpesan hendaklah kita cepat2 berkta sedemikian apabila timbul perasaan RIYAK dan TAKABBUR..krana tkut ketika itu timbul MURKA Allah azza wajalla…sesungguhnya RIYAK dan TAKABBUR ni adalah PAKAIAN ALLAH dan hnya LAYAK kepada ALLAH…alhamdulillah ana dapat ilmu sedikit sbnyak dripada blog ini..tp alangkah berkatnya sekiranya BLOG ini tidak mempunyai unsur2 seperti yg sy sebutkan di atas,,,salam muhasabah..insyaallah sy pn slalu juga mengaji pondok apabila cuti.. sy hamba ALLAH yg JAHIL lg HINA ini ingin bertanya… APAKAH PAKAIAN WANITA KETIKA SOLAT..bleh ustaz huraika ? soalan kedua… sy pernah MENDENGAR tok guru pondok juga mengatakan..AURAT WANITA ITU SEPERTIMANA UARAT WANITA DI DALAM SOLAT ? harap dejelaskan dengan menggunakan HADIS YG SAHIH dan DALIL NAQLI (bukan aqli ye=) ..).. yg penting skali jngn menggunakan nafsu..asif jiddan..minta jwab soalan sy.. insyaallah..jazakallah kahair (^_^)

    • waalaikumsalam.pertama cuba jelaskan apa maksud anda tentang riya’dan takabbur.kedua .jika anda memang selalu pergi pondok dengan hati dan telinga yg terbuka insyaallah anda lebih mengerti dari yg lain tentang kewajipan kita memakai purdah.tok guru pondok mana yg kata aurat perempuan sama sebagaimana dalam sembahyang.untuk makluman anda semua pondok yg berdaftar di bawah ppb semua muslimatnya pakai purdah .tentang dalil aurat n apakah pakaian atau aurat dalm sembahyang semua saya dh jelaskan dalam artikel purdah itu.sebenarnya saya cukup malas nk layan sekiranya diajukan soalan sedangkan tak habis membaca artikel itu.tapi tkpe kali ini je.awak mesti faham adanya satu2 blog itu untuk kemudahan org bertanya n dapat maklumat .oleh itu perhatikan betul2 artikel itu sebelum mengaju soalan.seterusnya jangan bg satu kenytaan yg boleh membuat satu spekulasi seperti kata ada tok guru pondok kata tak wajib sedangkan semua maklum pondok2 inilah yg muslimatnya memakai purdah.habis tu riya’ n takabbur …….?kalau awak betul ahli kitab nk tahu dalil2 mana silakan datang pondok pasir tumbuh saya akan tunjuk awak kitab2 feqah n dalilnya dengan awak yg baca depan saya,insyaallah pasti boleh

  30. assalamualaikum ustaz… alhamdulillah, saya baru sebulan pakai purdah tapi dah rasa perbezaan yang sangat baik. cuma saya ingin bertanya, adakah saya dikira mempermainkan hukum pemakaian purdah kerana apabila famili saya berkumpul dengan saudara mara, saya menanggalkan purdah tetapi aurat yang lain masih saya tutup? saya cuma memperlihatkan muka saya kepada saudara mara saya. bolehkah saya terus buat begitu ustaz?

    • waalaikumsalam.menutup purdah iaitu mengelak fitnah.sekiranya rasanya sedara kita yg mungkin membesar bersama kita .bolehlh kata harus..tapi kalau sedapatnya tutuplah tapi kalau tk boleh ambillah yg harus.wallahualam

  31. assalamualaikum ustaz… satu lagi soalan saya nak tanya, ibu bapa saya izinkan saya berpurdah cuma kata mereka janganlah serba hitam. disebabkan saya baru berpurdah, saya pakai tudung dan purdah yang berwarna lembut (pudar & tak terang), beserta jubah gelap sebab di universiti saya, satu dalam seribu student yang pakai purdah serba hitam pakaiannya. disebabkan sikit saja yang berpakaian serba hitam, jadi mereka ini telah menarik perhatian ramai lelaki untuk mendekati mereka. saya tahu warna hitam itu memang dituntut oleh Islam untuk golongan wanita tapi tidak mengapakah saya mengelak untuk berpakaian serba hitam semata-mata ingin mengelakkan daripada diganggu oleh student lelaki di universiti saya? mohon ustaz jelaskan..

    • waalaikumsalam, pakai purdah tak semestinya hitam tetapi hitam tu lebih baiklah.asalkan warna itu tu tak terlalu terang sehingga membawa kita pada tabbaruj.boleh saja seperti warna koko atan coklat misalan

  32. ustaz …kalau pakai telekung yg jarang….boleh ke ustaz dalam solat…sbb mak saya biasa nya akan pakai kain batik di bahagian dalam dan pakai telekung untuk solat…memang nampak bahagian tengkuk…nak tegur tapi saya xpasti sama ada cara pakaian mcm tu dah sempurna atau tidak dalam solat…

    • Jika nampak bentuk tidak mengapa.yang tak bolehnya nampak warna kulit tu seperti kita letak daun dalamnya ,nampak bentuk daunnya tapi warna hijau tidak kelihatan,itu tak mengapa tetapi sekiranya nampak warna hijaunya ,maka tidak sah .maaf lambat respon baru balik dari indon

  33. sekadar perkongsian pendapat:

  34. xsabar nak belajar dgn ustaz plk kt pondok.. see u there ustaz lps raya ni

    • insyaallah.maaf lambat respon baru balik dari indon

  35. Salam ramadan!!!!

    Kalau saya,banyak lagi pekara yang perlu kita HARAMKAN dari orang yg nak pakai pakaian terbaik,untuk tutup aurat?

  36. KITAB WANITA WAJIB BERPURDAH MUKA & TANGAN WANITA ADALAH AURAT DI HADAPAN LELAKI AJNABI. PUSTAKA SYUHADA CALL ME,,

  37. Berpurdah atau berhijab menutupi seluruh badan termasuk wajah bagi kaum wanita,adalah wajib hukumnya menurut syariat islam yang diturunkan Allah kepada Nabi-Nya,untuk diamalkan oleh segenap wanita muslimah yang sudah baligh. Sudah tentu,setiap yang diwajibkan oleh Allah kepada hambanya pasti akan membawa keselamatan bagi mereka yang mengamalkanya,baik dunia mahu pun akhirat.Sebaliknya,bagi mereka yang tidak mahu mengamalkan apa yang diwajibkan oleh Allah kepadanya,tentu akan mendapat kecelakaan di dunia dan akan diseksa di akhirat kelak. sumber;kitab kulit belakang, TAJUK;WANITA WAJIB BERPURDAH MUKA & TANGAN WANITA ADALAH AURAT DI HADAPAN LELAKI AJNABI. PUSTAKA SYUHADA

  38. masya 4JJI,,

  39. ustaz…sy nak tanya..ustaz ada sijil atau tauliah tak…sbb sy kalau boleh nak jemput ustaz mengajar kt tempat sy..=)

    • sijil tauliah dari madrasah diniah bakriah atau dikenali pondok pasir tumbuh.tapi maaflah saya jarang sekali menerima jemputan mengajar di luar.insyaallah tengah dalam proses mencari dana untuk buka madrasah di chaah yongpeng.doakan…maaf semua lambat respon dari soalan2nya.saya dh jarang buka blog.hampir2 lupa password dlm fb pun kadang2 tak terlayan.

  40. salam ustaz..di tempat kerja saya tidak dibenarkan memakai purdah kerana tujuan ‘security’ dan ‘safety’..apakah pendapat ustaz? apakah jwpn terbaik utk dberikan walau telah diterangkan qaul muktamad dan dhoif, serta ketika dlm slt dan ihram. adakah dibolehkan seperti situasi tidak dibenarkan pakai di dalam kampus?

    • wsalam nor.sekiranya memang dh tak ada pilihan lain iaitu dh tak ada keje lain melainkan ini saja satu2 yg ada maka pakailah qaul yg dhoif tu.wallahualam

  41. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh:)
    ana nk tnya sikit..
    slh ke di wktu usia ana yg muda ni brniqab..???
    bkn apa ana bru 14 thn tpy sdh berniqab..alhmdulillah
    mudir ana x brpa nk glkn pelajr berniqab alasannya di ats sbb trtntu..
    sthu ana sbb ada pljr yg brniqab buat mslh..wallahua`lam
    ptut ke ana mnx kbrn dngn mudir untuk berniqab di skula maahad yg ana sdng blja skrng ni ???
    ana hrp ustaz dpt mmbntu..insyaAllah
    sekian,wssalm..:)

    • waa’laikumsalamwarahmatullahiwabarakatuh.berniqab tidak adabatasan umur.cuma yg menjadi wajib keatas dirinya ketika ia baligh.walau begitu dianjurkan memakainya sebelum baligh supaya membiasakannyaberbalikkepada soalan adakah patut.maka patutlah mnta kebenaran .jika kita tak mula ,siapa nk mula.jika org lain mengikut jejak kita ketika kita lakukan syariah suruh betapa besar ganjarannya disisi Allah.maaf semua lambat respon dari soalan2nya.saya dh jarang buka blog.hampir2 lupa password dlm fb pun kadang2 tak terlayan.

  42. assalam. best artikel ni. i couldnt agree anymore. betul sgt apa yg ustaz ckp. :)

  43. ustaz,mcm mna nk contact ustaz utk bertemu?saya antara yg berpegang dgn fatwa muktamad mzhab syafie bahwa muka dan tpk tgn termasuk aurat…jadi sy kira ustaz antara pemegang aswj yg asal..sy harap dpt bertemu ustaz dan bermuzakarah….ustaz tlong mesej sy di 0106315720 boleh tak ustz?maaf jika permintaan ni khilaf dgn adab,sy budak baru belajar,tak pandai beradab dgn ulama…..

    • Saya bukan Ulama.insyaallah nanti saya msj awak.maaf semua lambat respon dari soalan2nya.saya dh jarang buka blog.hampir2 lupa password dlm fb pun kadang2 tak terlayan.

  44. ustaz,sy harap dpt bertemu dgn ustaz,boleh tlong msej sy tak ustaz? 0106315720 ..maafkn jika pmintaan ni khilaf dgn adab,tapi sy antara penyokong ftwa muktamad syafie yg purdah tu wajib…jadi harap dpt bertemu ustaz utk muzakarah..

  45. Assalammualaikum, ustaz sy pelajar di sbuah ipta skrg sy sdg buat kajian mgenai purdah utk assigment pgjian islam sy. bolehkah sy tahu kelebihan bg wanita2 yg memakai purdah. terima kasih atas bntuan ustaz

    • waa’laikumsalam.cuba cari buku alhijab atau buku TAJUK WANITA WAJIB BERPURDAH MUKA & TANGAN WANITA ADALAH AURAT DI HADAPAN LELAKI AJNABI. PUSTAKA SYUHADA

  46. Assalamualaikum ustaz..mohon add ustaz di facebook bole?

    • waalaikumsalam.silakan cari nama saya abd rahim mdshah atau mohd shah.saya pun lupa

      • FB ustaz: Abd Rahim Mdshah

        ustaz..saya nak tanya….cara makmum lelaki utk menegur imam adalah dengan menyebut subhanallah kan…manakala bg wanita dgn imam wanita caranya adalah dengan menepuk belakang tangan.(mohon teguran jika saya salah)…jadi pertanyaan saya..kalau saya sebagai makmum berimamkan seorang lelaki ajnabi, cara tegurnya macammana?n jika imam itu suami kita pula macammana cara tegurnya?

        jazakallah,,

      • sama je dengan menepuk belakang tangan kiri

  47. Reblogged this on nurulfarhanirozali and commented:
    Perasaan Ana sedih bila terjumpa gmbar2 surat khabar yang menjelaskan kenyataan TGNA dan beberapa hamba Allah swt mengenai isu purdah. Tak tahulah sama ada betul itulah yang ditegaskan oleh TGNA,namun bukanlah satu isu yang paptut diharamkan pemakaiannya, purdah juga bagi pandangan saya bukanlah satu budaya barat, disebalik secebis kain ini terdapat banyak erti dan mengapa ada jumhur ulama yang mewajibkan dan ada yang menjatuhkan hukumnya sunat sahaja. Nak berkias tentang sesuatu perkara itu, tak bolehlah kita sekadar berkias tanpa ilmu, sebab ianya akan mendatangkan kemudaratan kat diri kita sendiri. Juga haruslah berdasarkan alasan yang munasabah, sesiapa yang menolak sunnah Rasulullah saw, Baginda dah bersabda ‘bukanlah mereka tergolong dalam umatku’..

  48. Assalamualaikum ustaz,

    Pada mulanya saya baca artikel ini memang agak berat nanang;p. Tapi lama2 boleh terima dan sekarang saya dah faham, walaupun sy bukanlah seorang yg memakai niqab. Insyallah, sy mahukan apa yg dibuat bukn ikut2 an tetapi sbb kita tahu dan ada ilmu.

    • waa’laikumsalam.tk kisahlah jika tak pakai pun .hukum ni bukan hukum qatie’.cuma jangan menyangka bahawa hukum niqab ni seorang yg extreme atau hanya budaya arab.bagi yg nk pakai kerna beramal dengan qaul yg mu’tamad silakan .bg yg nk pakai qaul dhoif dengan tidak memakai silakan.tidak jadi masaalah.

  49. assalamualaikum..ana faham susahnya untuk memahamkan orang lain. cuma ana minta ustaz bertenang semasa menulis jawapan kepada setiap persoalan. bimbang tertinggal perkataan yang penting atau tersalah ayat, mereka jadi keliru atau tidak faham. walau apa pun, selamat berjuang. selagi kita dipihak yang benar Allah akan rahmati kita.

    • wsalam..saya tak pernah bercadang untuk fahamkan org lain.kefahaman tu datang dr Allah.saya cuma tulis apa yg syara’ nak.insyaallah sehingga sekarang ni pun saya sentiasa tenang apabila menjawab dengan senyuman yg tanda kesian.jika ada tertinggal, tugas awak untuk membetulkannya.jika ada tersalah tugas awak untuk membetulkannya tapi biar berdalil.tiada ta’sub dalam teguran.wallahualam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: