Posted by: singalaka | September 15, 2009

10 golongan perempuan masuk neraka !!

1)              Perempuan yang digantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya kerana membuka aurat . (Ramai yang keliru atau tak tahu mengenai pemakaian yang betul mengenai tutupan aurat dengan tudung .Adapun pemakaian itu wajiblah menutup sebagaimana didalam sembahyang ya`ni sehingga dagu bukan bawah dagu sebagaimana ramai kaum hawa memakainya .) Mengenai kewajiban memakai purdah,  insyaallah kita akan bincang pada babnya .

2)       Perempuan yang digantung dengan lidah  dan dituangkan api neraka yang sangat panas kedalam mulutnya kerana menyakiti suaminya (lidah ditarik 70 hasta) . (Seperti ia kata “sejak saya kahwin dengan awak apa saya ada!” atau ia kata “Hai bang sejak akhir-akhir ni nampak malas je sembahyang tahajud !” Apabila seorang isteri berkata demikian maka pahala tahajud si isteri itu berpindah kepada si suami .) Berbaloi ke ?

3)      Perempuan yang digantung dengan dua susunya dan buah zakum itu dituangkan masuk kedalam mulutnya (iatu buah kayu yang didalam neraka yang amat pahit ) apabila dimakan ,maka bergelegak segala isi perut mereka dan otak mereka kerana ia menyusu akan anak orang lain tanpa mintak izin suaminya . (Susu badan itu milik Suami .Oleh kerana itu harus bagi si isteri meminta upah dari suami kerana menyusukan anak dari susu badannya .) Tapi kalau boleh tak payahlah ya..

4) Perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat dan terlipat dan dilumur minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas kedalam mulutnya kerana keluar tanpa mintak izin suaminya walau kerumah ibunya sendiri . (Ini banyak berlaku bagi Isteri-isteri yang bekerja di bandar .Mereka memikirkan bahawa mereka layak menerima layanan yang setanding dengan lelaki dalam semua hal termasuklah tidak perlu meminta izin dari suami ke mana saja hendak pergi . Kadang kala si Suami terpaksa bertanya kepada orang yang seperjabat isterinya untuk mengetahui kemana pemergiannya .)

5)        Perempuan yang tergantung pada hal memakan akan daging dirinya dan api menyala-menyala dari pihak bawahnya kerana ia memperhiasi bagi orang lain, tidak bagi suaminya .( Sekiranya si Isteri keluar rumah hal keadaan berhias diri sedangkan si Suami tidak menegah , maka si Suami akan diazab setiap setapak keluar rumah isterinya itu selama seratus ribu tahun di dalam neraka .Nauzubillahiminzalik .) Boleh tahan ke wahai suami   ? Bagi isteri yang memakai wangian ketika suaminya berada di rumah hukumnya sunat .Hukumnya makruh sekiranya suaminya tiada di rumah .Adapun jika keluar rumah walau dengan suaminya ,maka iaitu haram .Setiap lelaki yang menghidu wangiannya itu dihukumkan perempuan itu seperti berzina dengannya .

6)        Perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala Malaikat akan dua kakinya dan dijadikan atas badannya beberapa ular dan kala hal keadaannya memakan akan dagingnya dan meminum akan darahnya kerana ia tak mahu  mandi junub ,haid dan meringan-meringankan sembahyang . (Orang yang tidak mandi junub atau haid sudah tentu kita kata mereka adalah orang yang tidak sembahyang .Adakalanya jika mandi sekalipun tetapi mandi dalam keadaan jahil dengan kaifiat (cara-cara) mandi . Maka serupalah dengan orang yang tidak mandi . Maka sembahyangnya tidak diterima .Apabila tidak diterima , maka ibadat-ibadat yang lain pun tidak diterima .) Bagi orang  yang meringan-ringankan sembahyang seperti menta`hirkan  (melambatkan) sembahyangnya sehingga masuk kepada waktu sembahyang yang lain. Sesuai firman Allah dalam surah الماعون : Maka neraka weil lah bagi orang yang meninggalkan sembahyang hal keadaannya lalai .lalai dengan maksud menta`hirkan waktu tanpa uzur syar`ie .

7)       Perempuan yang tergantung akan dirinya hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Didalam mulutnya api menggelegak otak kepalanya mengalir kedalam hidungnya dan segala badannya amat busuk lagi berputar-putar seperti kena penyakit yang besar kerana ia mendatangkan anak zina . (Maka dengan ini jauhilah mana-mana keadaan yang mendorong kita kearah berzina .Dengan makna kaum lelaki dan kaum perempuan dilarang sama sekali untuk bercampur aduk tanpa penghadang antara satu sama lain walaupun belajar fardhu ain .) Ciri-ciri muslimah yang solehah iaitu ia tiada pada tempat perhimpunan orang ramai .Sebaik-baik pekerjaan iaitu menjahit sebagaimana Siti Ai`syah isteri Rasullullah s.a.w .

8)       Perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapannya hingga kebelakangnya daripada segala anggotanya dengan gunting api neraka kerana ia masyhurkan dirinya . (Sekarang kita dapat lihat berapa ramai yang nak jadi pemimpin rakyat padahal ada tegahan daripada Nabi yang jelas dan berapa ramai perempuan hendak berpidato di depan khalayak lelaki ,hanya kerana hendak menunjukkan bahawa dia pun boleh sebagaimana laki-laki . Memimpin hanya bagi kaum hawa ,tiada masaalah .Berpidato di depan kaum hawa sahaja tiada masaalah .Yang harus itu jelas yang haram itu pun jelas .Jangan mempergunakan agama dengan akal .Agama itu dibina dengan apa yang diturunkan oleh Allah .)

9)       Perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan diatasnya beribu-beribu warna dari azab kerana ia adalah sangat mengadu-ngadu lagi amat dusta . (Ini salah satu penyakit kaum Hawa yang jahil . Sebab itu tidak hairanlah Nabi kata seorang perempuan boleh menggoncangkan satu dunia .Dusta dia ,pengaduan dia boleh menjatuhkan dari seorang president kepada rakyat .Sesuai kata Nabi barangsiapa banyak bercakap , maka banyaklah salahnya . Barangsiapa banyak salah , maka banyaklah dosanya .Barangsiapa banyak dosanya , maka nerakalah tempatnya .) Maka beringatlah !

10)     Perempuan yang tergantung atas rupa anjing dan api neraka masuk daripada bawah duburnya dan keluar ia daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badannya dengan pemukul api neraka kerana ia adalah sangat membangkit akan manusia seperti ia berkata “Buat apa engkau buat ini…..” lagi pula banyak dengki berdengki . (Apabila kita merasa berdengki , maka cepat-cepatlah kita ingat ini semua pemberian Allah )

* Ini semua apa yang diceritakan oleh Nabi kepada Siti Fatimah anaknya dan Saidinah Ali sahabatnya lagi menantunya dan suami kepada Fatimah rha yang dimana ia melihatnya sendiri ketika Isra` mi`raj . Wallahualam .Bersungguh-sungguhlah perbaiki diri .


Respon

  1. salam. saya minta izin untuk simpan artikel ni dalam simpanan sendiri. Jazakallah

    • silakan.

  2. Bagaimana hukum bagi isteri yg selau kena pukul dengan suami dia..dah tu kadang2 suami dia selalu memaki hamun dan menghina2 dia..sehingga dia x tahan dia pernah lari tinggalkan rumah.dia jugak selalu bergaduh dgn suami dan akan sama memaki hamun suami dia kerana tak tahan asyik dia yg kena pukul dan kena maki hamun..sedangkan suami dia tu orangnya macam wara’ dan tak pernah tinggal solat??

  3. tentang melambatkan waktu solat tu, boleh ke ustaz beritahu apa akibatnya bile kta melambatkan solat isya’ dgn niat utk solat tahajud sekali, krana kalau dah solat isya’ liat skt nk tahajud. walau bapa prnah berpesn jgn tidur sblum solat isya’
    t.k.

    • Nabi melarang kita tidur lepas mengerjakan sembahyang maghrib sebelum mengerjakan isya’ .Maka hukum itu makruh .Sekiranya waktu isya’ sudah masuk kita tidur juga sedangkan kita tahu misalan kalau kita tidur mungkin sampai Subuh , maka ketika itu haram .wallahualam

  4. ustaz bley x sy gnakan untuk post ke dalam facebook untuk renungan bersama-sama kawan2 laen??

    • silakan

  5. assalamualaikum ustaz, sangat berguna dan bermanfaat artikel ini. izinkan saya copy artikel ini untuk simpanan saya dan dihebahkan kepada orang ramai ye…

  6. maafkn saya ustat, kaum hawa skrg byk terpengaruh dgn tipu daya dn d pergunakn oleh dajjal tanpa dsedari. Contoh yg nyata iklan2,butik2 kecantikan mempengaruhi sedikit sebanyak para2 isteri kerna setiap pagi kaum hawa sibuk mendandan, bersolek dn berwangi2an utk bukan muhrim d pejabat akan tetapi muka air liur basi pabila bersama suami drumah mau pun d atas ranjang. Hati2 dgn Facebook ni kerna ia adalah salah satu saluran kuncu2 dajjal yg dpanggil THE HIDDEN HAND

  7. SALAM,ustaz saya mntk izin untk share maklumat ni kat facebook boleh???

    • Wsalam.silakan.maaf lambat respon baru balik dari indon

  8. SALAM.boleh ke mentaati ibubapa sebagai contoh baru2 ni ana mengadakan majlis pertunangan dan majlis penikahan akan dtg, di rmh kuarga ana, ana di suruh memakai pakaian yg nmpk perhatian yakni tabaruj di luar rmh dan menunjukkan wajah di hadapan klayak ramai,sedangkan ana di luar rmh seorg istiqamah memakai pakaian sederhana begini..keluarga mengangap ianya hanya sekali seumur hidup dan ber alasan tidak mengecilkan hati mereka…….Buntu,,,

    • wsalam.maaf ada masaalah line internet kat sini jadi lambat respon.tidak ada taat dalam ma’siat pada Allah.elakkan dengan hikmah

  9. salam ustaz……izinkan hamba ALLAH ini mengambil artikel ini sebagai panduan

    • wsalam.maaf ada masaalah line internet kat sini jadi lambat respon.silakan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: