Anas Bin Malik r.a telah berkata yang bermaksud ; “Sesungguhnya bumi setiap hari menyeru (manusia) dengan 10 kalimat iaitu :-
1) Wahai manusia ! Engkau berlari-lari di atas belakangku , tempat kembali mu adalah di dalam perutku .
2) Engkau melakukan ma`siat di atas belakangku ,engkau akan disiksa di dalam perutku .
3) Engkau ketawa di atas belakangku ,engkau akan menangis di dalam perutku .
4) Engkau bergembira di atas belakangku ,engkau akan bersedih di dalam perutku .
5) Engkau mengumpulkan harta di atas belakangku ,engkau akan menyesal di dalam perutku .
6) Engkau memakan yang haram di atas belakangku ,engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perutku .
7) Engkau sombong di atas belakangku , engkau akan menjadi hina di dalam perutku .
8) Engkau berjalan dalam keadaan suka cita di atas belakangku ,engkau akan jatuh didalam perutku dalam keadaan duka cita .
9) Engkau berjalan dalam cahaya yang terang di atas belakangku ,engkau akan jatuh ke tampat yang gelap di dalam perutku .
10) Engkau berjalan di kalangan khalayak ramai di atas belakangku ,engkau akan menjadi sendirian di dalam perutku .
*Beringat-ingatlah apabila kita melangkah kaki kita membuat sesuatu ,pastikan kita bertanya diri kita adakah Allah taala redha dengan perbuatan yang kita ingin lakukan atau pun tidak .Perut bumi tidak mengenali sesiapa sama ada ia di kalangan Ulama` , Uamara` ,Hafiz atau Hafizah ,Mualim ,Ustaz ,Ustazah atau sesiapa sahaja .Amalannya yang menyelamatkannya sudah tentu dengan rahmat Allah .Beramal mesti dengan ilmu . Nak dapat ilmu tak dapat tidak mesti dengan guru ,bukan dengan buku-buku semata-mata .Barangsiapa menjadikan buku sebagai panduannya ,tidak menuntut dengan guru ,maka Syaitanlah menjadi gurunya .Berapa ramai sekarang yang tak mahu menuntut ilmu ,hanya ingin melakukan ibadat semata-mata sahaja .Orang-orang yang sebegini ,yang selalu ditipu oleh Iblis dan sekutu-kutunya .Alasannya Allah taala mengetahui niat kita . Sedangkan amalan tanpa ilmu ,amalan itu ditolak dan tidak diterima . Zaman sekarang semakin kurang orang yang ingin menuntut ilmu .Yang dituntut , ilmu juga ya`ni ilmu dunia ,pekerjaan yang menjamin kesenangan hidup kononnya walhal fardhu ain yang asas masih lagi terkapai-kapai .Alhamdulillah Pelajar-pelajar U sudah mula mengambil intesif di pondok-pondok untuk memantapkan fardhu ain mereka ketika cuti semester .Sudah tentu langkah-langkah ini menggembirakan para guru-guru Pondok yang mengajari mereka .Cuma terfikir dalam sanubari guru-guru itu , bagaimana nak menyampaikan hukum-hukum dalam masa dua minggu lebih kurang ,sedangkan mereka (para guru-guru) menuntut bertahun-tahun lamanya . Para guru-guru sudah tentu sentiasa memohon pada Allah ,supaya memberi kefahaman sekaligus dapat beramal bagi penuntut-penuntut ini . Dengan senyuman mengingati detik-detik kemanisan para-para guru ketika bersama mereka ,gelak ketawa mereka , soalan demi soalan cepu emas mereka ,akan menjadi satu memori dalam hidup yang fana` ini . Akhir kata seperti kata Sayidina Umar ; “Tuntulah ilmu sebelum kamu jadi ketua”. Dah jadi pemimpin jangan haraplah sangat dapat menuntut lagi .Mungkin kerana keegoan sebagai pemimpin atau tiada masa . Bagi kata-kata saya pula ; “Tuntutlah ilmu wahai kaum hawa selama belum berumah tangga” . Kalau sudah berumah tangga maklumlah…Akhir kata sebagaimana firman Allah yang berbunyi “Tidak aku jadikan makhluk itu ,melainkan beribadat padaku” . Wallahualam .
bce ttg ni..tringat gak time ustaz pening dtye pelbagai soalan yang pelik2 dr muslimat..hhmmm..’pempuan mmg suka tanya soalan pelik2′
By: azlinda on Oktober 19, 2009
at 5:03 am
Salam.ustaz, terima kasih atas perkomgsian ilmu. blajar d pondok adlh saat yg paling dirindu. kami menrma pmbelajaran yg berbeza. masa tu lbih memahami ttg blajar melalui keberkatan. Alhamdulillah. insyaAllah, ada kesempatan akan kami ke sana lagi untuk menuntut ilmu. syukra ya ustaz.
By: munadhia on Oktober 19, 2009
at 11:36 pm
Insyaallah jumpa lagi semua .Pintu pondok sentiasa terbuka .
By: singalaka on Oktober 20, 2009
at 6:41 am
insyaallah cuti sem ni..bulan 11 lepas raya aji..saya dan ayuniza akn ke pondok untuk menuntut ilmu agama..ilmu yang sangat diperlukan oleh semua manusia..sahabat2..jom la pergi..jumpa di sana nanti
By: azlinda on Oktober 23, 2009
at 4:04 am
syukran ustaz atas ilmu yang disampaikan..
banyak sangat kekeliruan telah terjawab…
rindu sangat pada pembelajaran di pondok…
di pondok sungguh berbeza berbanding di IPT…
keikhlasan, kemanisan dalam menuntut ilmu dapat dirasai..
Alhamdulillah Allah mengizinkan kaki ini untuk melangkah menuntut ilmu di pondok Pasir Tumbuh walaupun seketika,semoga Allah permudahkan urusan untuk kami semua terus menimba ilmu…
By: Nurula'in on Disember 31, 2009
at 6:11 pm
ustaz..sya copy n wt tuk bcaan umum??bleh
By: aiman on Januari 8, 2010
at 3:26 pm
silakan .syarat doakan saya
By: singalaka on Januari 8, 2010
at 3:53 pm
Syukran jaziilan untuk semua guru-guru yang telah mencurahkan ilmu kepada kami. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya.. Doakan kami sentiasa. Kenangan menuntut sedikit ilmu di pondok, dalam suasana banjir adalah kenangan musafir ilmi yang terindah pernah dirasai..
By: Hawwa on April 24, 2010
at 6:02 am
hujan tu rahmat.mudah2an kita semua dirahmati Allah
By: singalaka on Januari 12, 2011
at 12:30 pm
ALHAMDULILLAH, dapat juga saya dan kawan-kawan belajar fardhu ain kat pondok pasir tumboh masa cuti baru-baru ni,syukran ustaz.-muslimat um-
By: syukriah on Januari 4, 2011
at 4:13 am
ilmu ini milik Allah.hargai ilmu yg allah beri dengan beramal.itulah tanda syukur kepada Allah.sampai berjumpa lg insyaallah
By: singalaka on Januari 12, 2011
at 12:28 pm
ustaz,mintak izin nak copy maklumat dalam ni
By: syukriah on Januari 4, 2011
at 4:14 am
silakan.doakan saya
By: singalaka on Januari 12, 2011
at 12:27 pm
ya-ALLAH…Rindu dengan pengajian pondok…rasa macam tak nak balik kampung asal je…kelantan…memang terkenal dengan pondok…ana kena berjuang untuk ugama,bangsa….pengalaman berada di tempat sendiri yang kurang ilmunya adalah satu pengalaman yang amat menguji jiwa…rasa macam tak kuat..
By: imtiyaz on Ogos 27, 2011
at 6:54 am
kampung asal kat mana?berjuang di kampung asal memang mencabar.justeru itu saya sedang mencari tanah untuk dibeli di sekitar muar atau melaka untuk mendirikan pusat pengajian.kalau dapat membantu lagi bagus
By: singalaka on Ogos 29, 2011
at 2:23 pm
ustaz…. sy mahu share jgk ya ustaz. moga ALLAH merahmati ustaz sekeluarga..
By: Nur Akmal Yahya on November 11, 2011
at 2:21 am
silakan
By: singalaka on November 11, 2011
at 2:22 pm