Posted by: singalaka | November 11, 2009

IHDAD (Meninggalkan perhiasan dengan kematian suami) Bhg 1

Hukum eddah

Didapati ramai yang masih keliru atau tak tahu hukum bereddah bagi perempuan .Ada yang kata eddah bagi isteri yang kematian suami adalah 3 bulan .Ada yang kata hukum ihdad (meninggalkan perhiasan ) atas isteri yang kematian suami hanya 3 hari .Ada yang kata tidak perlu memberi nafkah kepada isteri yang diceraikannya semasa dalam eddah dan macam-macam lagi .Ada pula isteri keluar rumah semasa eddah sedangkan si suami dah sediakan rumah . Insyaallah disini saya akan membawa sedikit penerangan mengenai hukum perempuan yang bereddah dan berihdad ;

1)                  Wajib bagi perempuan yang bereddah dengan talak rajii’ (boleh ruju’) diberi akan duduk pada tempat yang diceraikan oleh si suami yang menceraikannya itu jika layak dengan perempuan itu .Dengan ma’na jika tidak layak seperti asalnya perempuan itu anak orang kaya ,duduk rumah batu sedangkan rumah yang nak diberi duduk oleh suami yang nak menceraikannya  itu rumah kayu , maka hendaklah diberi pilih begi perempuan itu sama ada ia hendak terus duduk rumah itu atau hendak balik rumah bapanya .

2)                  Wajib diberi nafkah selama tiada berpindah ia kepada eddah wafat (kematian suami) seperti mati suaminya pada hal ia didalam eddah ,maka putuslah nafkahnya kerana bereddah ia dengan eddah wafat (hikmahnya ia sudah dapat harta pusaka.wallahualam) .Eddah wafat itu ,tiada wajib nafkah baginya jikalau ia bunting sekalipun . Bersalahan perempuan yang bunting lagi bai’n (talak tiga misalan) ,maka wajib baginya nafkah dan jikalau mati suaminya pada hal ia didalam eddah sekalipun kerana tiada berpindah ia kepada eddah wafat .Maka berkekalan nafkahnya (berpindah kepada warith suami yang memberi nafkah)  

3)                  Wajib diberikan pakaian melainkan perempuan yang derhaka sebelum daripada talak atau pada pertengahan eddahnya ,maka pada ketika itu (derhaka) tiada wajib diberikan pakaian  baginya  dan tiada wajib diberikan juga perbelanjaan bahkan tiada wajib diberikan tempat kediamannya kerana gugur sekaliannya dengan sebab derhakanya melainkan jika kembali perempuan kepada taat akan suaminya yang mentalakkannya seperti yang tersebut dalam Raudha tetapi jika kembali ia kepada taat suaminya pada pertengahan harinya (ya’ni lepas subuh) maka wajib diberikan dia akan tempat kediaman dan tiada wajib diberikan nafkah harinya itu .*Seperti nafkah belanja juga ,lauk pauk ,khadam dan lain-lain kerana ia seperti isteri dan kerana inilah jadi gugur sekaliannya dengan sebab derhakanya sebelum daripada talak dan kemudian daripada talak .(tetapi auratnya isteri itu seperti dengan orang asing ya’ni wajib tutup aurat di hadapan suaminya yang mentalakkan dia ,semasa dalam eddah ) * Tiada wajib diberi alat bersuci seperti sikat dan sabun dan barang-barang yang sepertinya tetapi jika menyakiti ia dengan umpama kotor ,maka wajib diberi barang yang menghilangkan dia .

4)                  Wajib bagi perempuan yang bai’n (sama ada bai’n dengan khulu’ (tebus talak) atau dengan tiga talak atau dengan fasakh )yang tak mengandung ,diberikan tempat kediamannya jua ,tiada diberikan nafkah dan tiada pula segala pembelanjaan seperti pakaian dan lain-lain melainkan jika bunting ,maka pada ketika itu wajib diberi nafkah jua baginya dengan sebab mengandung atas qaul yang sahih .Kata setenganh Ulama’ nafkah itu bagi anak yang dalam kandungan .Ini (diberi tempat kediaman bagi perempuan yang bai’n)jika tiada ia derhaka sebelum daripada ditalaknya atau didalam eddah .Jika ada derhaka, maka tiada baginya sesuatu melainkan kembali ia kepada taat akan suaminya (iaitu tidak keluar rumah dan lain-lain lagi). *Perempuan yang dijima’kan dia dengan jima’ syubhat (pada malam hari misalan ia mendatangi/jima’ seorang perempuan di dalamrumahnya yang sangkaan ia itu adalah isterinya ) dan jikalau dengan nikah yang fasid (rosak) (seperti nikah dengan isteri orang atau yang belum habis eddah) sekalipun ,maka tiada wajib baginya sesuatu .

Hukum Ihdad (meninggalkan perhiasan pada dirinya ketika kematian suami)

*Wajib ihdad ke atas isteri yang kematian suaminya jika isteri yang hamba sahaya sekalipun .

=    Ma’na ihdad itu pada syara’ meninggalkan perhiasan pada dirinya ketika kematian suami dengan meninggalkan memakai kain yang dicelup warna yang diniatkan dengan kain yang dicelup itu akan perhiasan sama ada pada malam dan pada siang hari seperti kain kuning atau merah (termasuk kain batik).

=    Harus memakai kain yang tiada dicelupkan akan dia seperti daripada kain benang atau kain bulu atau kain kulit kayu atau kain sutera jika tiada pada yang tersebut itu perhiasan umpamanya bunga-bunga .*Harus juga memakai kain yang dicelup yang tiada diniatkan dia bagi perhiasan seperti kain hitam atau kain biru atau kain hijau (warna tak mangancam selama tiada daripada kain itu berkilat-kilat lagi cerah warnanya..Jika begitu haram hukumnya.) melainkan jika ada kain hitam atau kain biru atau kain hijau itu daripada satu kaum yang berhias mereka itu dengannya seperti kaum Arab ,maka haram memakainya kerana diniatkan dia bagi perhiasan .

=    Haram ia memakai huliyi (perhiasan anggota seperti gelang kaki ,rantai ,gelang tangan dan lain-lain) daripada perak atau emas atau lu’ lu’ atau daripada tembaga jika disadur dengan emas atau perak atau perempuan itu adalah daripada perempuan yang berhias dengan tembaga ,sama ada huliyi itu besar seperti gelang atau kecil seperti cincin dan anting-anting telinga ,maka haramjuga .Setengah daripada huliyi juga iaitu manik dan umpamanya bagi kaum Arab .Adapun berhias dengan yang tersebut pada malam, maka harus serta makruh .

=    Haram atasnya pada malam dan siang ,menyapukan minyak pada rambut kepalanya dan segala bulu yang pada mukanya .Bersalahan segala bulu yang pada badannya , maka tiada haram .

=    Haram atasnya melumurkan mukanya dengan اسفيذاج  (yang berkilat-kilat letak dekat muka)  yang dibuatkan dia daripada timah (bandingan seperti bedak juga iaitu haram) yang dilumurkan mukanya dengan dia .

=    Haram atasnya melumurkan anggota badannya yang zahir seperti mukanya ,dua tangannya ,dua kakinya dengan umpama inai dan haram juga mengandamkan rambut kepala yang diatas dahinya dan mengerintingkan bulu pada pelipisnya dan sapukan celak pada bulu keningnya dan mengandamkan bulu keningnya .Ini semuanya haram.

=    Haram memakai bau-bauan pada badan atau pada kain atau memakai bau-bauan yang pada celak mata yang tiada diharamkan dia seperti celak yang putih ,maka haram juga kerana bauan itu .Adapun diri celak yang putih itu ,maka tiada haram bercelak dengannya kerana tiada perhiasan padanya .Adapun celak mata yang haram seperti ia bercelak dengan اثمد (debu-debu batu) yang tiada bau-bauan padanya . Maka haram atas perempuan yang berkulit hitam atau yang berkulit putih memakainya kerana  اثمد (debu-debu batu) mengelokkan mata . Maka jika ada padanya bau-bauan , adalah ia haram daripada dua pihak iaitu bercelak dengan dia dan bau-bauan .Maka haram dengan celak yang tersebut melainkan kerana hajat seperti sakit mata ,maka dimaaf daripadanya bagi perempuan yang didalam ihdad dan seperti demikian hajat itu pun ,hendaklah ia gunakan akan اثمد (debu-debu batu)  itu diwaktu malam dan dihilangkan dia diwaktu siang melainkan jika berhajat memakainya pada siang hari juga (seperti tak boleh bercelak di waktu malam kerana tak ada lampu misalan untuk melihat di cermin) maka harus gunakannya pada siang hari kerana dharurah .

=    Harus baginya bersuci dengan membasuh kepalanya dan badannya dan jika masuk hamam (bilik air panas) sekalipun .Harus juga menyisir kepalanya dengan tiada menggunakan minyak , mengguna umpama daun bidara (untuk hilang daki badan) ,cukur bulu ari-ari dan mengerat kuku .

*Jika meninggal oleh perempuan yang bereddah akan ihdad sekalian masanya atau setengah masanya nescaya selesai juga eddahnya serta berdosa ia jika diketahui akan haram meninggalkannya itu .

* Jika sampai akan dia oleh khabar kematian suaminya walhal sudah berlalu eddahnya ya’ni 4 bulan 10 hari ,maka tiada wajib ihdad atasnya kerana sudah selesai eddahnya seperti hukum yang jikalau sampai perkhabaran akan dia oleh talak suaminya kemudian daripada selesai eddahnya iaitu tiga kali suci,maka tiada wajib eddah atasnya .

* Harus bagi perempuan ia ihdad atas yang lain daripada suaminya seperti kematian bapanya atau anaknya atau orang yang asing selama 3 hari atau kurang daripadanya . Maka haram dilebihkan atas 3 hari jika diniatkan ihdad .Maka jika dilebihkan atas 3 hari dengan tiada niat ihdad ,maka tiada haram .

*Tambahan akan dilakukan masa ke semasa insyaallah

Advertisement

Respon

  1. Penerangan tentang kaum, muda wahabi, salaf oleh Datuk Harun Din sila dowanloads
    http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm

  2. ustaz ,nk tnye ,klau prempuan tu d’thalak bain sughra ,(d’fasakh atau d’tbus thalak ) suami die nkkan die balik ,kne aqad nikah balik kan?nk aqad nikah tu adakah mesti tunggu habis eddah dulu ?or trus nikah tnpo tunggu edddah ..maaf mnganggu..

    • tkde sebab nk tunggu edah .dh sebelum ini pun dia suaminya kan.edah ni supaya nk membezakan takut2 mengandung tu bukan dr ank suami yg baru.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: