Posted by: singalaka | Jun 16, 2010

IHDAD BHG 2

Wajib atas isteri yang kematian suaminya atau isteri yang ditalakkan dia akan sebagai talak bain atau yang difasakhkan nikahnya atau yang bereddah daripada jima’ syubhat dan jika dengan nikah yang fasid (rosak) sekalipun atau yang ditalakkan akan dia dengan talak rajii’.Sekaliannya itu memperwajibkan rumah bagi isteri2 yang tersebut iaitu tempat kediaman yang ada isteri itu padanya pada ketika bercerai jika layak tempat kediamannya dengan isteri itu .

Tiada harus bagi suami dan lainnya mengeluarkan isteri itu daripada tempat bercerainya dan tiada harus pula bagi isteri itu keluar daripada tempat kediamannya dan jikalau redha oleh suaminya sekalipun kerana sudah menjadi hak Allah ,maka hak Allah taala tiada gugur ia dengan beredha-redhaan melainkan kerana hajat .

Maka harus baginya isteri itu keluar serta kembali semula pada eddah wafat atau eddah jima’ syubhat atau nikah yang fasid atau yang difasakhkan nikahnya atau talak bain kerana tiap-tiap perempuan yang bereddah yang tiada wajib nafkahnya dan tiada pula baginya orang yang menunaikan hajatnya,haruslah baginya ia keluar siang hari kerana membeli makanan atau membeli barang-barang jahit atau keluar menjual akan barang yang dijahitnya atau umpamanya kerana berhajat kepada yang tersebut .

Adapun perempuan yang wajib nafkahnya seperti ditalakkan akan dia dengan talak rajii’ atau bain lagi bunting ,maka tiada harus keluar melainkan dengan izin suami atau kerana dharurah kerana sekalian perempuan yang tersebut dimemadakan dengan nafkah suami mereka itu .

Demikian lagi harus baginya keluar kerana hajat itu pada waktu malam jika tiada dapat keluar di waktu siang . Demikian lagi harus ia keluar kepada rumah jirannya yang perempuan kerana menjahit misalan atau bercakap-cakap dan umpamanya kerana berjinak-jinak (hilang pilu hati) tetapi dengan syarat bahawa kembali ia dan bermalam di rumahnya sendiri .Maka jika bermalam di rumah jirannya,maka iaitu haram.

Demikian lagi termasuk juga kata harus keluar kerana dharurah iaitu seperti takut ia mudhorat atas dirinya akan kebinasaan atau orang nak buat jahat atau takut mudhorat atas hartanya atau anaknya daripada diroboh akan rumahnya atau ditenggelami air ,maka haruslah kerana semuanya itu , ia berpindah kerana dharurah .

Bermula tempat bersalah-salahan antara perempuan yang wajib nafkah baginya dan diantara yang tiada wajib nafkah baginya ,maka yang pertamanya itu ,tiada harus ia keluar melainkan dengan izin dan yang keduanya ,harus baginya keluar bagi kerana hajat dan jikalau dengan tiada izin suami sekalipun .Adapun ketika dharurah ,maka bersamaan keduanya pada harus keluarnya .Dikehendakki keluar itu,keluar serta kembali .Adapun keluarnya kepada tempat yang lain ,maka tiada harus dan jikalau dengan redha suaminya sekalipun . Wallahualam


Respon

  1. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: