SOAL JAWAB

Responses

  1. askum…
    saya nak tanya haji beberapa soalan?
    harap haji dpt menjawab soalan sy ini.emm apa yer hukumnya jika seseorang anak lelaki yang sihat tubuhbadan dan telah berkeluarga ,tetapi masih meminta duit dari ibu bapanya….sedangkan ibu bapa nya tidak berkemampuan….buat pengetahuan haji si anak langsung tidak bekerja…..dan asik mengharapkan duit daripada ibunya sahaja….harap tuan haji boleh membantu saya

    ainul qalesya
    manjoi perak

    • Bagi anak lelaki yang belum baligh lagi ,masih dalam tanggungan ibu bapa .Tetapi bagi anak yang sudah baligh , maka tanggungan atas diri sendiri melainkan anak itu benar-benar fakir seperti anak itu menuntut ilmu agama fardhu ain walau yang ilmu fardhu kifayah seperti mengaji nahu saraf ,maka tanggungan itu bagi ibu bapa selagi ia menuntut .Selain dari itu sekiranya si anak itu malas bekerja misalan ,maka haram ia memaksa ibu bapanya untuk menyara hidupnya selagi ia bertubuh sihat sebagaimana dakwa saudari .Jika ia sudah bekerja tetapi masih menanggung beban kehidupan sehairian sedangkan ibu bapanya kaya ,maka wajib ditolongi .wallahualam .catatan : bagi lelaki yang baligh iaitu mimpi keluar mani atau umurnya sudah sampai 15 tahun hijriah

  2. Assalamualaikum….
    Abang Rahim, Aishah ni….
    Aishah ade 2soalan:

    1)bole tak abang explain skali lagi tntg syarat sah solat jumaat hari tuh….
    sebab yang Aishah faham, mesti ada sekurang2nya 40 orang pemastautin di bandar berkenaan kan???
    tapi, bukan tinggal di keliling kawasan masjid…

    **sebenarnya tak faham sangat apa yang abang cuba explain hari tuh…

    2)macammana cara terbaik untuk kita tegur seseorang yang zahirnya kita lihat dia berpewatakan sopan dan lemah lembut tapi, bila dengan kawan2 rapat sendiri baru kita tahu yang dia tidaklah seperti yang ditunjukkan kepada orang yang tidak begitu mengenali dia… senang kata, indah khabar dari rupa lah…
    bila sakit sikit, dia punya menangis mengalahkan budak kecik…
    paling takle tahan bila orang lain beza2kan kami…
    dia baik, kami teruk… dia sopan, kami kasar…
    dia ada makna nama yang baik (Cahaya Ketenangan)…
    sampai bila kena tanggung pon Aishah taktahu lah abang….kawan2 lain pon terpaksa terima jer….
    banyak lah….
    please help Aishah abang…
    huhuhuhu….

    terima kasih…
    Wassalam…

  3. w`salam ,maaf lmbt respon.baru blk raya.btul2 punya raya ni.Bagi soalan yg pertama Aishah boleh lihat pd bahan ilmiah .Saya baru masukkan .Pada soalan yg kedua buat tak tahu je.dh perangai dia mcm tu ,nk buat mcm mana ,doakan yg terbaik untuk dia jelah cuma ada orang pesan dengan saya jikalau kita jalan lurus kita akan selalu digelecohkan oleh orang lain dan orang yang suka jalan bengkok2 mudah je jalannya tetapi orang yang jalan lurus tu pada akhir2 pekerjaannya akan dapat kejayaan dan orang yang jalan bengkok tu akan jatuh tersembam .pilihlah nak jalan mana .Dah jangan marah2 nanti lekas tua..Study apa yang berlaku persekitaran kita .Mana yg elok kita ambil n mana yang tak elok kita hindari . Life is simple!

  4. ustazzzzz….sy dh xnk msg dh,,,,, gtaw soklan kt cni pon ok kn…tp nk dpt jwapan tu lmbat la cket kn..
    ni ustaz,sy nk hujah2 pakai purdah tu..so, bl org tye hujah dia, blh la sy jawab nti…ok ustz..

    • awak pergi kedai buku cari buku “Muka & Tangan WANITA adalah AURAT di hadapan LELAKI AJNABI”. Warnanya biru muda .Kalau dalam kitab feqah ,dia kata aurat perempuan seluruh badan melainkan muka dan dua tangan.Adapun di hadapan lelaki ajnabi (asing) iaitu seluruh badan .takde pun kitab kata melainkan….Lagi satu saya selalu buat perumpamaan sekiranya seorang perempuan mukanya beruk tapi berkeadaan berbogel dan lagi satu pula mukanya cantik dan kelihatan tetapi tubuh badannya di tutup rapat dengan jubah .Maka manakah satu ,lelaki yang waras macam saya akan memilih perempuan yang tersebut .Sudah tentu kita kata perempuan yang nampak muka .Ini menunjukkan wajah perempuan itu terlebih fitnah daripada segalanya .wallahualam

  5. insyaallah ustaz..nanti sy cri bku tu..kt jaafar rawas msti ada kan…
    ok syukran

  6. ustaz..
    sy plajar upm..kt cni mmg xleh pakai purdah..jd sy tak pakai la..sbb hari 2 pun ustaz ada ckp kn…dibolehkan buka kt tmpat2 yang dilarang cm kat universiti..tp saya akan pakai bila keluar dari upm..adala seorang kawan saya tu, dia selalu tanya..kenapa nak pakai gak..sedangkan orang dah tahu muka kamu macam mana..tak perlu la pakai, apa motif kamu nak pakai ni??mcm mana sy perlu jawab ye ustaz..hmmmm..

    • Katakan padanya memakai purdah adalah wajib , yang tak pakai dalam kampus kerana dharurah (kolej tak beri .tanggunglah mereka) Di luar kampus takde siapa nak larang , maka ketika itu tak ada alasan nak buka purdah .Seperti hukum makan babi ketika dharurah ; yang kita boleh makan sekadar alas perut sahaja supaya tak sakit perut ,bukan makan seekor babi itu hanya kerana dibolehkan makan babi ketika dharurah .Kaedah Fiqh : الضرورة يقدر بقدر Bermula dharurah itu disakat dengan kadarnya .Soal dah nampak muka dalam kampus ,itu bukan kerana kerelaan hati kita .Seolah-olah kain kita terlucut jatuh sudah tentu bukan kerelaan hati kita ,boleh tak kita kata tak payah tarik baliklah ,orang pun dah nampak .wallahualam .

  7. ustaz..
    kl puasa sunat..boleh ke kita niat selepas waktu subuh..mcm y ustaz bagi tahu hari tu..ustaz ckp, mazhab syafie xboleh niat sebulan terus n tak boleh juga niat selepas subuh..kl x ingat, wajib imsa’ n qada..tapi saya tak pasti la plak tu untuk puasa ramadhan sahaja atau merangkumi semua puasa iaitu puasa wajib dan sunat..

    • Memadai niat pada puasa sunat sebelum daripada gelincir matahari (masuk waktu dzuhur) selama tiada perbuat sesuatu yang membatalkan puasa sebelumnya atas qaul yang mu`tamadnya .Setengah pendapat memadai niat kemudian daripada gelincir matahari .Setengah pendapat pula memadai niatnya jika mendahului akan niat itu sesuatu yang membatalkan puasa . Buat ibadat biarlah pakai qaul yang mu`tamad .Wallahualam .

  8. ustaz..ni pasal bersalaman dgn laki2..umurnya darjah empat..budak tu berbadan besar dan rendah..hari tu ustaz ada bagi tahu..walaupun budak laki yang belum akil baligh, kita nak tahu boleh salam ke tak tgk pada punggung dia kn? 1 jengkal kn..? tlg baiki kalau saya salah..budak tu gemuk, so saya tak tahu macam mana hukumnya ustaz

    • Bersalaman dengan lelaki yang belum baligh tak mengapa hukumnya .Yang saya kata dulu batal wudhu` sekiranya bersentuh kulit dengan kanak-kanak lelaki yang ajnabi yang kita ada rasa syahwat dengannya .Syahwat yang kebanyakkan orang bukan syahwat buas .Maka salah satu tanda ulama` mengenai kanak-kanak tersebut iaitu punggungnya besar sejengkal . Mungkin umurnya lebih kurang 7 tahun .Sekiranya umurnya sudah menjangkau 8 tahun misalan tapi kita tiada syahwat melihatnya seperti punggungnya lebih kecil dari sejengkal ,maka tiada batal wudhu`nya .Wallahualam

  9. Bagi menjawab solan dari sahabat saya Halimah Melaka di FaceBook yang berbunyi begini : salam ust.ana nak tanya.”teddy bear” tu ble ke?sbb remaja n budk2 permpuan mmg suka.ana ad dgr tzkirh hr 2,ust tu ckp bg busk2 harus.tp yg dh cukp umur haram.btl ke ust,ble tak jelskn.sykrn.”

    *Mainan anak patung diharuskan bermain oleh kanak-kanak yang belum baligh iaitu patung yang tidak berbentuk binatang .Alasannya supaya dapat melatih kanak-kanak itu untuk menyayangi dan menjaga kanak-kanak yang lebih kecil darinya .Adapun perempuan yang sudah aqil baligh maka haram hukumnya berpandukan pada alasan yang tersebut .

  10. perempuan yang sudah akil baligh haram hukumnya berpandukan pada alasan tersebut,….apa alasannya ustaz.??hari tu ustaz ada ckp, aisyah r.a pun ada bermain dgn anak patung kn?so, macam mana tu ustaz?

    • Masyaallah lihat pada alasan kanak-kanak tu.Adapun yg sudah aqil baligh tak ada sebab kerana sudah mempunyai aqal yg mantap .Takkan nak belajar mengasuh kanak-kanak dengan anak patung kot .Ada juga di tanjung rambutan .Apabila tiada mempunyai alasan , maka ketika itu patung itu merupai berhala .Aisyah ketika itu umur berapa ? Beliau kahwin umur berapa ? Kan umurnya 9 tahun dan ketika tu beliau belum baligh lagi .Wallahualam .Azlinda banyakkan baca buku sepatutnya awak nak kena tahu tentang sejarah isteri-isteri nabi supaya dapat dicontohi

      • insyaallah ustaz, nti sy cuba cri buku tersebut

  11. salam abg..
    fara ada kemusykilan skit..
    erm haritu kawan fara ckp kalau tinggal solat subuh sebab tertidor kite kene niat qada..
    tapi fara baca buku asas fardu ain die tulis ringkas kat situ kalau tertidor prlu niat seprti biasa bukan niat qada..
    so misalanyer farah tertido waktu magribkan and bangun pada waktu isya..farah solat magrib tu niat biasa lakan?? ker niat qada..
    tq..

    • Wahai adikku setiap kali sembahyang yang keluar waktu sama ada sengaja atau tiada ,maka kena diniatkan qada`.Wallahualam

  12. Assalamualaikum ustaz..
    saya pengunjung baru blog ust.
    saya ada beberapa kemusykilan. 1. jika kain terangkat n menampkkan kaki ktka solat.pada masa yg sma, ada hamba Allah yg tlg ttupkan kaki tadi.soalan sya, perlukah kita slt smula? krn stahu sy kalau ktk slt nampk aurat kna slt smula..(btlkan sy kalau slh)
    2. sy sllu amalkn ambl wudu’ seblm tidur. Jika hari tersbt sya dlm keadaan hads bsr (haid), bolehkah sya ambil wudu’ n apa hukmnya??
    3. adakah slt seorang perempuan tue sah jika dia solat dengan menggunakan kain telekung yang nipis n t’byang rambut yang pnjag di dlm telekung?? setahu sy, slt kita t’batal jika kita memakai telekung yang nipis dan warna kulit kelihatan…btl ke???

    • W’salam buat Nazhirah dan sahabat2 yg lain .Jika aurat kita terbuka semasa solat dengan sendirinya seperti tertiup angin atau lainnya ,bukan kerana perbuatan makhluk seperti ditarik oleh kucing atau budak kecil ,maka jika kita cepat2 tutup kembali atau orang lain tolong cepat2 tutupkan kadar masa berkata “subhanallah” ,maka tak batal sembahyang itu dan tak perlu qada’ . Bg soalan yg kedua Haram .Yg dibolehkan mandi sunat ,seperti mandi sunat hari raya dan mandi sunat Ihram . Bg soalan yg ketiga ,jika nampak bayang2 sahaja tetapi tak nampak kulit maka diharuskan .Nak tau nampak kulit atau tidak dengan meletakkan daun hijau misalan dalm telakung itu ,nampak tak warnanya ?jika nampak maka tak sah sembahyang dengannya .Wallahualam

  13. Assalamualaikum ustaz….
    saya ada soalan, harap ustaz dapat membantu…
    1. jika kita memasang nazar untuk sembelih haiwan ternakan dan memberi makan kepada orang ramai. bolehkah keluarga atau ahli tanggungan kita makan haiwan sembelihan tersebut???
    2. jika kita bernazar, dan apa yang di hasratkan telah tertunai. tetapi, kita lupa apa yang di nazarkan. apa yg perlu kita buat???
    3. jika kita dalam keadaan musafir kerana menziarahi keluarga. berapa hari di beri kelonggaran untuk solat jama’ dan Qasar??
    4. wang zakat boleh ke di berikan kepada ahli keluarga?? contohnya saudara mara atau adik-beradik dan ibu bapa??
    5. jika kita sepatutnya memberi zakat harta/wang, bolehkah kita tukarkan harta/wang tersebut kepada barang dan di berikan zakat fakir miskin dan sebaliknya. contohnya: kita perlu keluarkan wang zakat, tapi kita tukarkan wang tersebut kepada barang.boleh ke wat cam 2???

  14. Terima kasih…

    • Bg soalan yg pertama hukumnya haram .yg boleh dimakan hanya sembelih yg sunat sahaja .Bg soalan yg kedua saya kena tahu bagaimana cara awak nazar sebab saya nak tahu adakah ia nazar lajaj atau tabarur . bg soalan yg ketiga tidak melabihi 6 hari termasuk hari sampai dan pulang seperti kita kata kita sampai hari isnin pukul 3 petang ,maka kita kena nak niat keluar sebelum 3 petang hari ahad .Niat tu sebelum kita sampai di destinasi .Katakanlah memang kita niat sebelum ahad tu ,tiba2 urusan kita tak selesai lagi ,maka bertangguh sehari demi sehari ,maka diharuskan bertangguh sehingga 18 hari .Bg soalan yg keempat tidak harus beri zakat pada orang yang dibawah tanggungan kita pada asnaf fakir dan miskin seperti anak , isteri dan kedua ibu bapa . Jika diberi pada asnaf yang lain ,maka diharuskan . Bagi soalan yang kelima tidak harus bahkan tidak sah bagi mazhab Imam Syafei .wallahualam .

  15. ustaz..saya ada soalan
    1. kl smyang subuh..kl imam x wat doa qunut, kita kne ikut imam je kn? kne sjud sahwi x? dia bukan xingat, tp dia mmg xbce qunut..sbb yang jd imam time tu, bkn org kita, tp org negara lain.
    2. apa hukum kita ckp kt seseorang tu kita dah bertunang sedangkan sebenarnya tidak lagi..sebabnya supaya dia tak ganggu kita lg..adakah itu satu penipuan..sebenarnya saya nak buat helah, tapi takut helah tu jd satu tipu plak..sbb dia selalu mengganggu..
    3. saya masih konfius..kl smyang bjemaah..kita lewat..contohnya smasa imam rakaat last, saya rakaat ke 3, saya kne duduk spti rakaat last dan bce tahiyat akhir atau saya kne duduk mcm rakaat kedua dan hanya baca tahiyyat awal..

    • Bg soalan yang pertama ; Jika imam tak baca qunut ,sunat juga kita baca sekiranya kita rasa kita dapat habiskan qunut itu sebelum Imam bangkit dari sujud yang pertama tetapi sekiranya kita sempat habis setelah Imam bangkit dari sujud yang pertama ,maka makruh baca qunut .Sekiranya kita sempat habis baca qunut ketika Imam turun pada sujud yang kedua ,maka batal sembahyang kita melainkan kita niat mufaraqoh (bercerai) dari Imam .Sekiranya kita tak buat qunut langsung sama ada sengaja atau tidak ,maka sunat sujud sahwi .Bacaan qunut yang pendek اللهم اغفرلى يا غافور وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
      Bg soalan yang kedua ; Harus untuk menolak kemungkaran .Elakkan diri dari berinteraksi dengan lelaki baru tak ada masaalah .
      Bagi soalan yang ketiga ; baca sebagaimana tahiyat akhir juga dan duduk iftirash seperti duduk tahiyat awal sebab nantikan kita nak bangun untuk tambah satu rakaat lagi .wallaahualam

      • SOALN 3 ..SBLUM NI SY AD TNY SORNG USTZ UH ,,
        USTZ 2 KTA KNA DDUK TAWARUK ,COZ KTA IKUT IMAM ,SO KNA IKUT IMAM 2 DDUK TWARUK SBB I2 HAKNYA ..

      • saya tak faham soalan ini .cuba awak hilightkan soalan yg mungkin awak pernah tanya dulu

  16. kita kene niat bercerai dari imam tu selepas imam tu sujud yang ke 2 la kan?

    • jika niat bercerai dari imam selepas imam turun kepada sujud maka batal sembahyang kita .Nak kena niat sebelum Imam turun.Sebab apabila dia turun saja menunjukkan ia dah nak masuk kepada rukun yg ketiga.Wallahualam .

  17. owh cmtu..ada sorang kawan ni..dia cakap..blh kl kita xnak baca qunut dgn syarat kita mmg xnak baca qunut dari awal lg..(maksudnya kita mmg xnak baca qunut la)xperlu sujud sahwi..tapi kl asalnya kita nk baca qunut..tapi kita tak ingat..so kne la sujud sahwi..betul ke cmtu ustaz?betul ke kita boleh xbaca qunut,.?saya tahu sunat sujud jika sgaja ataw x tinggal qunut…tapi betul ke apa yang kwn sy bgtau tu?

  18. assalamualaikum…
    ana nak tanya satu mslh pasal org cuci buah pinggang yg ambil masa 4 jam yg mnybabkn luput waktu smyang. bolehkah dijamak smyang contohnya maghrib dgn isyak kias kpd mslh jamak bg org yg sntiasa berjamaah tpi berlaku hujan lebat yg menyebabkan banjir

    • w’salam.jangan qias di situ tapi qias dekat menyelamatkan org yg lemas dalam kitab feqah .dengan ma’na sebagai dokter apabila membuat pembedahan sehingga mengambil masa yg lama sehingga terkeluar waktu kerana nak menyelamatkan seseorang,maka harus baginya qada’ setelah selesai pekerjaan itu ,bukan jama’. wallahualam

  19. Assalamualaikum ustaz,saya nak tanye.Semalam saya pergi dengar ceramah,tak pernah pergi program macam ni,diaorang ada buat majlis Qasidah Burdah tetapi disertai dengan kemenyan.Apa pandangan ustaz?Wassalam.

    • w’salam.kemenyan ni sama sahaja ketika seseorang yg mati diharuskan untuk membakar kemenyan atau setanggi atau barang apa sahaja yg berbentuk wangian agar malaikat bersama-sama dalam majlis itu.wallahualam

  20. Assalamualaikum ustaz ,ana nak tanya masalah lembu qurban yang ditebuk telinga hingga berlubang oleh pjbt haiwan sah / tidak qurban tersebut? kalu sah / tidak sebab apa?masuk dlm kata mengurang daging atau tidak?

    • waa’laikumsalam .Maaf ya lambat respon .dah lama tak update,sibuk sikit . Memadai diperbuat korban dengan tiada bertanduk atau yang patahnya atau yang terlebih telinganya atau yang ditebuknya ,itupun jika tiada hilang sesuatu daripada telinganya ya’ni taklah besar mana lubangnya sehingga hilang sedikit daging .memadai juga yang tiada berekor atau yang tiada puting susu atau yang tiada bergigi atau yang patah setengah giginya atau yang tiada zakarnya .wallahualam

  21. Assalammualaikum…warahmatullahiwabarakatuh…
    kalau saya ckp yang saya tak berapa setuju dgn jwpn sedara… terutama jwpn sedara utk soalan sy tempoh hari… apa pandangan sedara?
    saya tahu apabila sedara baca respons saya ni sy tahu sedara akan geleng kepala sambil tersenyum sinis.
    kalau nak tahu kenapa…. saya akan bg tau pada respons sy yg akan dtg… so … wait n see?

    Ainul Qalesya…
    manjoi, Perak…

    • waa’laikumsalam warahmatullahiwabarakatuh.setuju atau tak setuju itu hak anda .sekiranya anda memiliki jawapan yg lebih baik dan hanya mahu terima sahaja mana yg nafsu anda suka ,lain kali tk perlu melayari blog ini .simple .

  22. Assalamualaikum w.b.t
    Ust. sy penah tnye ust pasal mandi minyak dlm persilatan yg m’gunakn ayt2 Quran. Ust kate kn ia nya adalah haram. sy mahu penjelasan lg mengenai perkara ini.

    • waa’laikumsalam w.b.t .pertamanya ada unsur jin disitu walau ia guna ayat alquran.Jin hanya menipu daya kerja2 tersebut dengan menggunakan ayat alquran.Begini saya bg awak satu fomula mcm mana pekerjaan yang berunsur jin .katakanlah sekiranya kita boleh mempogramkan sesuatau ,itulah ada unsur jin .misalan hari ini kita boleh terbang ,esok pun boleh terbang ,lusa pun boleh terbang, qiaskanlah dengan lain .begitulah mandi minyak .Maunah atau karamah ini adalah perkara yg tidak boleh diprogamkan ,ia hanya dapat diguna apabila betul2 dharurah .itulah perbezaan antara yg berunsur jin (istidroj) dengan maunah dan karamah .wallahualam

      • ust sy x brape jelas lg. walaupun pe yg kite buat dgn niat y baik. lg pula minyk y d’gunakan adalah mnyak kelapa. sy dpt thu dri s’org kwn yg m’gatakan m’gunakan mnyak kelapa untuk kesihatan bdn xm’gapa.

      • guna minyak kelapa tkde masaalah .yg masaalhnya yg pergi panaskan /masakkan minyak tu buat apa .nak test kebal ke.ini yg dilarang oleh islam .

  23. assalamualaikum ustaz..
    dose x bla kta bercouple??

    • waa’laikumsalam .Mana2 yg mengarahkan kepada zina itu semuanya haram .Bukankah Allah berfirman mafhumya jangan kamu hampiri zina ! jangan sekali2 mendakwa bahawa kita boleh mengawal nafsu apabila bercouple ni .ikut sahaja suruhan syara’ .Mana2 yang syara’ suruh buatlah .Mana2 yg Syara’ larang jauhilah .Walau sudah bertunang sekalipun ,sebagaimana zaman sekarang ibu bapa beri kebebasan kepada anaknya untuk keluar dengan tunangnya seperti sudah ada lesen oleh syara’ dengan membenarkannya .Semuga Allah taala dapat melindungi awak serta rakan2 yg lain termasuk diri saya dan keluarga saya dari terjerumus kancah2 ma’siat .wallahualam

  24. aminn
    syukran ats pnerangan ustaz..
    adkah dkira mati syahid bla kta mati disebbkan mnanggung prsaan dan menahan nafsu kita??

    • Insyaallah iaitu syahid akhirat .Nasihat saya kahwin cepat .

  25. asSalammualaikum ustaz?cmna dgn pemakaian tuk muslimat.adakah pom xble berpakaian warna warni..that means kena pake itam la cm2..

    • waa’laikum salam.Mana2 warna yg tk menarik perhatian silakan .seperti hitam ,biru belap ,coklat atau kelabu….Lg2 zaman sekarg memang dah nk kena pakai mcm gitu .Insyaallah jika orang2 perempuan tahu dan reti tentang pemakaian muslimat yg betul ,maka selamatlah org2 lelaki terjerumus dalam kema’siatan .Apabila lelaki selamat, orang perempuan pun selamat,insyaallah . Wallahualam

  26. assalamualaikum ust..
    sy nk tnye pasal seorang ma’mum yg dtg lewat pd sembahyang subuh..
    ma’mum itu dtg ketika imam sdg membaca al fatihah rakaat 2.. ma’mum itu mengikuti sembahyang itu dan menambahi 1 rakaat lagi.. adakah ma’mum itu kena membaca qunut pd rakaat yg ditambah olehnye sedangkan die sudah membaca qunut bersama2 imam sbelumnye??

    sekian saje soalan sy..

    • waa’laikum salam .qunut yg dibaca ketika bersama imam kerana mengikut akan imam itu .Adapun qunut yg sunat dibaca juga pada rakaat yg keduanya (yg ditambahnya) kerana itulah tempatnya .wallahualam

  27. assalamualaikum ust..
    pd bbrpe bulan dulu sy ade curi cd game di cyber cafe.. skrg nie sdr insaf dn ingin memulang kan cd tersebut.. tp skrg nie cd tu brde dgn kawan sy yg kini berade di indonesia.. mcm manekh boleh sy ganti cd tersbut?

    • waalaikumsalam.Cari cd yg seumpamanya lalu dikembalikan .kalau tkde juga bayarkan harganya kepada kedai tersebut sama ada terang2 jika berani atau secara sembunyi jika tak berani ,wallahualam .

  28. Assalamualaikum ustaz…

    Boleh sya tau ape beza nazar lajaj dan tabarur?

    • Insyaallah nanti saya masukkan babnya di bahan ilmiah sana

  29. Assalamualaikum ustaz…

    ape hukum kite menyambut thun bru 2010?

    • wa’alaikumsalam .
      silakan sebab itu bukan sambutan agama cuma bukan disambut dengan ma’siat .wallahualam.

  30. ustaz,saya ada beberapa soalan..
    mengenai bersalaman antara lelaki dan perempuan..macam mana kalau secara tiba2 seorang lelaki menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan seorang perempuan yang halal dinikahinya di khalayak ramai?
    adakah perlu perempuan tersebut menyambutnya dengan tujuan tidak memalukan lelaki tersebut? dan bolehkan bersalaman tanpa berlapik tanpa nafsu? kerana fenomena ini seringkali berlaku terutamanya di kalangan sepupu-sepupu di pagi raya..

    soalan kedua mengenai susuk..
    ustaz,kalau seseorang lelaki memakai susuk(bertujuan untuk kebal) di zaman remajanya, kemudian kini dah insaf dengan kejahilan yang lalu,perlukah dia membuang susuk tersebut dari badannya atau sudah memadai dengan taubat nasuha memandangkan tidak ada ustaz yang dikenali yang tahu cara-cara untuk membuang susuk tersebut..?

    syukran..

    • Tetap haram walau dia seorang Ulama’ sekalipun.tujuan untuk tidak memalukan dengan membuat ma’siat itu jelas2 tidak diharuskan.Ketika imam syafei rhu berada di baghdad harus bersalaman dengan orang tua yg ajnabi (asing) tetapi apabila dia pergi ke mesir dalam perjalanan ia lihat org lelaki tua rogol org perempuan muda lalu sesampai saja di mesir dia pun menukar fatwanya kepada haram ,inilah qaul jadid yg kita kena ikut .kalau org tua dah begitu apakan lg sepupu kita yg sama2 muda .tapi kalau rasa serba salah dan tak membawa fitnah ,mungkin org2 di sekeliling itu semuanya sedara2 kita maka balaslah salam dengan berlapik .wallahualam

      Adapun susuk wajib dibuang sekiranya tidak mudhorat tubuh badan .Setiap susuk ada jin.Ramai ust2 yg boleh buang .cuba pergi ke ust harun din .Atau pun cuba suruh si kawn ni langgar pantang susuk itu supaya mempermatikan susuk itu .Selagi susuk itu tidak dibuang ia akan mengalami kesulitan dalam hidup lebih2 lagi ketika nak mati .wallahualam

  31. Sahabat saya tu dah cuba g Darul Syifa’ kat Chendering,Ustaz kat Darul Syifa’ bagi air tawar untuk cuba buang cara batin..maksudnya xbuang zat(besi tu)..tapi buang kesan dia..ramai ustaz2 suruh g kat org yang masukkan susuk tu, tapi dengar cerita org tu dah meninggal…sebab sahabat saya tu masukkan susuk tu 30tahun yang lalu..dan dah lama langgar pantang larang dia,tapi kesannya telah memudaratkan diri seperti solat dengan bacaan salah dan berperangai seperti budak2..

    • Cuba pergi ke tempat kuang selangor Tuan Guru Jahid Sidek dari Naqsyabandi Khalidi .Cuba talipon assistantnya Ust Daud no hp 0122052827 .Di situ memang ada perubatan sebegini .Ramai yg ahli silat berubat disana .Katakan saya yg suruh ke sana .Insyaallah mereka akan membantu .Jika diizinkan awak pergi ke sana ,sampaikan salam saya pada Tuk Guru dan jemaah disitu .Wallahualam.

  32. Assalamualaikum ustaz…

    • Waa’laikum salam .siapa ni ya

  33. Assalamualaikum ustaz…

    blh sy mintak stu petua bg mengubati penyakit org yg sentiasa dlm hdas bg llaki??

    • waa’laikumsalam .Selain dari makan ubat seperti akar serai wangi , yg lebih berkesan iaitu awak pergi urut kerana mungkin pundi kencing awak dah terturun.wallahualam

  34. syukran ustaz…
    insyaAllah…
    syukran jugak atas segala ilmu waktu di pondok baru2 ni..

    • Ilmu ni milik Allah .saya hanya menyampaikan amanahnya je

  35. Assalamualaikum ustaz…

    blehkah bju yg terkena hingus dibwa untuk sembahyang?? pd bbrape hari lepas sy ade membaca kitab yg menerangkn bhwa hingus haram di makan..
    harap ustaz blh menerang dgn lbih lanjut..
    terima kasih..

    • waa’laikumsalam
      hingus memang haram dimakan sebagaimana air mani kerana benda yg luwat .Adapun ia suci nisbah dibawa dalam sembahyang .wallahualam

  36. Assalamualaikum ustaz
    > -pemilihan pemimpin @ ketua kita perlu tgk pada apa?
    -jika dlm 1 organisasi tiada lelaki y layak untuk jawatan t’atas boleh ke kita lantik perempuan?
    – @ bagaimana jika dilantik orang y lbh muda dikalangan mereka (lelaki), lelaki 2 berkelayakan. tp tkut lelaki y lbh tua x berpuas hati@ terasa. macamne?
    – bleh ustaz bg hujah kat sy.
    Sukran.

  37. asif jiddan…
    ustaz, alhamdulillah, surau2 kat udm sekarang dah buka tirai untuk rabithah ketika solat jemaah…

  38. ustaz,asif ana nak tanya time kita trun dr iktidal msa nk sujud btul ke kna turun tangan dlu drpd lutut.coz ust dr mesir ckap xnak bg sama dgn unta.dan bila ana buat mcm tu jd nak jatuh..macam mana dgn mazhb syafie..

    • maaf saya ruju’ dalam kitab fathul wahab hasyiah bujairimi ms 213 menyatakan menghantarkan kedua lutut dahulu dengan jarakkan sejengkal kemudian baru dua tapak tangan membetuli dua bahu kerana mengikut bagi nabi riwayat bukahri dan muslim .wallahualam

  39. 1) salam alaika…apa pandangan ustaz jika seorang pompuan tu dye seorang yg menjaga auratnya dan ibadahnya tp dy bercouple?? alasannya dy b,couple untuk m,genali pasangannya dgn lbh detail dan b.niat utk berkahwin…tp skg ni dy masih amk diploma dan akan b,niat akan berkahwin slpas hbs ijazah…macam mana ek???

    2) adkh wujud cple islmik??adkh zina hati itu wjud bla kta mncintai ssorg??bgaimnakh bntuk2 zina hti yg sbnar2nya??

    syukran

    • tak kira apa pun dia apabila mengundang kepada fitnah maka haram. couple2 ni perangai org yahudi .nk ikut perangai org yahudi ke .wallahualam

  40. salam alaik…
    ustaz, bila kat surau. kita tak buka tabir untuk rabithah, adakah solat kita tidak sah ataupun solat itu sah tapi tidak mendapat pahala jemaah?

    • Solat tidak sah kerana ia menjadi syarat sah mengikut imam di tempat selain daripada masjid .wallahualam .

  41. asif jiddan, ustaz,nak tanya pasal makmum masbuk..
    kalau kita perlu tambah satu rakaat lagi,masa imam tahiyat akhir, kita perlu duduk tahiyat akhir atau tahiyat awal?
    dan bacaan kita,tahiyat akhir atau awal?

    • Duduk dengan tahiyat awal iaitu duduk iftirash sebab nanti nak bangun pula .adapun bacaan bacalah dengan tahiyat akhir kerana mengikut imam . wallahualam .

  42. salm ust
    leh x bla berhdas(haid) mmbca mathurat

    • harus tak jadi masaalah .Mana-mana yang zikirnya dengan ayat alquran awak niat zikir je .begitu juga ayat2 alquran yang awak telah lazimi seperti sebelum tidur misalan baca ayatul qursi ,maka diniatkan zikir . jika tidak maka haram .wallahualam

  43. dkh wujud cple islmik??adkh zina hati itu wjud bla kta mncintai ssorg??bgaimnakh bntuk2 zina hti yg sbnar2nya??

    • saya dh beritahu itu hari cple 2 ni adalah dakyah yahudi. begitu juga perkataan remaja .Istilah remaja inilah ramai akan ambil mudah apabila melihat anak2 mereka yg agak liar kehidupannya ,maka mereka akan berkata biasalah remaja .Adapun istilah dalam islam iaitu pemuda .Menyintai seseorang memang boleh wujud pada sesiapa pun kerana ia lahir dari sifat manusiawi cuma yang dilarang dalam islam berkhayal ikut ke lain seperti mengarah kepada ma’siat ,maka itu haram (itulah yg dikata zina hati)

  44. Assalammualaikum… wr..wb…

    ternyata betul dugaan saya, anda ini tidak boleh di tegur. apabila baru sahaja saya memberi respon seperti itu, anda telah mula mengelabah dan mula menghalau saya dari trus melayari blog anda… sedangkan jika sy bertanya ayat yang sama kepada para ulama yg lain. mereka dengan baik menjawab soalan saya dan bertanya dgn sy knp @ mengapa sy memberi respon spt itu. malah mereka tanpa rasa putus asa menjawab pertanyaan yg akan sy aju kan kpd mereka. sy skadar menguji anda. ternyata anda cepat melatah tanpa tahu sebab musabab anda di uji. sy sudah membaca profil anda. sy tahu anda berilmu.. sbb itu sy ingin menguji ilmu yg ada pada anda. ternyata anda ini lebih sudu dari kuah… cakap takde isi…
    sy rasa… ada segelintir pembaca blog ini tidak faham apa yg hendak anda sampaikan kpd mereka… sebenarnya anda ini baru setahun jagung… ilmu yg ada pada anda tidaklah seluas mana… jgn menyalahkan org lain… kalo rasa kita sendiri pun tak betul…siapa kita untuk mengatakan yg org itu salah.. tempatnya neraka… sedangkan itu kerja Allah SWT. mcm anda tuduh saya lebih memilih NAFSU. SUBHANALLAH ingatlah wahai saudara… bkn anda yang menentukan segalanya…

    • waalaikumsalam.satu hal yg awak mesti ingat nk uji seseorang bukan pd guru agama .Guru agama ni bukan macam jual ikan .Lagi2 awak kata awak ada uji ulama’ . hai kesian awak .itu namanya tak ada adab .awak belajar dulu adab baru awak belajar cara mcm mana nk uji orang .Awak rasa semua guru ada banyak masa nk layan karenah org mcm awak ke .Dari melayan org mcm awak lebih baik mengajar budak kecil alif ba’ ta’ -banyak faedah .Awak boleh teruskan ujian awak yg mcm budak2 ni di blog lain terimakasih .

    • budak ni kena belajar pelita penuntut dahulu la ustaz kan..

  45. Seseorang guru itu wajiblah kita hormati meskipun guru tersebut hanya mengajar satu huruf sekalipun…cuba kita bayangkan andaikata kita menguji seorang guru matematik di sekolah dengan mengatakan formula yang diberikan oleh guru adalah salah,sedangkan kita tahu kebenaran formula tersebut, tetapi sekadar untuk menguji,bukankah kelihatan terdapat sedikit perasaan bangga d hati..? bukan untuk menilai hati y tak dapat d lihat itu, tetapi adalah lebih baik andainya kita berterima kasih kepada guru y mengajar kita ilmu,semuanya dengan izin Allah…
    andai ada pendapat y ingin d kemukakan kepada guru mengenai formula matematik tadi, maka berbincanglah dengan guru dengan memberikan pendapat dan hujah2 y kukuh, pasti guru akan berlapang dada menerimanya…

    Berikut saya kongsikan beberapa adab seorang murid kepada guru..

    1) Memberi salam kepada guru.
    2) Jangan banyak bercakap di hadapan gurunya.
    3) Jangan bercakap sebelum guru bertanya.
    4) Jangan bertanya kepada guru sebelum minta izin terlebih dahulu.
    5) Jangan menyangkal (tunjuk rasa tak puas hati) terhadap perkataan gurunya.
    6) Jangan mengisyaratkan kepada guru dengan menyalahi pendapat, bahawa ia sangka dia lebih mengetahui daripada guru.
    7) Jangan berbisik-bisik dengan kawan ketika guru mengajar…
    8) Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan ketika guru sedang mengajar.
    9) Jangan membanyakkan soalan ketika guru sedang letih.
    10) Ketika guru berdiri, hendaklah kita berdiri (sebagai tanda hormat)
    11) Jangan ikuti guru dengan soalan/ perkataan ketika guru bangkit dari majlis.
    12) Jangan bertanya kepada guru sebelum guru sampai ke tempat.
    13) Jangan jahat sangka terhadap guru apabila melihat guru melakukan perkara yang menyalahi ilmunya (tidak menyalahi agama)…Maka, guru adalah lebih tahu dengan rahsia akan segala perbuatannya.

  46. asif jiddan ustaz…
    ustaz, kalau ustaz berkesempatan, boleh tak ustaz huraikan mengenai isu penggunaan nama Allah yang sedang d perkatakan…
    syukran..

  47. salam…
    ustaz, bolehkan kita gabungkan niat ketika solat? contohnya kita gabungkan niat solat sunat dhuha dengan solat qado’?..harapkan ustaz tlg jelaskan..

    • Solat sunat ni ada dua macam .pertama dipanggil ghairu ma’sud .Kedua yg di ma’sud .Ma’nanya jika sunat itu memang yg dima’sudkan yg ada pada waktunya yg tertentu seperti Dhuhaa ,Kabliah atau ba’diah, terawih ,witir ,sembahyang gerhana ,sembahyang raya ,maka ini semua tak boleh digabungkan dengan qada`.Jika ghairu ma’sud dengan ma’na asal ada sembahyang sahaja didalamnya seperti sembahyang tahajjud ,sembahyang tahiyattul masjid ,sembahyang sunat wudhu’ ,sembahyang hajat ,maka boeh digabungkan .wallahualam .

  48. syukran ustaz…

  49. asif jiddan…
    ustaz, asaya nak tabya bab puasa…
    kalau kita puasa qada’ tapi kita membatalkan puasa tersebut dengan sebab yang bukan kerana keuzuran macam mana ye? contohnya, kita puasa qada’,kemudian menghadiri jamuan makan..dan kita membatalkan puasa qada’ tadi kerana ingin turut serta dalam majlis jamuan makan tersebut..

    • Perbuatan itu haram .Ibadat yg wajib hanya boleh dibatalkan dengan wajib juga seperti keuzuran yang benar-benar dharurah .Jika puasa sunat ,maka makruh membatalkannya jika tiada keuzuran . wallahualam

  50. ustaz…boleh ustaz terangkan(nyatakan ) waktu yang diharamkan solat?…soalan kedua, bolehkah kita melakukan solat qado’ dalam waktu yang diharamkan untuk solat?

    • Dipanggil waktu makruh tahrim iaitu haram kita lakukan sebarang sunat yg mutaakhirin seperti sunat mutlak ,sunat hajat .Adapun sunat mutaqaddimin tiada mengapa seperti sunat tahiyattul masjid atau solat sunat wudhu .Waktu tahrimnya iaitu selepas Subuh dan selepas Asar .Adapun sekiranya kita nak qada’ sembahyang fardhu pada waktu itu ,maka tiada mengapa jika kita tidak sengaja-ngaja mengkhususkan qada’itu pada masa itu sedangkan pada masa yang lain kita tidak buat .JIka berlaku seperti itu ,maka haram serta sah qada’nya .

  51. ustaz…saya nak tanya lagi…adakah haram jika kita belum selesaikan melaksanakan solat qado’ tetapi kita hendak melakukan solat sunat terawih dan sunat hajat??

    • Kita boleh lakukan sembahyang qada’berserta dengan sembahyang hajat kerana sembahyang hajat tidak ada waktu yang khusus baginya .Bersalahan sembahyang terawih ,tak boleh kita himpunkan dengan sembahyang qada’ .Adapun hukum pada soalan awak itu didalam kitab ia’nah ,haram mengerjakan sebarang sunat selama ada qada’ yang kita masih tak bereskan lagi.wallahualam

  52. ustaz…bolehkah ustaz terangkan(nyatakan) waktu yang diharamkan solat??…bolehkah kita melakukan solat qado’ dalam waktu yang diharamkan solat?

    • Ini adalah soalan yg sama .saya faham sebab awak tanya dalam keadaan mengantuk mungkin memandangkan waktu menunjukkan di waktu pagi.

  53. terima kasih ustaz

  54. assalamualaikum ustaz..
    nk tnye sket.. apekah hukum onani??

    • Haram walau sudah berumahtangga .Jika isteri yang lakukan maka harus

  55. salam ustaz..nk tanya..yang pasal buka tira utk rabitah tu…ia diwajibkan buka ketika kita tak dgar imam baca or ia mmg kene buka w.pun kita dengar bacaan imam dgn jelas..kl mmg kne bkak.apa dalilnya?

    • wajib dibuka sama ada dengar atau tidak jika di tempat yang selain dari masjid .Dalil??pergi ruju’ kitab Fathul Wahab atau ia’nah atau Baijuri .Kalau ngaji ktab feqah insyaallah jumpa .benda ni dah jadi fardhu ain bagi orang yang hendak mengerjakan sembahyang jemaah .Tekun ngaji lagi ya Azlinda

      • insyaallah ustaz

  56. asslamualaikum ustaz..
    nk tnye psl meredhai perayaan agama lain..
    kite haram mungucapkan selamaat atas perayaan agama lain bkan??
    tp ade cekgu sy ckp bhawa raye cina nie adalah adab bgi kaum cina..
    so.. cekgu sy ckp bleh ucap selamat atas prayaan cina kerana kite pun ade jugak perayaan adab sprti sambutan maullidurrasul..
    bleh terima ke ustaz??

    • waalaikumsalam
      yg diharamkan ucap selamat atas agama seseorang seperti happy cristmas atau happy deepavali sebab itu semua adalah hari agama,seolah2 kita redha dengan agamanya .Adapun hari raya cina adalah hari tahun baru bukan hari agama atau hari adab seperti dakwaan guru fakhrul .mana kita boleh samakan maulidurrasul dengan hari raya cina .kesian guru fakhrul. oleh sebab itu harus kita katakan gong xi fa cai atau barang yg sama dengannya.wallahualam

  57. terima kasih ustaz..

  58. assalamualaikum ustaz..
    onani tu kan haram..
    adakah ia termasuk dlm golongan dosa bzina ustaz??

    • waa’laikumsalam .tidak.berzina wajib kena had.adapun onani tidak cuma haram .

  59. ustaz..ada kawan sy ckp..tapak tgn xleh blapik time solat…masa sy nk smyang, sarung lengan sy lebihkan smpai tapak tgn…mksudnya, ia menutup tapak tgn…pastu ada kwn suruh angkat cket, katanya takut xsah…betulke tak sah kl cm tu ustaz?

    • tidak.yg wajib dibuka itu iaitu satu juzu’dari dahi kita.maka tiada mengapa anggato yg lain berlapik.ini fardhu ain dala semb. yg dimana wajib kita semua kena tahu .usaha lagi ya azlnda.wallahualam

      • sy cuma plik ustz..xde plak sy dgar y tapak tgn wajib kne bkak..bl duk cni, 2 3 org kwn soh sy bkak, sbb tu sy tanya..insyaallah ustaz..syukran

  60. salam…
    ustaz bolehkah ustaz nyatakan dalil2 haram bersanding di khalayak orang ramai selepas upacara akad nikah…
    ramai kwn2 yg bertanya…

    • w’salam.yg pertama mempamerkan anak perempuan di depan khalayak ramai itu haram.dikirakan bapa yg dayus kerana tidak mempertahankan kewajipannya sebagai bapa.seolah2 dia redha anaknya dilihat oleh semua lelaki ajnabi.Begitu juga suami yg bersanding sekali.seolah2 dia kata marilah tengk muka isteriku.Itu belum masuk bab fitnah mulut atau umpat2an orang seperti suaminya handsome tapi isteri tu masyaallah hitam….dalil tengk bab tabarruj .sanding2 ni rukun hindu yg ke 13 kalau tak silap saya .wallahualam

  61. salam….
    ustaz,saya dan ibu saya megalami sakit yang sama,saya cba pergi hospital tetapi doc cakap tiada pyakit.slps to saya ada p jupe ustaz yang berdekatan umah saya,katanya saka..apakah yang harus saya lakukan ustaz,

    • Pergi berubat .Mungkin Ustaz yg bagitahu awak itu tahu mengubati.cuba try tanya.

  62. salam..ustaz, adakah bawah dagu adalah aurat bagi perampuan ketika dalam solat?..ramai rakan2 berdebat mengenai perkara ini..pendapat pula berbeza2 drpd ustaz dan ustazah di sini..Ada kata aurat dan ia perlu ditutup ketika solat.ada pula yg mengatakan ia bukan aurat..apakah jwpn yg sbnrnya?boleh ustaz berikan dalil sekali..

    • Dagu adalah aurat di dalam sembahyang dan di luar semabahyang.Berdebat?buat apa nk berdebat .dalam kitab feqah terang2 sebut ta’rif muka dimana.selalunya berdebat2 ni orang yg selalu pakai aqal ,tidak ruju’ pada kitab atau tak mengaji langsung atau mengaji tapi tak faham .Kalau ini pun tak faham tentang aurat,maka camlah fardhu ain kita pun tak lepas.yg dimana sekiranya kita sudah aqil baligh maka kita sentiasa duduk dalam keadaan haram.wallahualam..

  63. kesinambungan drpd soalan di atas..bagaimana pula jika diluar solat??adkh bahagian bawah dagu itu di kira aurat bg sesiapa yg tidak dibenarkan berpurdah(cnthnya ketika di kawasan pengajian).?…maaf ustaz jika soalan agk berbelit..

    • tak berbelit.saya dah jawab di atas

  64. salam…
    ustaz kenal tak ustaz yg bernama azhar idrus dari terengganu?..

  65. terima kasih atas segala penjelasan ustaz..

  66. salam…
    ustaz,saya sering megalami mimpi yang aneh & menakutkan…kdg2 mimpi itu jd realiti..disebabkan mimpi itu,saya jd dalam keadaan ketakutan.adakah mimpi itu benar?

  67. salam…
    ustaz, sy mahukan pendapat ustaz..
    rakan2 sekelas sy telah mewajibkan semua org bermain bowling dan mkan bersama2 sbgai aktiviti kelas..sy mengambil keputusan untuk tidak menyertainya kerana aktiviti itu bercampur lelaki dan perempuan…salah seorg daripada mereka telah menyindir sy dgn mengatakan hablu mina allah, hablu minannas..ada juga menyatakan sy ni jumu'(beku)..tp sy tetap ngn keputusan sy..
    apa pendapat us mengenai tindakan sy ini?

    • w’salam.Begitulah ragmnya klau kita campur dengan org yang jahil lg fasik.Diri campuran itu pun dah haram sama ada dalam kuliah ilmu agama atau apa saja sekiranya tiada penghadang antara lelaki dan perempuan .biarlah org kata jumu’ asalkan kita tidak bermudah2 dengan hukum syara’ .Insyaallah allah taala akan bantu awak .Saya bangga dengan awak.

  68. salam…ketika ini sy sedang menbaca majalah SOLUSI..ada artikel membincangkan mengenai mandi wajib..sy menjadi bingung dgn petikan berbunyi begini…’bagi wanita yg memakai subang, tidak wajib meratakan air hingga ke calah lubang telinga yg dicucuk untuk memakai subang.menurut mazhab syafi’e, tidak perlu mengalirkan air ke bahagian yg tidak zahir seperti lubang anting-anting.’..boleh untaz tolong jelaskan kenyataan di atas..adkh benar atau tidak..

    • wajib memusing2kan anting2 itu ketika membasuhnya.begitu jga kes kulit yg tertusuk duri.sekiranya duri itu timbul wajib kita cabutkan duri itu dan basuhkan tempat bekas duri itu .sekiranya kalau tak timbul maka tak perlu kita cabutkan duri itu .wallahualam

  69. salam,ustaz,megenai dgn peyakit saka ini,sy telah banyak berubat dengan ustaz,tapi masih lagi dalam keadaan xstabil.ada utz yang telah mengaku tidak blh lagi berubat.ustaz,blh cadangkan tempat mana kt kelantan yang blh saya berubat dengan ustaz,saya xtahan dengan penyakit pelik ini..tima kasih

    • jalan menghala ke bukit mara’ ada soran yg bernama Abg ja’ insyaallah dia dapat membantu.kalau tak tahu singgah pondok say dlu nanti saya tunjukkan.setiap panyakit ada ubatnya insyaallah.

  70. Assalamualaikum,saya berminat untuk menyrtai kolum saudara,banyak jawapan saudara yang mengelirukan dan jauh dr jawapan ustaz2 atau guru2 yg saya belajar:

    1. Hukum menggabung mana2 solat sunat dgn solat qadha’,saya tidak pernah mendengar sebarang pendapat yang membolehkannya.

    2. Hukum mengqadha; solat kerana terlibat dlm pembedahan,klu seingat sy tidak ada nas yg blh mengqadha’kan solat kecuali tertidur dan lupa,saya pernah membaca pendapat dr sorang ustaz yang membolehkan niat jama’ takhir bg waktu solat yg tertinggal krn pembedahan tersebut.

    3. hukum mengqasar dan menjama’ solat sehingga 6 hari? saya pernah belajar hanya diboleh kan selama 4 hari sahaja iaitu tidak termasuk perjalanan prgi dan balik bg seseorang musafir.

    4. Hukum berpurdah wajib? Saya pernah terbaca aurat wanita hanya dr muka dan tapak tangan sebagaimana pakaian dlm solat. Klu wajib kenapa sewaktu menunaikan haji diharamkan menutup muka dan tapak tangan,sedangkan di sana jugak terdapat kaum lelaki ajnabi?

    Boleh tolong jelaskan. wassalam

    • waa’alikumsalam,terimakasih kerana komennya.jawapan yg pertama awak tidak pernah dengar bukan berma’na tidak ada.qiyas pada sunat puasa enam n qada’ yg boleh digabung seperti dalam kitab bughya tulab atau sabila muhtadin.yg harus gabung hanya sunat yg ghairu maksud sahaja bagi jawapan yg 2 cara awak bercakap seperti awak dah mengaji bertimbun2 kitab sehingga mengatakan tidak ada nas qada’ slat kecuali tertidur dan lupa?habis tu yg tertinggal dengan sengaja tak perlu qada’.kesian awak.jawapan yg 3 yg 6 hari tu termasuk hari sampai dan pulang.kenapalah awak buat susah sangat .jawapan yg 4 awak baca buku mana?ruju’lah pada kitab mu’tabar seperti fathul wahab atau ia’nah atau mahali .aurat dalam semabahyang lain aurat pada mahram kita lain aurat pada lelaki ajnabi lain dan aurat dalm ibadat ihram lain .awak tak baca habis ke tentang penjelasan saya pada bab berpurdah itu .i ni menunjukkan awak tak berminat untuk menerima kebenaran tetapi hanya berkomen kerana menyalahi apa yg awak rasa tak betul sambil kita tidk menyedari bahawa ilmu yg Allah taala beri kita in hanya sedikit sahaja.kalau ada masa lapang setipa kali Pondok Pasir tmbuh buat program untu IPT harap awak hadir supaya setiap hukum yg keluar dr kita atas berdasar apa yg ada dalam kitab mu’tabar bukan dengan kata saya terdengar atau saya terbaca…wallahualam

  71. salam ustaz,pondok ustaz kt pasir tumbuh ke?jk saya nak jumpa ustaz mcm mana,nak ustaz tunjuk umah abg ja mengenai saka

    • w’salam saya sangkakan awak pernah ikut program kat sini.ya dekat pasir tumbuh berdepan dengan sekolah pasti,rumah hijau

  72. salam ustaz…ana ni org baru dlm ruangan soal jwb ustaz ni…ana nk btanye..boleh ke niat tok puasa ganti(puasa ramadhan, bg wanita yg dtg haid ms bln puasa) disatukn ngan niat tok puasa sunat(cam puasa sunat 6 syawal) dlm ms yg sm?sbb ade seorg ustzah ni ckp kl nk pose ganti…wat pose ganti je..n kl nk wat pose sunat..niat pose sunat je..xleh cmpur2 sbb sbg cth..mn ade solat sunat n solat wajib leh disekali kn..jd bl nk wat puasa ganti x leh la dlm ms yg sm nk gak wat pose sunat dlm hari yg sm……btol ke ustaz?mintak ustaz terang..n..ktne leh sy rujuk dlm mn2 kitab?

    • waa’laikumsalam .terimakasih kerana beradab dalam bertanya.jawapan pada pertanyaan awak itu iaitu boleh .ruju’ pada kitab ايضاح القواعد atau اشبه والنظائر kalau nk tengk pada kitab jawi yg masyhur seperti bughya tulab atau sabila muhtadin pun ada mengenai satukan niat puasa enam dan qada’ .pada bab sembahyang pula sembahyang sunat yang bukan maksud pada dirinya iaitu seperti sembahyang sunat hajat atau tahiyyatul masjid atau sembahyang istikharah atau banyak lagi boleh digabungkan dengan sembahyang fardhu sama ada qada’ atau tunai .adapun sembahyang yang bermaksud pada dirinya seperti sembahyang sunat gerhana matahari atau sembahyang dhuhaa atau sembahyang terawih ,ini tak boleh digabungkan dengan sembahyang yang lain .Zaman sekarang berhati2 tak kira siapa sahaja kebanyakkan masaalah selalunya ruju’ dengan aqal tapi awak tolong tanya pada ustazah itu ada ke kitab mana2 yg kata tak boleh satukan niat. takut2 saya pun terlepas pandang .kalau katanya takde harap maklum.wallahualm

  73. salam ustaz…saya x pasti soaln yg sy dh post kt ustaz dah delivered ke blum…

    sy recall blik soaln sy ustaz….
    sya merupakn bekas peljar ustaz…alhamdulillah walaupun selama 2 mnggu sy menadah ilmu dri ustz tpi input yg sy dpt sgt bernilai…
    ustz, sy dn 2 kwn sy (jika ustaz msh ingt) telah diijazahkn hizb nawawi dri ustz dn juga sy selalu mengamalkn 33 ayat yg utsz bgi…
    soaln sy ustz, disbbkan agk sibuk dgn pelajaran, sy agk jarang mengamalkn hizb nawawi…jadi adkn keberkesanan hizb sy kene amalkn consistent?
    lgi 1 soaln ustz, adakh peguam bela dri golongn wanita harus utk defend client dlm kes jenayah berat?
    p/s: kirim salam kt kak syarifah..
    wslm..

    • W’salam.nabi kata sebaik2 amalan yg dikasihi Allah iaitu berterusan walaupun amalan itu sedikit .buatlah yg termampu.segi kebersanan serahkan pada Allah asalkan niat kita bersih,insyaallah.sebagai peguam apabila harus bg kes yg ringan ,maka harus pula bg yg berat .takde bezanya.kak syarifah kata w’salam.jaga diri.

  74. Assalamualaikum ustaz..
    adakah alkohol terbahagi kepada yang halal dan haram??

    • ada setengah Ulama’ kata haram kerana ia dibuat daripada alkohol yg diadun dalam arak.ada setengah pula kata tidak haram.jadi hukum ni kesamaran ya’ni ada syubhat.lebih bak tinggalkan.kan banyak lagi minyak wangi yg tak beralkohol yg sedap2.

  75. salam…
    ustaz, adakah minyak wangi beralkohol boleh dibawa solat?

    • Jika kita berpandukan pada Ulama’ yg menyatakan haram ,maka tak boleh bawa solatlah

  76. salam ustaz…. sy nak tanye la, kenapa ustaz pondok cakap sekolah2 atau ipt ni haram maksud sy sekolah agama dan institut pengajian tinggi islam, saya kurang paham. lagi satu ustaz sebelum ni saya ada menadah ilmu dengan ustaz, ustaz cakap haram bagi orang yang berhadas tulis atau baca ayat al quran walaupun dalam exam, boleh x ustaz terangkan dengan lebih detail bersama dalilnya sekali.

    • w’salam dikatakan setengah2 guru itu akan haramnya bukan kerana diri sekolah itu tetapi kerana suasana sekolah itu yang bercampur lelaki dan perempuan.Ok kalau awak kata itu fardhu kifayah ,awak sendri tahu apabila saya tanya awak semua mengenai fardhu ain pun tak lepas .macam mana nak kejarkan fardhu kifayah sedangkan fardhu ain pun tak menentu.Ayat Alquran itu kalammullah.wajib kena ada wudhu’apabila nak menulisnya atau menanggungnya atau menyentuhnya.ruju’ pada kitab ia’nah jilid pertama .tahu tengok tak kitab tu?Jangan tanya saya je mana dalilnya kalau tak cari.pergi tengok.Kalau awak tanya kat pondok itu hari boleh saya tunjukkan . wallahualam

  77. assalamualaikum ustaz.. gitar haram dimainkan.. bagaimane pula gitar sbgai alat musik utk mnyampaikan dakwah?? spt penggunaan gitar dlm lagu nasyid..
    trima kasih..

  78. Wa’alaikumsalam .Tetap saja haram .Kaedah =Apabila bercampur haram dan halal ,maka ia jadi haram .

  79. assalamualaikum ustaz..maaf ganggu, ustaz nak tanya boleh atau tidak kenduri akiqah disatukan dengan kenduri khawin??? dan apa hukum sekiranya orag yang datang memberi duit kepada tuan rumah tersebut. bolehkah kita terima? dan duit itu untuk akiqah atau perkahwinan…

    • Waa’laikumsalam .Aqiqah hanya disedeqahkan bagi faqir dan miskin dan hanya untuk org muslim sahaja .Jadi sedia maklumlah tetamu yg hadir dalam jamuan kenduri itu tergolong macam2 org.kesimpulannya tak boleh .Keluar tajuk sikit , sekiranya org memberi kita duit ketika hadir kenduri kahwin kita ,harus kita ambil tetapi jika kita memang tuntut untuk terima duit atau mengharapkan ,maka ia jadi haram.Maksud kenduri itu memberi jamuan bukan perniagaan .Wallahualam.Selamat berpuasa

  80. Assalamualaikum ustaz, nak tanya berkaitan penetapan 1 syawal..Ade yg mengatakan 1-matla’ bagi 1 dunia..boleh ustaz respon dan jelaskan..syukran

    • Wa’alaikumsalam .Kitab Falaq mana yg mengatakan 1 matla’ satu dunia ? 1 matla’ dalam lingkungan 32 minit jarak perjalanan sekeliling kita iaitu dalam lingkungan 8 darjah tak silap saya .Contoh kita diri di mana? dari tempat kita diri tu berjalan kaki selama 32 minit ,sejauh itulah matla’ kita . ini satu hal,ada juga bekas Imam negara menyatakan masjid negara org mastautinnya iaitu satu negara malaysia ,kesiankan..wallahualam .Oh ya selamat berpuas ain.

      • ust, cuba ust rujuk di link ini..dan ramai sgt pengikut Hizbut tahrir mggunakannya utk hujah di fb dn ruangan forum2…

        http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/290-sn092-rukyah-dan-hisab-matla-syariyyah-atau-matla-assabiyyah

        syukran wi ustz..slmt bpuasa jg

      • Alhamdulillah ,saya sudah lihat .Pada mulanya saya setuju dengan ru’yah itu .Dalam kitab feqah pun kata tak sah lihat dengan teropong.tapi di Malaysia ini ,yg saya tahu memang dalam kalender berpandukan dengan hisab tetapi nak hukumkan masuk ramadhan dan syawal tetap jabatan mufti itu naik ke menara melihat sendiri akan anak bulan itu .Secara tak langsung hukum masuknya anak bulan bukan dengan hisab tetapi dengan ru’yah .Mengenai hukum matla’ sudah jelas saudara kita itu tak ikut mazhab,jadi takde apa yg nk dikomenkan. Almaklum zaman sekarang ramai yg berangan nk jadi mujtahid .Nk istinbat hukum terus dari hadith kita tak mampu sebab kita bukanlah ahlinya .Siapalah saya ,awak dan lain2 dibandingkan Imam Syafei .Imam Hanbali apabila ditanya apakah syarat seseorang itu boleh menjadi mujtahid,maka ia pun menjawab salah satunya beliau kena hafaz 300 ribu hadtih serta sanadnya .Jadi jangan mimpi.Jika dalam usul fiqh ,seseorang yg hendak menjadi mujtahid dilarang sama sekali istinbat hukum dari ijtihad kalam ulama’ lain ,dengan ma’na kena cari hadith sendiri .Dari rasullullah kepada kita tangga sanad yg 38 atau 37 mengikut sanad pondok ini .Adapun Imam syafei baru yg ketiga jika tak silap saya .Jadi mana yg lebih patut dipercayai ?Berhati2 dengan kaum muda yg berhajat benar nak jadi mujtahid.

  81. Assalamualaikum ustaz, sy ingin bertanya pendapat ustaz,
    bagaimana untuk kita definasikan maksud usul fikh dari sudut bahasa dan istilah?
    maaf ustaz, sy keliru kerana terlalu bnyak pecahannya.

    • وأما أصول الفقه فهي الأدلة التي يبنى عليها الفقه وما يتوصل بها إلى الأدلة على سبيل الإجمال. والأدلة هاهنا خطاب الله عز وجل، وخطاب رسوله صلى الله عليه وسلم وأفعاله وإقراره، وإجماع الأمة والقياس والبقاء على حكم الأصل عند عدم هذه الأدلة، وفتيا العالم في حق العامة، وما يتوصل به إلى الأدلة فهو الكلام على تفصيل هذه الأدلة ووجهها وترتيب بعضها على بعض، وأول ما يبدأ به الكلام على خطاب الله عز وجل وخطاب رسوله صلى الله عليه وسلم لأنهما أصل لما سواهما من الأدلة ويدخل في ذلك أقسام الكلام والحقيقة والمجاز والأمر والنهي والعموم والخصوص المجمل والمبين والمفهوم والمؤول والناسخ والمنسوخ ثم الكلام في أفعال رسول الله صلى الله عليه وسلم
      وإقراره لأنهما يجريان مجرى أقواله في البيان، ثم الكلام في الأخبار لأنها طريق إلى معرفة ما ذكرناه من الأقوال والأفعال ثم الكلام في الإجماع لأنه ثبت كونه دليلا بخطاب الله عز وجل وخطاب رسوله صلى الله عليه وسلم وعنهما ينعقد، ثم الكلام في القياس لأنه ثبت كونه دليلا بما ذكر من الأدلة واليها يستند، ثم نذكر حكم الأشياء في الأصل لأن المجتهد إنما يُفزَع إليه عند عدم هذه الأدلة ثم نذكر فتيا العالم وصفة المفتي والمستفتي لأنه إنما يصير طريقا للحكم بعد العلم بما ذكرناه ثم نذكر الاجتهاد وما يتعلق به إن شاء الله تعالى.
      Adapun usul fekah maka iaitu dalil-dalil yang dibena di atasnya hukum fekah dan barang yang menyampaikan kepada dalil-dalil di atas jalan rangkamun.
      Yang dikehendaki dengan dalil-dalil disini ialah apa yang di firmankan oleh Allah عز وجل dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah صلي الله عليه مسلم, perbuatannya, diamnya yang membenarkan perbuatan sahabatnya, ijma’ imam-imam, qias, mengekalkan hukum asal pada ketika tiada dalil dalil yang telah dinyatakan, fatwa orang alim bagi menunaikan hak orang awam, barang yang menghubung dengannya kepada dalil, wajah mengambil dalil, tertib dalil iaitu mendahulukan sesuatu dalil diatas dalil yang lain.
      *Sebenarnya payah nak bagitahu .Kalau nak lebih tahu datanglah pondok ,jika mampu carilah guru untuk bacakan awak waraqats atau luma’ .Barulah boleh faham .Disitulah baru kita boleh faham adakah kita layak untuk jadi mujtahid atau tidak .wallahualam

  82. ustz..sy ada 1 pertanyaan..ada org tanya sy..tp sy xde ilmu utk mnjawab ttg itu..jadi..sy tanya ustz..harap ustaz sudi menjawabnya…begini ceritanya..kopiah kwn sy terjatuh ats jalan..time tu dia xperasan yang kopiah dia xde..dlm 2 hari lpas tu kot, dia jmpe balik kopiah dia tu…tmpat tu plak byk anjing yang berkeliaran..soalannya..adakah perlu untuk dia menyamak kopiah dia tu sedangkan dia xlihat pun yang kopiah dia kne gigit, or tersentuh dgn anjing…wallahua’lam..syukran ustaz

    • tak nampak ada kenakan,jadi hukum dengan yg yakin iaitu ambil yang asal iaitu suci .ikut kawaid=Bermula yakin itu tidak dihilangkan dengan syak .yg awak tanya saya ni pun saya sendiri kurang ilmu.Wallahualam

      • kalau nak ikutkan ilmu..ilmu kita xkn selalu cukup..kan ilmu ALLAH itu sagtlah luas..huhu….jika nak dibandingkan sy dgn ustaz..sgt jauhla bezanya..sebab tu sy tanya ustaz..syukran ustaz..selamat berpuasa..

  83. salam ustaz..sy nak tye..saf org tua mmg xleh skali ngn bdak2 ke..budak2..dlm umur 10 tahun…kne wt saf kt blakang ke?ada masalah ke kalau bdk berumur 10 tahun tu dk 1 saf ngn kita????

    • itulah ajaran Nabi .saf lelaki dewasa depan .Belakangnya kanak2 lelaki .Belakang kanak2 lelaki pula perempuan dewasa .Belakangnya pula perempuan kanak2.Tetapi sekiranya yg dewasa itu lewat sedangkan kanak2 itu sudah masuk sembahyang,jangan diundurkan kanak2 itu ke belakang .Wallahualam

  84. salam ustaz..maaf byk sgt persoalan..nk tye..ape hukum org pempuan p kubur..mengiringi jenazah utk dikebumikan..

    • sekiranya membawa kepada fitnah ,maka jadi haram seperti ada ramai org lelaki yg asing .Apabila semua sudah pulang maka pergilah .

      • syukran ustaz

  85. ustaz..saya ada pertanyaan…kalau dalam sebuah bilik tu ada beberapa najis cicak yang kering, pastu kita mop lantai tu, terkena najis cicak yang kering..so, najis tu jd basah..pada masa yang sama najis tu tlekat kt mop n kerja mengemop lantai itu diteruskan sehingga ke seluruh lantai bilik.adakah keseluruhan lantai itu dikira kotor or camner tu ustaz?

    • Kesian….kena bersihkan semua kembali .Lain kali buangkan ain najis tu dulu lepas tu barulah boleh mop .

      • pastu ustaz..skrg ni cner…kne mop blik ke or kne basuh keseluruhan bilik tu

      • Mop saja basah2 kerana menepati basuh .Pastikan ain najis tu sudah tiada .Kalau ambil kursus rumah tangga kira fail tau..

      • kwn saya yang tye la ustaz..tp sy was2 nak jwb..sbb tu sy tye ustaz..hahahahha
        fail ke ustaz..huhu…xpe2..2la kne blajar lg..hehe

  86. salam…
    bolehkah puasa sunat 6 digabungkan dengan puasa qada’?..sy ada terbaca artikel yg mengatakan tidak boleh…boleh ustaz tlg jelaskan?

    • wsalam.silakan …puasa sunat syawal iaitu ghairul ma’sudah ya’ni janji ada puasa didalamnya sama ada kita niat qada’ dengan puasa sunat syawal atau puasa qada’ selama mana kita tidak bercadang untuk mensuku2kan puasa qada’ denga puasa sunat syawal seperti kita kata selepas saya qada’ puasa ni kita nk puasa enam pulaklah ,maka ketika tu tak dapatlah sunat puasa bergabung kerana ada sesuatu yang memalingkan . Sila ruju’ dalam kita sabilal muhtadin ,mudah sikit baca. wallahualam

  87. Salam, saya ada satu soalan. mohon jawapan segera dari ustaz. Kita ada 2 gelang emas yang sama nilai. kita gadai gelang emas yang pertama yang nilainya 5000 di ar-rahnu dan dapat 65% daripada nilai asal, lebih kurang 3250. Then, harga emas naik. kita gadai gelang yang kedua, nilai dia dah naik jadi 6000. jadi kita dapat sebanyak 3900. kita guna duit ni untuk tebus gadaian yang pertama dan baki duit yang kita ada sebanyak 650. kemudian kita gadai dan tebus lagi untuk dapatkan duit baki. Halal atau tidak? Syukran.

    • Kebetulan baru balik dari cuti,bolehlah segera..Halal .takde unsur riba di situ.

  88. Syukran ustaz, mcm mana pula kalu kita buat overlap. Maksudnya kalau kita gadai mas harini dengan nilai 5000. Pastu harga mas naik. katakan 5300. kita gi balik ar-rahnu dan bawa surat gadaian tadi untuk dinilai semula guna nilai mas semasa. Ar-rahnu akan bagi duit pada kita 300. bila harga mas naik lagi, kita gi lagi untuk nilai semula surat gadaian dan kita akan dapat duit lagi. Kita tak perlu tebus gadaian kita. Cuma perlu gi nilai semula harga gadaian setiap kali harga mas naik. Boleh ke? Ramai cina buat macam ni. Tapi sekarang orang melayu terutamanya cikgu2 yang ngajar kat sarawak buat macam ni.
    Satu lagi, boleh ke kita beli emas secara tunai online? Penjual akan pos mas tu pada kita. Terutama bagi yang tinggal di pedalaman sarawak. Bukanke beli emas bertangguh atau hukumnya haram,kerana nilai mas sentiasa berubah?

    • terus terang saya katakan saya pun tak tahu cara yang awak cakapkan tu .ada juga yang macam tu ya .puas saya tanya orang kaedah yang awak cakapkan .diorang pun tak biasa dengar .Takpe begini saya fahamkan awak dulu apa itu gadaian …..Sebnarnya kita gadai tu untuk menguatkan akan hutang kita kepada arrahnu itu .Sebab itu wajib berlafaz aqad hutang dengan arrahnu itu sebelum gadai .Sekarang kalau kita kata kita dapat hasil atau untung dari barang yang kita gadaikan tu pulak ,maka ketika itu haram ,boleh dikatakan riba’ .solan yg kedua tu, sekiranya kita kata duit itu ganti bagi emas maka ketika itu haram .Sekiranya kita kata duit itu bukan ganti daripada emas ,maka ketika itu harus .Jadi awak nak berpegang yang mana?Sekiranya awak nak berpegang yg kedua ,awak bayar zakat dengan duit pun tak sah .Jadi kesimpulannya haram .Wallahualam

  89. “kes kulit yg tertusuk duri.sekiranya duri itu timbul wajib kita cabutkan duri itu dan basuhkan tempat bekas duri itu .sekiranya kalau tak timbul maka tak perlu kita cabutkan duri itu” .

    salam ustaz,

    memetik kata2 di atas..yg dimaksudkan duri timbul tu..hujung duri tu kita boleh rasa ke…? atau bagaimana…boleh ustaz jelaskan lagi…

    • ya betul seperti kita kata sebahagian duri tenggelam dalam kulit ,sebahagian yang lain diluar kulit .wallahualam.

  90. jutaan terima kasih sya ucapkan…hilang sudah keraguan..

  91. salam ustz, ada pendapat mengatakan..semasa berwuduk di samping berniat wuduk..diqasadkan juga dlm hati bahawa wuduk itu utk melakukan apa2 saja ibadah. jika tidak wuduk tersebut hanya terpakai pada masa itu saja..maksudnya wuduk utk solat maghrib tidak boleh diguna utk solat isyak..kita kena ambil wuduk sekali lagi kerana wuduk utk solat maghrib itu telah terbatal…

    mohon ustz jelaskan..bingung saya jadinya…

    • Waa’laikumsalam .Pendapat mana tu ya ? Kitab mana? Setakat ni saya tak jumpa mana2 kitab feqah pun yg saya mengaji .Kita tak dituntut untuk sandarkan niat wudhu’ kita kepada pekerjaan ibadat yg kita nk lakukan .Hanya semata2 niat wudhu jelah .Selagi tak batal buatlah apa2 ibadat yg berkehendak pada wudhu’ .Lain dengan tayamum .Saya rasa pendapat itu adalah satu kekeliruan antara wudhu’ n tayamum .wallahualam

  92. Salam ustaz, adakah perempuan yang menuduh lelaki soleh (bukan suaminya) melakukan zina juga perlu dihukum dengan had qazaf.

    2- adakah dosa perempuan berzina terampun kalau dia telah bertaubat sungguh2 sedangkan dia belum dikenakan had dan tidak ada sesiapa pun tahu dia telah berzina kecuali dia dan pasngannya. Saya pernah terbaca kisah pada zaman Saydina Umar, pernah datang seorang perempuan kepadanya dan mengaku telah berzina dan meminta dikenakan had. Umar pada masa itu memarahi wanita tersebut kerana telah membuka aib sendiri sedangkan tiada siapa pun tahu dosanya itu. Betul ke kisah ni?

    terima kasih untuk respon soalan sebelum ini tentang gadaian. kesimpulannya haram. Cuma hukum membeli emas secara online ustaz belum jawab rasanya. Syukran kathir..

    • kena had apabila dia tak dapat bawa datang saksi melainkan yg dituduh itu memaafkan dia .Bagi yg kedua=apa saja ma’siat yg kita lakukan sekalipun ,selagi dapat ditutup mulutnya ,tutuplah .Tetapi sekiranya sudah ada saksi yg melihat perbuatan zina tu ,maka kena hadlah.sekiranya datanglah org yg mengaku zina ,maka buatlah seperti nabi =mungkin gosok2 je kot..sehinggalah perempuan itu tetap mengaku sehingga lima kali .maka dihadkanlah. yg ketiga saya ada jawab pd soalan yg kedua tu tentang duit itu sekiranya kita kata duit itu ganti bg emas …maka ada unsur riba.gi baca lg sekali

  93. assalamualaikum ustaz..
    saya ingin bertanyakn tentang hutang..
    1) adakah berdosa individu yg berhutang dgn kite “tidak membayar hutangnya” itu kerana “sdah lupa akan hutangnya” itu dan “kita juga sdah menghalalkn hutangnya”?

    2)adakah kita bdosa skiranya tidak membayar hutang yg dijanjikan seperti menjanjikan wang dgn jumlah tertentu pd seseorg atas kjayaannya mencapai kjayaan?

    3)dan bagaimana pula lupa akn jumlah yg dijankikan?

    4)dan mcm mana pula seseorg yg kita janjikan hadiah wang itu lupa akn janji yg kita janjikan itu krn sudah msuk dua thun.. die tiada mminta pun.. adkah wajib kita mencarinye dan melangsaikan hutang itu?

    terima ksih..

    • apabila lupa ,dh tu pulak kita dh halalkan ,maka ketika itu tak berdosalah.
      bg yg kedua =dosa kerana mungkiri janji
      bg yg ketiga =tanyalah pada yg kita janjikan itu berapakah jumlahnya.
      bg yg keempat =tetap saja wajib selagi dia tak kata takpelah .janji yg kita mungkiri termasuklah org2 munafiq .wallahualam

  94. bagaimane selesai shje menanyekan jumlah hutang tersebut.. tetapi org yg kita jnjikan itu juga lupa akan jumlah hutang itu.. apekah perlu sy lakukan??

  95. ustaz..saya ada pertanyaan…begini ceritanya..saya ada beli t-shirt utk pkai dlm bilik..pastu..lpas skali sy pkai..baru sy perasan baju tu ada tulisan piglet dgn gmbarnye skali..sy mmg btol2 xperasan sblum ni..sy ajat nak bg baju tu pd kwn non muslim..blh ke ustaz?ke sy plu buang terus baju tu..

    • Tulisan piglet dengan gambarnya itu iaitu babi eh..Jika begitu hukumnya haram ,beri org lain pun haram.

  96. Assalamualaikum Ustaz,
    Saya ingin bertanya tentang soal pergolakan rumahtangga suami isteri yang membabitkan campurtangan keluarga mentua sehingga isteri menuntut cerai dari suami.
    Soalan: Apakah hukumnya seorang isteri keluar dari hospital dengan membawa anak yang baru dilahirkan dan pulang kerumah ibubapanya tanpa keizinan suami?dan apakah hukum terhadap ibubapanya yang membawa isteri dan anak saya itu?

    • Bagi soalan yg pertama ,kita kena lihat alasan sang isteri berbuat demikian .Jika tiada alasan yg konkrit ,maka hukumnya haram.Apabila seseorang perempuan yg sudah berkahwin taat kepada suami melebihi dari ibu bapa sendiri .Bagi soalan yg kedua sama sahaja hukum isteri itu .Seperti saya katakan tadi sekiranya tiada ada alasan yg konkrit .Tetapi sekiranya ada alasan yg konkrit seperti sang suami nk menganiayai sang isteri misalan seperti pukul bantai, maka diharuskan keluar dari rumah .wallahualam.

  97. Assalamualaikum Ustaz..
    berkenaan dgn air..
    air ape yg kluar apebile terbayang sesuatu yg mendatangkn syahwat??
    ingin dikatekan air mani.. air mani bercirikan bau putih telur, dan agak keruh, bukan?? air ini kluar apabile berckap atau terbayangkn perkare yg mendatangkn syahwat.. dan adkah perlu mndi wajib stelah kluar air tersebut?

    • w’salam tu air mazi.tak perlu mandi tapi wajib basuh sebab ia najis.Jika terkena pada kain kita ,tak boleh diguna buat sembahyang.bersalahan air mani .ia tak najis tapi wajib mandi .wallahualam

  98. assalamualaikum ustaz,
    maaf sy nk relate sikit dgn hal tutup dagu dalam solat.
    klu telekung solat yang lazimnya ad di Malaysia ni,dah ad penutup dagu.
    tp,penutup tu akn melekap kat dagu.
    bukan ke akan menampakkan bentuk dagu tu?
    klu pmakaian stokin untuk tutup kaki dlm solat,
    bukan ke akn mnmpakkan bentuk kaki?
    jazakallah bikhoirin jaza’.

    • W’salam .Aurat dalam sembahyang ialah menutup kulit bukan menutup bentuk badan atau bentuk kaki .Adapun aurat menutup bentuk iaitu terhadap lelaki ajnabi (asing) .Wallahualam

  99. as’kum ustaz,
    ustaz, hidup saya sentiasa susah.minta keja yg bagus xdpt, duit slalu xde, teman lelaki tak sayang saya lagi. adakah Tuhan tak sayang saya? saya selalu berdoa pada Allah sy betul2 nk keja yang bagus supaya boleh tolong kluarga, dpt beli kereta n rumah. sy juga berdoa agar teman lelaki saya terbuka hati untuk kahwin dengan saya,saya nk kahwin bukan untuk suka2 tapi cuma mahukan teman untuk berkongsi suka n duka. saya rasa sangat tension, bila d tempat kerja saya selalu kena marah dengan majikan,kluarga saya juga bermasalah. hidup saya menyedihkan, adakah saya xde hak untuk gembira?
    ustaz,kenapa perlu berusaha, buat solat hajat dan sebagainya kalau hidup kita Allah yang tentukan?

    • as’kum ustaz,
      sy betul2 memerlukan pertolongan ustaz. sy tau Allah sayangkan hambaNya.. tapi terlalu banyak kesusahan yang menimpa sy. apa sebenarnya salah sy..

      • knapa plu b’usaha?,jwpnnya ad dlm dlm Al-Quran maaf ana tak ingat surah dan ayatnya:
        “Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah diri mereka sendiri..”

        Takdir Allah di penghujung usaha manusia.

        cuba muhasabah diri balik,contoh;hubungan dengan teman lelaki,agk2nya Allah redho tak hubungan anda?
        tanpa anda sedar,anda mungkin telah melakukn zina dgn teman lelaki anda.
        zina bukan hanya secara fizikal,spt yg kita sdia mklum,ad lagi zina hati,zina tgn dll.
        cth zina hati,anda merindui dia melebihi rindu kepada Penciptanya.
        (ustaz,tlg jelaskan,ya)

        tiada niat menuduh,cma ingin memudahkan anda memuhasabah diri.

        kerja pula,
        lihat blk,adakah anda amanah bila bekerja?
        pernahkah anda ikhlaskn niat bekerja demi Allah,ingin beribadah kpdNya selain mcari nafkah?

        keluarga?
        knp agaknya jd bmasalah?
        lihat sisi ibadah mrk.
        solat,aurat,terjagakh?

        saudari,
        Kalau kita jg hubungan dengan Allah,insyaAllah,Allah akn mbntu kita mjg hubungan dgn manusia.
        ajar diri bbaik sgka dengan Allah.
        mgkin ujian ini,Allah ingin menghapuskan dosa2 yg lalu atau ingin kita b’ubah ke tahap yg lbih baik,mpbaiki amalan.

        saya,anda,rkyt palestin dan semua org ad ujian tsendiri.
        Pesan sy,bdmpinglh dgn Al-Quran dan tafsirnya.
        Al-Quran itu syifaa'(penawar)
        ttp,dgn izin Allah semuanya.

        kita sama2 b’usaha,ya?

      • Tak perasan yg Anna dh tolong jawabkan .Terimakasih ya .Rajin2lah tolong jawabkan .ringan beban saya ..jazakumullah khairan jazilan .Semuga Allah membalas jasa baik Anna di dunia dan di akhirat nanti .

      • W’salam salahnya awak ,awak tidak terima qada’ dan qadar .Untuk pengetahuan awak apabila awak diuji itulah tanda Allah taala sedang pandang akan awak .Dia mahu lihat sejauh mana kesabaran hambanya itu .Orang yg paling banyak diuji adalah org yg paling dekat dengan Allah iaitu Ulama ya’ni selepas Para2 Nabi .Allah taala tidak akan menguji seseorang hambanya melebihi akan iman yg ada pada hambanya itu .Jadi bersabarlah .Itulah tanda Allah nk mengkifaratkan dosa2 hambanya atau nk menaikkan martabat hambanya itu di sisi Allah .Wallahualam

    • W’salam .Pertama cuba lihat perhungan awak dengan Allah .Adakah awak betul2 melakukan apa2 yang disuruh oleh Allah dan menjauhkan diri apa2 yg dilarang oleh Allah .Adakah berteman lelaki itu diharuskan dalam Islam? Walaupun kehidupan kita ini semuanya sudah ditentukan oleh Allah ,tetap sahaja kita selaku hamba Allah ini kena berusaha .Seperti makan apabila dihidangkan di depan kita ,kita kena usaha untuk mengambil makanan itu dengan tangan kita dan menyuapkan ke dalam mulut .Inilah i’tiqod sunnah waljamaah.Wallahualam

  100. sy cuma nk kerja bgus sebab sy nk tolg kluarga..salah ke saya? belanja adik2, belanja rumah, semua ayah harapkan sy. sedangkan gaji saya cuma sedikit. takde sape pn yg bg nasihat kt sy elok2. tambah2 org yang pakai tudung labuh n berkopiah, cuma tau nk marah je. tempat kerja saya di kelilingi orang2 demikian, tp diaorg tak dpt menarik sy kearah kebaikan. hati saya betul2 sudah beku untuk terima kebaikan. ya, sy tau Tuhan menguji hambaNya tidak melebihi iman mereka, tp dalam hati saya tidak ada keimanan pn.

  101. slm ustaz saya nak tnya apakah hukum menyapu muka selepas s0lat..sy ad terdengr cramah ustaz mnyapu muka itu bukan sunnah nabi (maaf klau silap hrp dibtulkn)

    • dalam kitab fathul wahab syarah bg minhaj imam nawawi atau dalam kitab ia’nah ada menyebut sunat menyapu kerana mengikut sunnah pd muka surat 184 juzu’ yg 1 sebelah dalam pada (faedah) .di situ ada dibawa hadithnya sekali.selalunya guru2 agama zaman interlek sekarang ni apabila tak jumpa dalil maka mulalah kata bukan sunnah.kan lebih baik kita kata setakat saya mengaji ni tak jumpa lagi dalilnya.terimakasih kerana bertanya supaya dapat manfaat untuk semua

      • ok syukran

  102. assalamualaikum ustaz..
    maaf bertanya..saya kurang pengetahuan mengenai qada solat
    misalnya,solat-solat yang terdahulu yang ditinggalkan dengan sengaja.
    kalau tak keberatan boleh ustaz terangkan mengenai qada solat..contohnya mengenai cara melakukan,niat,waktu-waktu untuk menqada solat..jawapan ustaz amat sya harapkan.terima kasih ustaz.

    • solat yg ditinggalkan dengan sengaja atau dengan lupa atau tertidur ,wjib diqada’kannya.Selagi tidak qada’ maka haram kita lakukan barang yg sunat dan yg harus melainkan keperluan harian. harus qada’ dengan lafaz qada’ pada mana2 masa melainkan waktu tahrim seperti lepas dzuhur dan lepas asar,maka haram ketika itu sekiranya kita tentukan qada’ kita pada waktu tahrim tu sahaja .tetapi sekiranya kita sentiasa qada’ pada masa yg lain dari waktu tahrim dan melakukan pada waktu tahrim juga ,maka harus qada’ ketika itu.wallahualam

      • ustaz..sy nk tye..waktu tahrim tu..slepas zohor n asar ke slepas subuh dan asar?

      • Tulah itu hari ada program tak mahu datang.ini kira basic tahu.waktu tahrim selepas subuh n asar

  103. Salam ustaz

    1. Apakah hukum seseorang yg minum air dalam bekas minuman yg dituang arak?
    2. apakah hukum kita menggunakan bekas / pinggan non-muslim yg pernah mrk gunakan pinggan tersebut untuk menghidangkan makanan spt daging babi?

    • jawapan yg pertama silakan sekiranya bekas itu sudah dicuci terlebih dahulu. Bg jawapan yg 2 sama’kan terlebih dahulu dengan 7 basuhan dan salah satunya dicampur dengan tanah kerana ia najis yg berat tidak seperti bekas arak tu

      • syukran ustaz

  104. salam ustaz,
    macamane jwpnbg permslhn ini;
    -si A(lelaki) zina dengan si B(perempuan) kemudian hamil, mereka kawen, blum tempoh 6bln, isteri dah lahirkan anak(p), then mereka cerai, kemudian A kawen lain dan dpt anak lelaki.. hbngn B dng ank lelaki tu gane?? haram ke tak anak lelaki tu ngn anak (p)
    – A(L) kawen ngn B (P) then mereka brcerai b4 dukhul, pas tu si b kawen lain dapat anak pompuan. blh x A kawen ngn ank B
    – seorang pompuan yg dah bersuami di rogol oleh perompak (orang lain) then hamil benih rogol, boleh ka anak (p) yg lahir tu kawen ngn anak sah (anak lelaki) wanita ni..

    • w’salam .apabila lahir anak kurang 6bulan 2 lahzah(saat) maka anak itu hanya dibangsakan bagi si ibu tidak bagi lelaki itu iaitu si A .Adapun anak yg hasil dari si A yg kahwin dengan perempuan lain harus kahwin dengan anak zina tersebut sebab dikira takde kena mengena .Bagi soalan yg ke2 harus kahwin .bagi soalan yg ke3 tak boleh sebab sama2 keluar dari satu rahim dan kedua2 itu juga dibangsakan bg ibunya itu .wallahualam

  105. oo…gitu, syukran ustaz…bru ni xbrape yakin nk jawab gitu.. skgbru phm sebab nye..syukran🙂

  106. ustaz, ade lg persoalan: kat sebuahkg tu ade 1 madrasah,dibina 2tingkat..yang muslimat tingkat atas..tangganya d bhg luar….sah ke solat muslimah coz dy bkn masjid, sy kurang phm…blh ustaz dtailkan takrif masjid…n bgmana plak hal keadaan solat jemaah d surau tadi…

    • nk detail memang payah ,saya nk kena tulis atau awak kena tngk gambaran isyarat tangan saya tapi saya cuba .apabila namanya masjid tak kiralah tangganya belakang ke tepi ke atau depan ke yg dimana kita membelakangkan kiblat apabila kita nk pergi ke imam ,itu semuanya tidak mengapa selagi tangga itu berada dalam masjid .Adapun selain dari masjid tangga yg berhubung kepada imam pastikan di hadapan ma’mum yg dimana kita tidak membelakangi kiblat apabila kita nk menuju kepada Imam .wallahualam

  107. SALAM
    Ustaz zy ada sdikit mslh bkaitn dgn zakat.. sy pelajar universiti dan pensyarah sy ingin mengeluarkn zakat harta. tetapi caranya berbeza. dia ingin mengeluarkan zakat menggunakan buku… sebuah buku berharga RM60 dan dia memberi buku ini kepada pelajar di dalam kelas. katanya sebagai zakat hartanya. Sebab itu, saya perlu dapat penjelasan daripada ustaz secara jelas & perlu meperbaiki hal ini seandainya salah…

    • tidak sah bagi kita yang bermazhab imam syafei .Walaupun zakat perniagaan sekalipun .misalan kita jual selipar apabila cukup haul dan nisab maka wajib dikeluarkan zakat itu dengan duit bukan dengan selipar .wallahualam

  108. maaf ustaz,jadi bgmana pula hal nya solat d surau, muslimat bhg atas…masih keliru.. maaf ustaz klu soalan mengelirukan

    • tolong tengk pada syarat selain dari masjid tu .surau termasuklah selain dari masjid .banyak lag perkara jika selain dari masjid .nak kena ada rabitah yg dapat melihat akan setiap pindahan imam atau jemaah yg dibelakang imam.kalau agak tak faham juga kena datang pondok ngaji lg.bukan semua perkara feqah yg kita boleh diterangkan dalam tulisan ni .perlu kepada amali juga .itu namanya feqah.bulan 5 ipt cuti panjangkan sehingga bulan 9 kalau tak silap saya sebab dah ubah masanya.ambil kesempatan tu untuk datang mengaji kat sini lg

  109. ustaz…
    kwn2 byk mngadu kt sy…sbb dia bru mula pkai purdah..kmudian byk kne ejek..n pertanyaan..jd dia tye sy mcm mne nk jwb psl 1 soalan tersebt..tp sy sndiri xtaw nk jwb cner..jd sy minta tlg ustazz jelaskn blh..
    mcm ni pertanyaannya….
    – pakai purdah tp xtutup dahi?mcm mne tu….kbanyakan di ngara kita kn muslimat berpurdah pkai purdah yg xmenutupi dahi…jd sy pun xtaw nk jwb cner…
    maaf ustaz klu ayt ni tbelit2.:-)

    • Kene ejek tu biasalah apabila kita nak beramal dengan syariat .cuba pakai baju ketat pasti ramai yg suka…takde yg ejek pulak tu.tu menunjukkan betapa jauh kita dah meninggalkan islam ya’ni syariat islam .Betullah tu sepatutnya kena tutup semua termasuk dahi.yg hanya boleh dibuka iaitu mata untuk lihat jalan .tetapi biasalah ada yang sempurna ada yang tidak tapi tak bolehlah kita kata lebih baik jangan pakai.sama seperti seorang perempuan memakai tudung tapi tudung tiga segi yang jarang nampak rambut .lagi pula tidak menutup sehingga dagu .kadang2 dh tutup bagus tetapi pakai baju ketat pula .tak bolehlah kita kata lebih baik jangan pakaikan .Nak citenya sekiranya kita nak beramal sesuatu biarlah dengan ilmu supaya kita dapat lakukan dengan sempurna.wallahualam.saya pun tak ingat awak tutp dahi ke tidak

      • sy kadang2 pkai yg tutup dahi..purdah tu tmpah ngn istrri ustaz la n bli ngn k.lah…klu kt U ni sy slalu pkai yg biasa je…

        ustaz..ada ptanyaan lg…
        -ape hukum pkai cncin jari tgh?
        -ada kwn sy tye…knapa kita xleh mkn/sentuh anjing selain dr krn dh disebutkn dlm alquran ttg pengharamannya….

        makasih ustz…

      • Nabi pakai cincin jari kelingking.bersalahan dari itu makruh jelah .kalau saya jawab soalan kawan awak nanti dia akan tanya selain dari ayat alquran mengharamkan zina ,mencuri dan lain2 ,kenapa kita tak boleh buat tu semua .tak ke pening tu…wajib kita ta’abud menjunjung segala yg disuruh dan menjauh apa yg dilarang

  110. Salam ustaz..saya nak bertanya..sah x sesebuah perkahwinan itu jika ia berwalikan lelaki yang tidak solat sama sekali..misalnya si anak perempuan berkahwin berwalikan bapa tetapi bapanya tidak solat..apakah yang harus dilakukan oleh si anak untuk menjadikan perkahwinan itu sah di sisi agama..minta penjelasan ustaz..terima kasih.

    • wsalam .Wali apabila nak menikahkan anaknya kenalah taubat dari segala dosa ketika itu jugaya’ni ketika nak menikahkan .Adapun saksi dia sudah taubat dalam masa setahun .Sebab itu adalah lebih baik disuruh wali itu pindah hak menikahkan pada qadi misalan.Adapun bg saksi adalah lebih cermat dipanggil atau diupahkan pada ust2 atau tu’guru2 untuk menyaksikan.itu lebih selamat.wallahualam

      • terima kasih ustaz..

  111. ustaz..klu ada org sntuh kita time solat maksudnya dia nak berimamkan kita…so dgn automatiknya kita kne niat jd imam la kn..ke just truskan dgn niat solat individu tu je..

    • jika niat imam dapatlah pahala jemaah.jika tidak niat imam sah juga sembahyangnya tapi tk dapatlah pahala jemaah

  112. owh, time ksh ustaz atas jwpn tu..tu r, ingat nk g lg cuti ni insyaAllah…doakan sy ustaz..

  113. ustaz..saya ada beberapa pertanyaan..situasi dia cmni…….
    suatu hari, si A melihat ada tapak kaki binatang atas kusyen motonya..tapak kaki tersebut disyaki tapak kaki anjing kerana tapak kakinya lbih besar brbanding dgn tapak kaki kucing…si A berfikiran,,kerana keadaan sebelum itu hujan, anjing ingin naik ke rumah tuannya dengan memijak atas moto si A…keadaan kusyen motonya pada ketika itu adalah basah..kemudia si A mengambil sapu tangan dan lap kusyen motonya itu..kemudia sapu tangan itu dijemur…selepas itu, si A menaiki motonya untuk ke suatu tempat dengan keadaan kusyennya yang masih lembap….
    persoalannya:

    1)apakah yang sepatutnya si A lakukan?perlu menyamak kusyen moto tersebut atau tidak?

    2)sapu tangan yang digunakan untuk membersihkan moto td boleh digunakan lagi atupun terus dibuang saja?

    3)bagaimanakah dengan seluar yang digunakan ketika itu(si A duduk atas kusyen moto yang masih lembap)?

    situasi kedua:

    si A menjemur baju..kemudia baju yang dijemur(masih lembap) terjatuh ke bawah (atas tanah/simen) yang menjadi laluan kebanyakan org dan juga haiwan seperti anjing…

    soalannya:

    1) perlukah si A menyamak bajunya yang terjatuh itu atau dia hnya sekadar menyucikan habuk2 yang terlekat pada baju itu seperti biasa?

    buat masa sekarang..itu sahaja soalan dari saya (tibe2 jadi cakap skema…huhu)

    makasih ustaz(“,)

    • skema sebb takut kena marah..panjangnya soalan….org pempuan memang beginilah agaknya mana yg terlintas semua dibalonnya .Tdi mula2 awak kata syakkan .maka syak tak payah buat apa2.tetapi kalau yakin itu adalah tapak anijng semua yg bersangkut paut kena sama’. pakaian yg jatuh tu tak yakin dia jatuh dekat bekas anjing ,jadi tak perlu wat apa2.wallahualam

      • haha..mcm taw2 je sy takut kne marah..huhu..ok ustaz..makasih2..kiiki

      • mm..tu sebenarnya ada org yg tye sy ustaz..org tu laki..so xleh nak salahkan sy la sbb tulis pjang2 tu..hehe

  114. slm ustaz saya ada satu pers0alan tntg haid..sprti mane kta tahu skurg2 suci ialah slama 15 hari kan..soalan sy..kalau kte dtg haid pada pd hari yg ke 15 bg tmpoh suci tu..adkh dikira darah haid @ istihadah…@pun kena kna mlepasi hari ke 15..cthnya dtg pada hri yg ke 16..bru dikira cukup tmpoh suci..???mcm mane 2 ust..cam b’blit je ayt…

    • kan awak dh tahu sekurang2 suci tu 15 hari ,maka kalau darah datang dalam masa itu takkan mungkin dia adalah haid.hari yg 16 barulah mula kita hukumkan haid atau istihadhah.wallahualam

  115. salam ustaz,

    1) gane nk kira fidyah utk org meninggal
    2)blh x seorg ank @ cucu nk qada’kan puasa utk siibu yg dh meninggal
    3) ada x dlm kitab yg mengatakan xbleh tinggal rumah kosong utk beberapa hari selepas tuan rumah meninggal dunia??

    adeorg tnya saya, tp xtaw nk jawab…he2🙂

    • yg 1 awak tak nyatakan fidyah apanya.yg 2 harus,adapun org lain kena minta izin dengan warisnya dahulu.yg 3 xbole dengan ma’na tak baik.dikatakan ruh akan kembali dalam masa beberapa hari untuk menjenguk ahlinya .wallahualam

  116. ustaz..
    saya ada persoalan yang ingin ditanya pada ustaz….

    1)apa hukum menjual barang dalam internet..?

    2)berapa keuntungan maksimum yang penjual boleh ambil dari hasil jualannya?

    makasih ustaz…

    • bg yg 1 =harus seperti jual salam.kita nyatakan sifat2nya barang yg kita nak lepas tu pos duit n barang pun sampai.wallahualam
      bg yg 2= setengah dari harga modal

      sama2

  117. fidyah puasa, ustaz.
    utk jwpn soalan yg ketiga tu…xbaik klu tinggal rumah ka? dlm berapa hari ada dihadkan ka ustaz? mohon penjelasan🙂

    • tak ingat sorry .saya ada kat luar ni.

  118. ** satu lagi ustaz, blh ka buat solat sunat hari raya seorang diri di rumah

    *
    bagi soalan yang fidyah tu,,, seorg tu sakit tenat seblum bln puasa dan xdpt puasa ms bln ramadhan sebulan misalannya …kemudian 2bln lps tu dia meninggal…ape waris dia perlu buat…
    satu lagi kes, pesakit tu puasa tapi waris dia xpastipesakit tu dapat puasa habis ke x…jd nk wt gane dah dia pon meninggal tnpa sempat tanya hal tu…kiranya dia meninggal sebelum datang ramadan seterusnya

    • bg soalan yg 1= harus ya’ni boleh juga
      bg soalan yg 2 =sekiranya lepas ramadhan tu pun dia masih sakit sehingga ia meninggal ,ketika itu tak payah buat apa2 sebab tidak ada masa untuk memperbolehkan dia qada’,maka dimaafkan .
      bg soalan yg 3 ,agak2 je berpa hari agaknya dia dapat puasa .kalau nak cermat bayarkan saja 1 bulan fidyah dengan niata kalau ada terlebih maka jadikan sedeqah.

  119. ok. syukran ustaz..

  120. salam ustaz,
    saya ada musykil satu benda,ada stu2 maso bila kite kencing dan kita istibra’ ad cecair yang kluar warnanya mcm keruh2 nk puti sikit…adkh tu air wadi dan ap pendapat ustaz…
    syukran ustaz..

    • wsalam air wadi tu .setengah org kata air wadi tu seperti tak putus2 seperti bertali .selalunya ia keluar ketika kita kerja angkat berat .wallahualam

  121. salam ustaz…….
    sya nk tanya….perlukh kita solt blik jika tanpa sengaja ternmpk kaki @ aurat ketika solt??
    bolhkh wanit y berhds besar (dlm keadaan haid) duduk di dalm msjid..sy pernah dengar, wnita tersbt bolh dudk d dlm msjd jika x d khuatri darah menitik… tolong fahamkn sya…
    terima ksh ustaz..

    • w’salam bg soalan yg 1 =tidak perlu sekiranya kita sempat menutupi dengan segera.bg soalan yg 2 tetap haram sebab yg diharamkan duk itu kerna menanggung hadath sebagaimana menanggung hadath janabah .hadath janabah tak keluar darh pun .Adapun hukum haram apabila takut darah menitik iaitu apabila kita nk lalu dari satu pintu kepada pintu yg lain dalam masjid .jangan keliru antara dua hukum .ramai yg keliru dengan masaalah ni .terimakasih kerana bertanya supaya dapat manfaat untuk semua .lebih malang lg ada juga mengeluarkan hukum perempuan yg haid boleh duduk dalam masjid sekiranya menuntut ilmu sebagaimana berlaku didalam setengah2 kolej .wallahualam .

  122. ustaz…bagaimana pula kalau kita dah selesai solat….kita dapat tahu dr orng lain???

    • dapat tahu apa tu??cuba jelaskan soalan anda sebab saya dah tak tengk lagi soalan yg lepas sebab jaga masa

  123. salam ustaz, sy nk tanya pasal perubahan hukum mengikut iklim.. daripda apa yg telah sy baca ianya hanya berkaitan dengan iklim faktor lain yang dikaitkan dengan perubahan hukum berdasarkan faktor semasa dan setempat ini. Keadaan iklim sesuatu tempat juga kadang-kadang boleh mentarjihkan sesuatu nas yang berkenaan dengan anggota wuduk, memang diketahui ramai berlaku perbezaan bacaan terhadap “wa arjulakum” atau “wa arjulikum”. Tafsiran diterima ramai ulama ialah membasuh kaki kamu sehingga kedua buku lali. Namun begitu, pentafsiran yang berasaskan kepada qiraath mengatakan kaki hanya perlu disapu. Penafsiran kedua ini, walaupun tidak popular tetapi dalam keadaan tertentu mungkin boleh diamalkan seperti bagi negara-negara beriklim sejuk. Tambahan pula iklim yang seringkali berubah-ubah ini mungkin membolehkan perubahan hukum mengikut tempat dan masa berdasarkan kemaslahatan sesebuah masyarakat setempat itu. daripada Apa yang sy baca saya x berapa faham lah ustazape beza wa arjulakum dengan wa arjulikum tu? ermm ada lagi tak contoh lain yang berkaitan dengan iklim dalam penafsiran hukum syara’ ni.. harap ustaz dapat bantu.

    • waa’laikumsalam terimakasih kerna tanya soalan yg pening…taklah.begini sebagai panduan jika ingin tahu mengenai hubungan hukum ruju’lah dalam kitab feqah bukan ruju’ pada ayat itu sebab tidaka ada ahlinya sekarang hanya para mujtahid mtlak sahaj yg tahu istinbat hukum dari nas alquran n hadtih .tetap sahaja hukum kaki itu iaitu dengan membasuh bukan dengan sapu .kalau dah sejuk pakailah khuf maka sapulah atas khuf pula .adapun ayat (waarjulakum) atof (sambungan) dari basuh muka (wujuhakum) bukan atof pada sapu kepala. adapun setengah qiraat baca (waarjulikum) itupun diharuskan sebab ia dipanggil jar mujawarah (jiran) iaitu dibariskan bawah mengikut yg paling dekat dengannya iaitu sapu kepala (ruusikum) bukan berma’na dia atof disitu hanya barisnya sahaja yg mengikut yg paling dekat .sama seperti contoj jama’u muzakari salimu -salimu itu sifat bagi jama’u sebab itu baris rufu’ walau begitu harus kita kata salimi mengikut baris jirannya iaitu muzakari .wallahualam saya pun tak berapa pandai ni …

  124. ustaz…
    ada org tye sy…kulit babi tu mcm mane? tapi sy xblh nak ckpla sbb sy xtaw kulit babi tu mcm mne..sbb kan ada yg jual barangan kulit ni..diorang sentuh2 la..tak tahu pula tu kulit babi..diorang jadi was2..so, macam mane tu ustaz ye?diorang kene samak ke?

    • makcik…. samalah hukum dengan anjing itu hari .apabila syak dan sewaktu dengannya tak payah buat aapa2lah .lepas ni binatang apa pulak agaknya

      • hehe..ok2..

  125. satu lagi soalan berkaitan dengan khuf bilakah dimulai waktu membasuh dan bagaimana hukum pemakian khuf dimalaysia… adakah pemkaian khuf ini dibolehkan d semua tempat..

    • insyaallah nanti saya masukkan tentang hukum pakai khuf di bahan ilmiah nanti sebab panjang bahasannya

  126. Salam ustaz….
    skrg sy bru sedar akan kslapan dan kelalaian sy.jd skrg sy dalam proses untuk blaja berubh dan cuba tuk mendekatkan diri kpd Allah….nak cr ilmu agama, dalam masa y sma ada kwn2 yang terasa ht dengn sy..sebabnya sy x pasti…tp andaian sy merka marah atau cmburu dgn perubahan sya…bla sya mengikuti crmah agama,atau kelas agm mereka kata sy x hebahkn benda y baik untuk di kongsi…tp bila sy ajak sy mereka kata sya nk tunjuk baik..diri sndiri blum baik da nk ajak org….sbbkan ini kdg2 sy rase tidk seronok bersma kwn tersebut….. mcm mane sy nk selesaikan ustaz..sy buntu….
    lg 1 sy pernah terdgr, jga hubungan Allah n manusia…sy nk bina hubungan dengn Allah tp hubngn dgn manusia, sy msh belum selesai..mcm mane nk tanganinya ustaz… terima ksih ustaz…..

    • waa’laikumsalam .saya cuba memberi pendapat ya.begini syarat bertaubat kita kena hijrah hati dan jasad iaitu kita kena hilangkan segala lintasan hati kita yg mendorong pada ma’siat gantikan dengan sentiasa nak buat taat .adapun hijrah jasad kena tinggalkan tempat ma’siat itu begitu juga kawan2 yg sewaktu dengannya .mana2 kawan yg tak membawa faedah kita kena jauhkan. apabila sudah kuat dengan banyak menuntut ilmu agama ,istiqamah dlm mengerjakan ibadat pada Allah ,maka ketika itulah kita cuba tarik kawan2 kita pula .wallahualam semuga Allah taala memberi kekuatan pada anda dan saya dan sahabat2 kita yg lain dalam memperbaiki diri

  127. salam ustaz,
    jika seorang iman solat isyak 3rakaat. dy xperasan,makmum muslimin plak xperasaan pon imam wt solat 3rakaat.kita yg muslimat ni bgn saat imam bc tahiyat coz xnampak imam duduk thiyyat…jd kami semua niat mufarakah…
    soalan;
    – adakah kami perlu bgtahu imam td ug dy solat xcukup rakaat?
    – apekah imam perlu solat semula jika d beritahu…?

    • sunat bagitahu dengan menepuk tapak tangan yang kanan kepada belakang tapak tangan yg kiri.imam itu sekiranya sedar selepas beri salam sedangkan masa yg singkat pada uruf maka bangkitlah ia tambahykan satu rakaat saja tetapi sekiranya panjang masa dah perceraiannyaa barula ia diberitahu misalan ,kenalh buat sembahyang semula

  128. Salam, ustaz saya Nurul dari UPSI….apa pandangan ustaz terhadap lafaz taklik yang telah digunakan sebagai syarat tambahan bagi perlangsungan akad nikah…si suami di kehendaki melafaz taklik selepas akad nikah, bagi pandangan ustaz adakah wajar pelaksanaan lafaz taklik tersebut??mohon penjelasan dr ustaz….n tq

    • wsalam syara’ tak suruh pun ta’lik .cuma mungkin maslahah bagi org perempuan kot supaya apabila si suami tinggalkan isteri lebih 4 bulan tanpa ada apa2 berita lalu si isteri mengadu hal pada qadi maka bolehlah terfasakh.tapi kalau awak tanya pendapat saya ,saya tak setuju sebab tak ada dalil yg suruh begitu .

  129. Assalamualaikum ustz..apekhbr ust skeluarga hrp sht2 shj hndaknya…ust, ni nk tnye soklan…situasinya mcmni..ade seorg kakak mngadu ade mslh dgn suaminya,mksdnye gduh krn ragu2 dgn kstiaan suaminya,suatu hari ditakdirkan Allah sy dpt tahu bhwa suaminye ni brkwn dgn seorg prmpuan lain, (yg mana prmpuan ini xtahu bhwa llki tsebut sudahpun bkeluarga dan mmpunyai ank)siap keluar dating..Apb tahu prkara ni,prmpuan tu agak tertekan tp llki td kate die akan selesaikan dgn isrinya. Si istri pula apb dpt tahu agak mrh pd suaminya dan sisuami td sgt mrh pd sy lalu mengharamkan isterinya berhubung dgn sy dan mengugut “jika si istri brhubung dgn sy, maka jatuhlah talak”. sampai skrg kakak tu dh xbrhbg dgn sy, tp si suami dgn prmpuan tu msh lagi berhubungan…sy nk tnya ust, apakh hak si istri dlm kes ini..dan sy nk mtk nasihat drp ustz dlm kes spt ini…jazakallah ust…

    • waalaikumsalam ain saya dah jawab dekat facebook kan jadi saya tak payah jawab disinilah ya

      • k,syukran ust, tu sy tnya di blog sblm tnye di ym

  130. Assalamualaikum ustaz,saya ada satu soalan,kalau tak silap saya,di pondok dulu saya ada belajar bahawa jika kita solat berjemaah,hendaklah makmum nampak akan imamnya / (jika makmum ramai)cukup sahaja seorang daripada makmum dpt lihat imam.sama juga jika imamnya lelaki & makmumnya wanita kn?(cntohnya d masjid/surau)

    • waalaikumsalam . yg dikatakan wajib melihat akan penggerakkan imam atau penggerakkan ma’mum yg dibelakang imam yg perlu ada rabitah dekat pintu tu iaitu tempat yg selain dari msjid termasuk surau .Adapun masjid memadai kita dengan pindahn imam itu melalui suara dari speaker

  131. ustaz, apakah hukum memakai pendakap gigi??

    • haram bagi lelaki dan perempuan tetapi bagi perempuan yang sudah berumah tangga maka harus sekiranya suaminya yg suruh.wallahualam

  132. salam ukhuwwah ustaz..ana bekas plaja pondok p.tumboh..ana ingin bertanya…apakah hukum jika ana membuka purdah,kerana sekolah yang ana belajar skarang,tidak dibenarkan berpurdah…dan,perkara ana paling takut adalah fitnah..sebab ana membukanya sewaktu di sekolah..dan memakainya di luar…kira dikhuatiri akan mendatangkan fitnah kerana sekejap pakai sekejap buang…dan bolehkah ustaz sertakan kepada ana hujah2 atau hadis2 yang menyatakan keharusan untuk mmbuka purdah bila dharurat(macam xleh pakai masa d skolah)….alfu syukron,salam…

    • sila lihat dekat bab haram purdah? di dalam blog ni juga dan komen2 disana .mungkin ada hujah yg dapat membantu .cuma mushkil saya sekiranya awak pelajar tetap di pondok kenapa dari tempat tinggi awak berada tiba2 awak menjatuhkan diri awak di tempat yg rendah.sekiranya awak pelajar sementara saya tiada mushkil.

  133. salam ustaz…ana nak tanya…ana dilarang memakai purdah di sekolah..ana dikehendaki memakainya di luar kawasan sekolah sahaja…minta nasihat ustaz,agar mmberikan ana jika ada dalil2 yang mmbolehkan sseorang itu mmbuka purdah jika dharurat…ini kerana,ana ingin mnjawab persolan2 dri sahabat2 yang bertanya,boleh ker,sekejap pakai sekejap x pakai…ana pun takut akan mndatangkan fitnah sebenarnya…apabila mmbukanya nanti…sebab ana mmg dikenali dalam keadaan berpurdah setelah balik dari pondok p.tumboh tahun lepas…harap ustaz boleh mmbantu ana…jazakallah..salam

    • sila lihat dekat bab haram purdah? dan komen2 disana .mungkin ada hujah yg dapat membantu .cuma mushkil saya sekiranya awak pelajar tetap di pondok kenapa dari tempat tinggi awak berada tiba2 awak menjatuhkan diri awak di tempat yg rendah.sekiranya awak pelajar sementara saya tiada mushkil.sama je soalan diatas

      • saya pelajar sementara….ustaz….sebenarnya saya dalam dilema…saya sangat2 ingin tetap blajar di pondok pasir tumboh…tetapi,kedua prang tua saya ingin saya sambung blaja stpm…padahal,saya xberminat dah nak skolah..saya berminat untuk blajar di pondok…ustaz,,…saya tak tahu macam mana ni…nak sangat2 blaja di pondok sebagai plaja tetap….tetapi orang tua suruh blaja di skolah…bantu saya ustaz….

      • tetap saja wajib turut kata org tua tapi terlebih dahului bawa berbincang.katakan pada mereka jika awak turut kata mereka itu adalah kesenangan bg org tua didunia.jika turut kata hati awk itu adalah kesenangan org tua di akhirat.

  134. PERLU KE POLITIK ??

    • perlu sekiranya politik tu benar

  135. ASSALAMUALAIKUM..
    •~Tengoklah apabila seseorang sedang menjalankan SOLAT nampakkah huruf ‘ALIF’ ada di situ?? Dan ketika RUKU’ pula nampakkah huruf ‘LAM’ ada di disitu? Dan SUJUD nampakkah olehmu huruf ‘HA’ ada disitu.. Bila di GABUNGkan <3Alif, Lam & Ha . Menjadi kata <3ALLAH .. SUBHANALLAH ketika solat, TUBUH kita juga BERZIKIR kepada Allah ..
    MINTA USTAZ KOMEN SKIT BOLEH ? ^^

    • PASTU ,NAK TANYA ADA TAK DALIL2 BRKENAAN DENGAN KENYATAAN DI ATAS NI ..

    • saya tak tahu tentang ini .mungkin itu adalah perkataan ahli hikmah.

  136. assalamualaikum.. ustaz.. mohon utk dibri nasihat..
    masih adkah care utk mnghindar drpd mlakukan onani? sdangkan thu hukumnye.. tetapi tetap mlakukannye krana tidak dapat mlawan nafsu..

    • waalaikumsalam terlebih dahulu saya tak layak untuk beri nasihat, cuma para ulama’ berpendapat cara nk elak tu semua hindarkan dari melihat org2 perempuan sama ada dalam tv ,gambar atau dalam nyata.tulah yg sebenarnnya lahir zina mata sehinggalah sampai kepada zina hati dan terus dilakuakn perkara itu dengan khyalan nafsu.penuhkan aktiviti2 sihat seperti sentiasa duk dalam majlis ilmu misalan supaya tidak diberi ruang untuk memikir itu semua .jika tak tertahan juga banyakkan puasa .jika tak tertahan juga kawinlah cepat

  137. ustaz…saya urang yang sama dgn nurul jannah di atas…tersilap tulis nama tadi…sama jer soalan sya diatas tu…

  138. asalam ustaz,kwn saya rekomenkan muslimin pondok yang berumur 39thn yang membezakan umur saya 23 thn dan saya nak tanya kebanyakan muslimin ni kawin lambat sebab apa?setahu saya nak belajar ilmu agama sampai fakih, x salah kalau saya siasat asal usul diri dia,sebab even belajar pondok pn,semuanya kena siasat dari mana dia datang n adakah dia benar2 belajar atau sebaliknya.

    • wsalam .ada yg duk pondok sungguh2 ngaji sehingga faqih .ada juga duk saja je.ada juga ulang alik kerja kat luar.ada juga buat seperti hotel 4 bulan sekali baru balik pondok sebab keluar dakwah misalan atau kerja kat luar misalan .jadi berhati2.

  139. salam hj .. hmm nk tnya .. klau kita terjumpa duit atau barang di khalayak ramai apa yang perlu kita buat ? tq

    • wsalam .war2kan di tempat yg awak jumpa selama setahun.kalau tidak ada yg claim..kira awak punya

  140. ‎”Sy mentaati Dato’ Seri Najiib sebagai Pemerintah Negara. Menentangnya adalah Haram!, menghinanya juga adalah Haram!. Maka, begitu juga sikapku terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Pemerintah Negeri Selangor. Sy mentaatinya dengan sepenuh hati di dalam hal yang makruf dan menghinanya juga adalah Haram. Inilah jalanku dan prinsipku terhadap Pemerintah.” >>> boleh jelaskan tak ustaz bila jadi haram dan sebaliknya…syukran

    • menetanglah waktu mengundi nanti.taat pada jalan Allah bukan pada ma’siat.menghina tidak dituntut bahkan disuruh nasihat n doa.waktu bubar parlimen nanti,tkdelah yg memerintah…ketika tu barulah tnjuk taring masing2

  141. salam ustaz… sy nak bagaimana akhlak kita terhadap alam sekitar??

    • wsalam .baca kisah nabi.itulah akhlaknya

  142. salam ustaz..saya ad 2 soalan nak tanya:

    1) Tentang solat jemaah di surau.Muslimat kena tengok imam atau jemaah di belakang imam. saya ada berkongsi tentang perkara berkenaan dengan sahabat2 kat U saya.Dan bila saya cakap tak sah solat di belakang tabir tanpa di buka sedikit, ada yang cakap ada khilaf ulamak tentang perkara tersebut. Benarkah? tapi mereka tidak mengemukakan khilaf dari ulamak mana. Jadi saya mohon ustaz jelaskan perkara berkenaan.

    Jika ustaz tidak keberatan, saya harap ustaz dapat membuat satu entry dalam blog ustaz berkenaan hal tersebut.

    2) soalan saya kedua berkenaan dengan puasa yang perlu dikapit. Adakah hanya puasa pada hari jumaat sahaja yang perlu dikapit? Bagaimana pula puasa pada hari sabtu dan ahad?Adakah perlu dikapit juga?

    sekian, syukran….

    • tk kemukakan mcm mana nk berhujah ada khilaf.lagi bagus awak aajak kawan awak mari ngaji pondok waktu cuti sem nanti.. bg soalan yg2 kena apit juga sebab puasa tunggal hari sabtu menyerupai hari yahudi n hari ahad pula hari nasarah

      • salam ustaz…msih brkenaan dgn solat d surau dan rabhitah..saya dan sahabat ad bgtahu hal tersebut kepada ustaz di tempat saya belajar tersebut. namun, ustaz2 disana masih tegaskan yg bahawa tidak mengapa solat disurau tanpa perlu bukak tirai.. saya tidak tahu apa lagi yg saya perlu lakukan..saya perlu sokongan ustaz dan jemaah disana agar mereka tidak menutup kembali tirai tersebut seandainya pada awalnya saya membukanya..bagaimanakah ustaz?

      • wsalam maaf lambat respon baru balik dari indon ada pengajian.awak dah jalankan tanggungjawab awak.terserah pada mereka nk ikut atau tidak.pastikan org2 yg bawah awak yg dikalangan perempuan tak ikut sembahyang di situ

      • maknanya ustaz, saya pun patut elak solat di situ?

      • kalau dh tak sah ..nasihat pun tak mahu dgr,jadi takyahlah sembahyang di situ sebab tidak sah.

  143. asslm wbt .
    klu x keberatan ,blh x ustaz buat artikel tntang wahabi ?

    • wsalam.takyahlah gi tengk blog ust zamihan mengenainya.saya lagi suka berdepan dengan diorang dari dalam tulisan nanti ramai yg berkokok dengan tidak ilmiah lepas tu diiringi dengan maki memaki

      • baiklah ..

  144. Assalamualaikum ustaz,

    • waalaikumsalam

  145. Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanya…bolehkah kita mengambil barang yang telahpun confirm akan dibuang…….daripada membazir baik kita ambil kan ustaz?? ataupun tidak boleh?? haram?? terima kasih ustaz..

    • silakan.org dah nk buang.

  146. Salam ustaz.. Skrg ni bulan puasa, Maaflah klu soalan ni dah ada jawapan kt atas ke mungkin sy xterbaca kot.. Sah ke klu niat puasa untuk sebulan? sebab ada ustaz tersohor kat terengganu ni bgtau sah niat puasa untuk sebulan..

    • setengah kata sah sebab ada ulama’ pada mazhab kita suruh ta’lidkan pada mazhab malik bab niat puasa sebulan .

  147. assalamualaikum ustaz… sy ada kemusykilan tntg hukum onani. sy tau hukumnya haram wlopn kpd spe2 yg dah berumahtgga. tp bru2 ni sy dpt tau kalo si suami yg buat hukumnya haram tp kalo si isteri yg buat hukumnya harus, btul ke pe yg sy dgr ni? kalo btul la ustz, mohon jasa baik ustz utk jelasknnya, syukran jazilan ya ustaz…

    • haruslah kalau isteri yg lakukan.ini yg dilakukan apabila sang isteri sedang haid.

  148. salam ustaz.. sy ade persoalan nk tnya ustaz… ditakdirkan ade seorang hmba Allah ni tnya sy, soalnnya macam ni. ” zaman Nabi Muhammad S.a.w dan skrg orang nk masuk Islam dgn mengucap dua kalimah syahadah… kalau sebelum Nabi Muhammad iaitu umat terdahulu masuk Islam macammna???..” sy xtau nk jwb mcmmna… minta penjelasan Ustaz berkaitan persoalan ni… harap dapat bantu.. syukran.. (^_^).

    • senang je jawabnya saya tak tahu.tak wajib tahu pun buat apa nk pening2 kepala.

  149. salam ..
    agak terkejut apabila diberitahu bahwa zakat fitrah perlu dibayar sendiri setelah menjelang usia baligh..walaupun si anak itu belum bekerja atau pun berkahwin(perempuan) ,boleh Ustaz jelaskan

    • setelah baligh semua kewajipan dalam islam dibawah tanggungan sendiri.adapun sekira anak itu dhaif seperti masih belajar,maka masih kewajipan ibu bapa juga.wallahualam

  150. assalamualakum wbt …
    ingin saya bertanya ~ad seorang lelaki ,menghidapi sindrom klinefelter ..dia menghadapi masalah disebabkan beberapa bahagian bentuk badan dia menyerupai perempuan ..bila dia nak pergi sembahyang jumaat ,ada orang tak bagi ..so ,mcm mana tu ustaz ?saya pun keliru ni ..

    • report dengan majlis ugama kat situ supaya ajk masjid diambil tindakan kerana menghalang seseorang dari mengerjakan ibadat yg dituntut

  151. Salam Ustaz, Saya ada soalan. Situasinya seperti ini: Pada awal hari ini, saya sangka saya telah didatangi haid lalu tidak menunaikan solat Zohor, Asar dan Maghrib. Tetapi pada hari yang sama, lebih kurang pada jam 10 malam, saya dapati saya tidak didatangi haid. Adakah waktu yang saya tinggalkan tu wajib diganti? Adakah saya perlu mandi wajib walaupun sebenarnya tidak didatangi haid?

    • sekurang2 haid sehari semalam.kalau kurang dari itu ,itu bukan haid.jadi kena qada’ mana yg tinggal

  152. ustaz…sy nak tanya..ustaz ada sijil atau tauliah tak…sbb sy kalau boleh nak jemput ustaz mengajar kt tempat sy..=)

    • wsalam.maaf ada masaalah line internet kat sini jadi lambat respon.sijil tauliah madrasah pondok adalah yg boleh diguna pakai seluruh kelantan.negeri lain tak tahulah.saya ngajar kat jb sbulan skali tak tanya tauliah

  153. salam ustaz…saya baru sahaja lepas membuat pembedahan kerana saya mengandung luar rahim.sekarang saya mahu mandi wajib tetapi bahagian tempat saya membuat pembedahan tu doktor ada sembur macam gam kalis air.kalau nak tanggalkan amt susah dan sakit.luka pembedahan tu memang sudah kering tapi belum sepenuhnya dan takut nak kenakan air sangat..jadi adakah mandi wajib saya sah..dan apa yang perlu saya lakukan.

    • wsalam.maaf ada masaalah line internet kat sini jadi lambat respon.jika nak mandi wajib mandi seperti biasa .kenakan air mana yg boleh.lepas tu tayamum ganti bg yg tak kena.wallahualam

  154. salam ustaz, saya ada satu soalan berkaitan warna pkaian bg wanita…dari apa yg saya pernah bljar wanita xdigalakn mmkai pakaian wana terangkan??mcm warna merah dan oren yg menyala,sbb mnarik perhatian kpd lelaki ajnab..tp dlu prnah terbaca gak yg lelaki xdigalakkan pkai pakaian wrna merah dan oren jgk sbb warna tu lbh kpd wrne untk permpuan…ble pkir2, mcm bertndan plk…blh ustz tlg jelaskan🙂

    • lelaki tk boleh memakai warna tersebut kerana itu adalah warna pakaian perempuan dalam rumah seperti dengan suami.adapun jika perempuan memakai warna tersebut terhadap lelaki ajnabi itu namanya tabbaruj

      • trima ksh ustaz ats jawapan yang diberikan….:-)

  155. asslamualaikum ustz..sy ada persln ttg makmum yg masuk lewat dlm solt brjemaah. situasinya cmni, katakn pd solat asar si A ni imam. sdang si A selesai rukun berdiri n mmbaca fatihah pd rkaat ke empat,kmudian si B msuk sbgai makmum , si B ni dia xsmpat baca al-fatihah n berdiri, dia smpat rukuk bersama imam untuk rakaat tersebut. adkah rkaat yg dia xsempt brdiri n baca al-fatihah ni dikra dlm solat dia @ x? mksud sy dia cume perlu tmbah 3 rkaat lagi je ke @ buat 4?

    • wsalam,sekurang2 untuk mendapat rakaat dengan imam iaitu dapat tuma’nina(berhenti sebentar) qadar masa subhanallah didalam ruku’ bersama imam.jadi sekiranya ma’mum itu dapat tuma’nina dalam ruku’ bersama imam itu ,dapatlah rakaat itu.jadi kena tambah 3 rakaat lagi je

  156. salam,boleh ustz beri sdkit keterangan x ttg pndapat seorng ustz ni yg mngatakan haram berpuasa pd hari sabtu walaupn ia jath pd 9 zulhijjah iaitu hari wukuf di arafah dan keterngan lnjt dr ustz trsbut boleh tngk kat laman web di bwh ni….Seperti mana kesimpulan Syeikh Al-Albani rahimahullah, berpuasa pada hari Sabtu adalah dilarang tidak kira sama ada ia dilakukan secara ifrad mahupun dengan berpuasa sehari sebelum atau selepasnya. Ia tetap dilarang walaupun hari Sabtu itu adalah Hari Arafah (9 Zulhijjah) atau Asyura’ (10 Muharram) kerana jelas keduanya bukan puasa fardu. Hal ini sama dengan larangan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis sekiranya Hari Raya jatuh pada salah satu hari tersebut. Ini berdasarkan Hadis Abu Hurairah bahawasanya “Baginda sallalahu alaihi wasallam melarang berpuasa pada dua hari iaitu; Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    HUKUM PUASA HARI JUMAAT DAN SABTU
    Oleh: Abu Omar Idris bin Sulaiman
    http://abuaqif.blogspot.com/2011/11/hukum-puasa-hari-jumaat-dan-sabtu.html

    • wasalam.siapa tu albani?kenal albani?dia hanya seorang penjahit kasut.lepas tu dia bekerja di tempat pencetakkan buku.dari situlah dia bubuh namanya dalam kitab2 ilmu hadih kononnya dia seorang muhadithin.apabila disuruh oleh muhadthin untuk bacakan 1 hadith serta sanad,dia jawab ilmunya didalam kitab dengan ma’na dia tak menghafal pun.mcm mana nk jd muhadthin kalau mcm gitu.yg sahih dia kata dhoif,yg dhoif dia kata sahih.hanya kaum wahabi sahaja pakai buah dia .jadi tak payah layan

  157. assalam ustaz…ana nak tanya,ana mahu pergi ke pasir tumboh,insyaALLAH mggu dpan,brsama sahabiah2 ana…(dulu dah prnah gi,tp gi nadah kitab)tp ni kami mahu pergi utk belajar usuluddin..utk pmbelajaran kami di sekolah sbg persediaan tajuk2 thun dpan…jadi,boleh ke tidak kami mahu diajarkan berkaitan usuluddin mngikut buku kami yg diajar di sekolah? kiranya kami pergi sbgai plajar sekolah yg ingin diajar tentang tajuk2 yang perlu kami belajar dalam buku kami…adakah jika kami pergi,kami perlu tinggal bersma2 dgn plaja yang menadah kitab di sana??atau kami diberi tmpat yang lain??cntoh mcm plaja2 nk wat kajian,tmpt tggal mreka kat lain…mohon kerjasama ustaz…kami nak blaja di sana…

    • wsalam kitab tauhid apa tu ?3 serangkai ke?tak boleh duk asing.kena duk sama2.awak bawa buku awak ,suruh ustazah2 situ huraikan .kalau yg 3 serangkai tu baik awak simapn sahaja sebab itu bid’ah bg sunnah waljamaah

  158. salam…buku yang kami blaja kat skolah tajuk PENGANTAR ILMU TAUHID….syukran ustaz..atas makluman…insyaALLAH xde musyaqqah apa2,kami akan gi hari ahad depan…salam..

    .

    .

    • wsalam insyaallah jumpa nanti

  159. Kemusykilan agama

    Solat tidak boleh ditinggalkan walaupun terpaksa bersolat dengan hati tetapi roko’ dan sujud boleh jika berlaku keuzuran.

    Soalan:
    1. Apakah perbezaan di antara solat yang tak boleh ditinggalkan itu dengan roko’ dan sujud?
    2. Bagaimanakah bersolat dengan hati yang tiada roko’ dan sujud itu?
    3. Wajibkah wanita yang kedatangan haid bersolat dengan hati yang tidak disentuh kekotoran?
    4. Apakah hukumnya orang yang tidak tahu bersolat dengan hati?

    • asslammualaikum ya akhi kamaruzaman.pertanyaan yg berbentuk fardhu ain.1) ruku’dan sujud adalah rukun.oleh kerana itu wajib dilakukan .sekiranya tidak dilakukan ,maka tidak sah sembahyang kita melainkan ada keuzuran.maka buatlah sekadar mampu.2)bayangkan dengan hati yg kita ruku’ dan sujud.3)perempuan haid haram mengerjakan sembahyang,jadi takde ma’nanya untuk solat dengan hati.4) hukum dia haram sekiranya sudah baligh ,sebab ini fardhu ain,sepatutnya kena tahu dah ketika mula2 baligh lagi.selagi tak lepas fardhu ain selama itulah kita berdosa .wallahualam.

  160. Jawapan yang kurang jelas:
    1. Kalau ruku’ dan sujud hukumnya sebagaimana solat sudah tentu tidak boleh ditinggalkan walaupun berlakunya keuzuran kerana solat tidak boleh ditinggalkan walaupun uzur.

    2. Rasulallah tidak pernah kata ada solat yang dibawah dari solat hati yakni solat wajib ada selagi seseorang bernafas tidak kira apa jua keadaannya. Kalau solat dengan hati ada ruku’ dan sujud bagaimana orang berkeadaan koma bersolat sedang dia tidak sedarkan diri.

    3. Kalau solat dengan hati ada ruku’ dan sujudnya kenapa wanita tidak wajib bersolat sedangkan hati tidak di sentuh kekotoran haid

    4. Ruku’ dan sujud hanya ada selepas 10 tahun kerasulan Rasulallah yakni sesudah baginda naik Isra’ dan Mikraj. 10 thn pertama kerasulan belum ada ruku’ dan sujud. Bagaimana pula sembahyang dengan hati baginda yang belum ada rukunnya itu.Sudah tentu belum boleh dibayang-bayangkan ruku’ dan sujud kerana belum ada. Jadi bagaimana pula solat baginda dan para sahabat ketika itu hatta bagaimana solat Tok Adam sehingga 10 pertama kerasulan Nabi Muhammad kerana belum ada rukun sembahyang.

    Lagi kemusykilan agama:

    Sabda Rasulallah:” Solat adalah tiang agama, sesiapa yang tidak bersolat telah meruntuhkan agamanya”.
    Sabda Baginda lagi: “Solatlah yang akan mula-mula ditanya, kalau betullah solatnya maka betullah amalan yang lain”.
    Sabda Baginda lagi: “Bersolatlah sebagaimana kamu lihat aku solat”

    Siapakah di antara kita yang pernah melihat Rasulallah bersolat? tentulah tiada namun kita yakin dan percaya apa yang sampai kepada kita dari ulama muktabar adalah solat baginda. Apa yang sampai kepada kita? Yang sampai kepada kita adalah 13 Rukun sembahyang yang dimulakan dengan niat dan diakhiri dengan tertib (ikut aturan)

    Soalan:

    1. Bagaimana meletakkan niat sebagai rukun pertama sebelum berdiri betul?

    2. Orang Islam yang belum mumaiyis diboleh meletakkan niat di dalam Takbiratulihram kerana kejahilan mereka akan aqidah, bagaimana pula hukumnya seseorang yang sudah akhil baligh masih meletakkan niat di dalam Takbiratulihram (rukun ketiga)?

    3. Apakah hukumnya orang Islam yang sudah akhil baligh tidak bersolat sebagaimana Rasulallah. Tidak sebagaimana rukun13 dan tidak juga sebagaimana firman Tuhan: “Innamaa’malubinniat”. Sabda Baginda: “Sesuatu yang bukan dari aku adalah bidaah. Setiap bidaah adalah sesat dan setiap kesesatan dalam api neraka”.

    • kamaruzzaman awak hukum feqah ambil dari ulama’ ke atau pandai2 nk buat hukum dari pandangan diri sendiri. org koma mana wajib sembahayang bahkan tak wajib qada apabila dia sedarkan diri. ruju’kan mana yg awak dapat org perempuan haid kena sembahyang juga dalam hati.syarat sembahyang suci dari hadath kecil dan hadath besar .yg kita nk fikirkan sembahyang para nabi2 sebelum disyariatkan atas kita ni buat apa ya akhi.jangan biarkan syaitan bermain2 dalam kepala kamu ya akhi . org islam yg belum mumayiz harus sama ada nk meletakkan niatnya dalam takbiratul ihram atau tidak.adapun yg sudah baligh tu wajib jawapan yg 3 tu haram .setelah nabi baligh belum disyariatkan lg .buat apa yg nabi suruh melalui kalam2 ulama’ yg mu’tabar.ada masa ikut kursus2 fardhu ain

  161. salam ustaz,bgymana niat utk gabungkan solat qodho dn solat sunat?

    • wsalam,niat fardhu sembahyang yg kita nk qada’ serta sembahyang sunat tu seperti sahaja aku sembahyang qada’ fardhu dzuhur serrta sunat hajat.wallahualam

  162. Ya ust, haqiqat solat adalah aqidah yang ada di dalam hati. sebab itu solat hati tiada roko’ dan sujudnya. Ust yang kata haram orang yang tidak tahu solat dengan hati. Nampaknya tiada aqidah dalam solat ust seharian. Macamana ust jadi guru. Guru yang tak beraqidah hanya meroskkan murid-murid.
    !3 rukun sembahyang boleh dibahagikan kepada tiga rukun besar. Rukun qalbi (hati) fiili (perbuatan) dan qauli (perkataan). Kalau dah rukun fe’li dan qauli ada(dah ada roko’ dan sujudnya). Mai mana lagi roko’ dan sujud dalam rukun qalbi (hati).nampak gaya ust yang kena mengaji lain. Ruku’ dan sujud bukannya aqidah. Aqidah adalah ilmu yang di perturunkan oleh guru aqidah. Guru feqah sahaja yang mengajar tentang roko’ dan sujud. Sebab tu banyak mazhab berkenaan dengan roko’ dan sujud.

    Ust jangan marah dalam soal agama. Mungkin ilmu ust lebih dari saya dan tak mustahil ilmu saya lebih dari ust, kan masing-masing dapat kebaikan. Kalau selama ni orang tanya masalah dalam ruang lingkup ilmu ust, apa salahnya kalau kita keluar sikit. Yang benar tetap benar dan tak rugi mengambilnya dan yang salah tetap salah dan tiada rugi membuangnya.

    Jika benarlah solat itu adalah aqidah di dalam hati maka tiada tiada istilah meninggalkan sembahyang atau mengqado sembahyang. Maksudnya samada awak tertidur, koma atau wanita kedatangan haid sebenarnya sudah ada sembahyang (aqidah) dan diberi nama juga sebagai solatuddaimun. Bukan masalah wajib sembahyang tetapi samada ada atau takda sahaja. Kalau ada Alhamdulillah dan kalau tak dak nampaknya selama ni dok buat roko’ dan sujud sahaja. Dari apa yang ust jawab nampaknya lagu tulah apa yang ust amalkan selama ni sebab ust tak boleh bezakan antara aqidah dengan roko’ dan sujud.

    Mungkin ust boleh jawab feqah berkenaan kemaslahatan ummah atau berkenaan hukum hakam tapi feqah berkenaan aqidah belum tentu kerana ianya memerlukan orang yang benar-benar arif tentang aqidah dan boleh berijtihad.

    Yang dikatakan qado itu hanyalah pada roko’ dan sujudnya yang bagi Feqah. Ugama terdiri iSLAM , IMAN DAN IHSAN. Boleh juga dikatakan sebagai SYARIAT, HAQIQAT DAN MAKRIFAT dan boleh juga dikatakan sebagai FEQAH, TAUHID DAN TASAUF.

    Ada Feqah dan tauhid di dalam tasauf. Ada Tauhid dan Tasauf di dalam Feqah dan ada Feqah dan Tasauf di dalam Tauhidnya.

    Solat bukan sekadar pada Feqahnya sahaja (Roko’ dan sujud).Tetapi juga pada Tauhidnya (aqidah) dan Tasaufnya (ma’rifah-solatudaimun -buhul tali atau guru aqidah yang nasabnya sampai ke Rasulallah)

    Sebab itu ust tak boleh jawab soalan saya sebab ilmu ust hanya sekadar pada Feqahnya saja dan tidak sampai ke Tauhid (aqidan @ iman) kerana Tauhid bertunjangkan ma’rifah.

    Sekali lagi ust jangan marah. Saidina Ali ada berkata: ” Sesiapa sahaja walaupun kanak-kanak jika dapat mengajar aku satu huruf, aku anggap sebagai guru”. Saya cuba mengambil sedikit ilmu dari ust yang saya nampak hebat dengan serbannya namun apa yang ust sampaikan kepada saya tidak sampai kemana-mana sehingga saya terpaksa mengatakan bahawa ust belum layak menjadi guru. Takut-takut banyak perkara yang ust terpaksa jawab di akhirat nanti.

    Ust mungkin seorang yang jujur (ingin kebaikan atas orang lain) namun orang yang jujur belum tentu benar. Benar memerlukan siddiq (Ilmu sendiri) bukan cedokan dari kitab. Bila ada siddiq barulah amanah dan baru boleh menyampaikan(tabligh) dengan Fathanah (bijak sana). Baru boleh jadi Wal ulama warisatul anbiya (ulama pewaris Nabi) yang mewarisi ilmu aqidah seperti mana Rasulallah. Baru boleh solat sebagaimana Rasulaallah. Dimulakan dengan niat dan di akhiri dengan tertib.

    Ust katalah apaa ust nak kata, boleh kita panjangkan muzakarah ini. Untuk pengetahuan ust saya adalah anak murid kepada Al alamah Al Arifbillah Syeikh Ibrahim bin Awang (Pahang) yang berguru kepada Al Alamah Al Arifbillah Syeikh Abu Darsan yang berguru kepada Al Alamah Al arifbillah Syeikh Qiayi Salleh Panglima Johor yang berguru kepada Sheikh Fadzil Bentan mufti di raja Johor yang pertama. Saya rasa walau tak banyak tapi ada fardhu ain di dalam dada saya. Untuk pengetahuan ust juga saya adalah anak murid kepada Al Alamah Al arifbillah Tuan Guru Pak Da Hassan (kelantan) dan juga Al Alamah Al Arifbillah ust Ghazali (Kedah). Saya rasa kalau tak banyak pun cukup fardhu ain saya.

    • aqidah itu mentauhidkan Allah ya akhi .yg anta mencampur adukkan hukum feqah dengan tauhid tu kenapa .membayangkan kaifiat sembahyang dalam hati hukum feqah akhi.tu sebab walau anta sebut sekalipun nama2 guru anta berderet ,tetap saja nampak kejahilan anta.org bukan nk menilai di situ.ana nk tanya kitab mana anta ruju’ kalau betul2 anta org yg benar.jika tkde hanya semata2 nk tunjuk pandai, buat andaian sana sini, maka muzakarah ni hanya sia2 kerna buang masa.saya lebih suka ikut kitab yg mu’tabar dari berlagak seperti org sufi .maaf ya

  163. jangan layan ust org mcm ni.tkde faedah.ada ke org koma pun nk suruh sembahyang.perempuan haid pun nk suruh sembahyang dengan hati.org macam ni banyak ust kat mana2 blog bikin mengacau je.tak mustahil nanti dia kata maka semua org islam tak perlu sembahyang dengan perbuatan melainkan apabila sampai umur 50 tahun sebab nabi sembahyang ketika umur itu setelah diturunkan kaifiatnya dan perintahnya .maka marilah ramai2 sembahyang dengan hati.menyesatkan org laguni.cadangan bg yg tunjuk pandai ni buat 1 blog tengok reaksi org dengan fahaman sonsang dia.insyaallah org nk tengok dengan melihat guru2 dia yg berderet ni.

  164. assalamualaikum, ustaz…adakah xsah solat mmbaca tasbih dlm ruku’ @sujud dlm hati? adkh mmbaca tsbih tu rukun qauli? yg sy belajar, mmbaca tsbih tu sunat haiah..

  165. aslmualaikum, ustaz..menurut mzhb syafie ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya…mntk ustaz btulkan sy klu slh…ustaz blh x jelaskan maksud seluruh tubuh tu?

    • ada tiga auratnya.yg 3 iaitu tutup kemaluannya dan lubang duburnya ketika khalwat.ruju’lah dalam kitab feqah apa yg dikehendakki seluruh badan bagi lelaki.sebab itu setengah ulama’ (ada khilaf) mengharuskan buka baju depan perempuan ajnabi tetapi haram bg perempuan itu pula melihatnya.apa2 pun mslahah feqah atau apa sahaja permaslahan jangan guna hayal aqal semata2 seperti setengah2 org.ruju’lah pada kitab2 yg mu’tabar.maaf semua lambat respon dari soalan2nya.saya dh jarang buka blog.hampir2 lupa password dlm fb pun kadang2 tak terlayan.

  166. apa maksud seluruh tubuh badan tu? ada beza x kalau kata “seluruh tubuh” xtermasuk badan? klu seluruh tubuh termasuk kepala kan? kalau sleuruh tubuh badan xtermasuk kepala kan?sy keliru ustaz…

    • jangan keliru.ruju’lah dalam kitan tafsirul ahkam apa maksud seluruh badan.yg kita rasa keliru sebab kita nk memikir satu2 hukum dengan pemikiran kita sendiri.maaf semua lambat respon dari soalan2nya.saya dh jarang buka blog.hampir2 lupa password dlm fb pun kadang2 tak terlayan.

  167. as-salam ustaz..soalan saya jika kita tertinggal 2 rakaat solat jemaah,dimana bila imam dirakaat terakhir membaca tahiyat akhir adakah kita kena ikut sama atau hanya membaca tahiyat awal?juga pada mana rakaat yang tertinggal jika kita lambat.

    • wsalam ikut sama baca tahiyat akhir,walaupun bukan pada tempat kita sekalipun.wallahualam.maaf semua lambat respon dari soalan2nya.saya dh jarang buka blog.hampir2 lupa password dlm fb pun kadang2 tak terlayan.

  168. salam ustaz.
    boleh sy tanya, apakah hukum memberi suntikan vaksin kpd kanak2 spt vaksin polio & sbgnya?
    syukran

  169. Assalamualaikum ustad, saya telah nernazar bunyi begini” Ya Allah jika anakku sembu dari sakit dan mahu direct breastfeed kepadaku hari isnin aku akan start berpuasa ganti” lepas u saya terfikir isnin sampai jumaat. Isnin tu saya berpuasa. Tp selasa saya tak sedr untuk besahur. Sedangkan saya menyusukan anak sepenuhnya dan memang tak larat kalau tak bersahur. Bagaimana harus saya buat ustad? Terima kasih.

    • wsalam.maaf sebenarnya saya tak berapa jelas soalan tu.maksud awak,awak ada banyak hari yg nk digantinya? lalu awak nazar hari isnin awak start?ketika tu tkpelah hari selasa awak tk puasa .yg pertama kerana dharurah ,awak tak bangun sahur sedangkan awak perlu cukup air dalam badan untuk menysukan anak.yg kedua awak tk nazar berturut2 pun cuma kata start hari isnin.jadi tak mengapalah

  170. salam,ustad….mengenai sembahyang jumaat….ketika iman membaca khutbah jumaat jemaah hanya 35 orang yng berada di dalam mesjid . setelah selasai khutbah dan sembahyang jumaat di lakukan jemaah melebehi 40 orang, adakah sah sembahyang jumaat tu atau tidak?.

    • wsalam .syarat mendengar khutbbah juga wajib 40 org.maaf semua lambat respon dari soalan2nya.saya dh jarang buka blog.hampir2 lupa password dlm fb pun kadang2 tak terlayan.

  171. salam….apabila seseorang yg memakai susuk itu meninggal adakah susuk ataupun jin susuk itu akan berpindah ke orang lain???

    • wsalam.kurang pasti.tanya pada ahlinyainsyaallah.maaf semua lambat respon dari soalan2nya.saya dh jarang buka blog.hampir2 lupa password dlm fb pun kadang2 tak terlayan.

  172. salam ustaz..saya ada soalan..apa makna sebenar “ammar’..sya tgok dlm buku maksudnya yang memakmurkan tp skrg sya dpt tau ammar tu nama syaitan..btul ke..sya ltak nma anak sdra sya ammar dn masa tu sya niatkan kemana shja dia akn prgi dia akan memakmurkan lbih2 lg tuk memakmurkan msjid tp bila sya dpt tau ammar tu nama syaitan saya rasa brsalah..klu btul nama tu tak baik..apa yg bleh sya buat..

    • jin ammar yg sentiasa berligar dalam rumah.sekiranya dalam buku ma’nanya begitu silakan.bukannya tak boleh guna cuma berkebetulan sama.

  173. assalamualaikum…ustaz apakah yang dimaksudkan dengan cinta dan sayang kerana ALLAH?dan bagaimana nak cinta kerana ALLAH??.

    • wsalam tak layak saya nk jwb.ikut apa yg Allah suruh,jauhi apa yg Allah larang.buat banyak perkara sunat menunjukkan akan syukur ni’mat yg Allah beri bagi kita.tu rasanya kot.

  174. assalamualaikum ustaz ..nak tanya ..apa pendapat ustaz dengan pemikiran yang macam ni ? —> “ada situasi kita perlu menutup aurat dan ada situasi kita tidak menutup aurat..tak kan datang tsunami, kita masih lagi pakai purdah dan niqab kot..jangan faham teori atau hukum saja..kita perlu faham praktikal yakni situasi dan keadaannya..jangan disebabkan kita berhukum, sampai membuatkan orang mati lemas dalam air “

    • nak tanya jugak pendapat ustaz tentang penglibatan orang islam dalam bidang sukan

      • Apakah pandangan ustaz mengenai orang2 yang ekstrem menentang wahabi seperti ustaz abu syafiq ?

      • askum.ada bagusnya..supaya kurang sikit berokokoknya puak wahabi ni.tapi saya lebih suka menjawab secara ilmiah atau aqliah dari emosi

      • pendapat saya silakan selagi aurat tertutup

    • dharurah itu mengharuskan apa yg ditegah.kalau tsunami ,jgn cakap tak berpurdah,kelau lari berbogel pun takpe sebab nk selamatkan diri.nk kena tengok tempat qiyas.bukan semua tempat yg kita boleh qiyas.

      • terima kasih ustaz🙂

  175. ustaz..saya nak tanya….cara makmum lelaki utk menegur imam adalah dengan menyebut subhanallah kan…manakala bg wanita dgn imam wanita caranya adalah dengan menepuk belakang tangan.(mohon teguran jika saya salah)…jadi pertanyaan saya..kalau saya sebagai makmum berimamkan seorang lelaki ajnabi, cara tegurnya macammana?n jika imam itu suami kita pula macammana cara tegurnya?

    jazakallah,,

    • sama je .itu dh memang kaifiatnya….

  176. salam ustaz , saya nk minta pencerahan dari ustaz berkenaan mazhab, ado org persoalkan pda ,kenapa xleh guna keempat2 mazhab dalam satu masa, lgi kan benda tu xbersalahan dan xmnjadi bidaah,, benda yg Nabi buat, xmelanggar sunnah nabi..

    • silakan guna jika kita tahu syarat2 pada mazhab lain yg kita nk ta’lid.yg tak bolehnya talfiq berdempek 2 hukum dalam satu qadiah seperti kita kata kita angkat wudhu’ ikut kaifiat Imam syafei ,bab batalnya kita ikut imam malik atau hanafi iaitu sentuh isteri tanpa syahwat tidak batal wudhu’.nanti di akhirat sana masing2 mazhab tak mahu mengaku yg kita ikut fatwa dia.yg pertama tak ikut kaifiat pada mazhab yg kata tak batal.yg kedua tak ikut hukum pada kaifiat wudhu’ yg kita lakukan.ramai sekarang berangan nk jadi tajdid,harap2 awak bukan salah sorangnya .

      • xdelah ..saya tak layak sampai ke tahap tu ..saya tanya je ..😀

  177. satu lagi ,macam mana nak beramal dengan hizib nawawi ?

    • tanya kepada org yg ijazahkan awak.kalau tkde awak boleh datang pondok cari saya..

      • saya belajar pasal hizib ni kat pondok la ..saya pegi pondok masa cuti je .pastu ikut amalan kat situ ..dah balik baru terfikir betul ke cara saya beramal dengan hizib nawawi ni ..

      • saya ulang lagi sekali.tanya pada org yang ijazahkan awak walau kat pondok sekalipun awak ambil.jika awak ambil dengan saya,talipon saya je.wallahualam

      • baiklah ~

  178. salam ustaz ..apa hukum saya pakai baju yang ada tanda salib ..masa beli tu saya tak perasan ada tanda tu ..

    • buat kain buruk.waktu tak tahu tak mengapa

  179. apa pandangan ustaz tentang presiden mesir yang baru ini ?

    • tak tahu kena tanya org yg duk di mesir..

  180. Assalamualaikum ustaz,
    saya sekarang mendapat pinjaman ptptn, dan telah berkahwin.
    solan saya adakah saya perlu meminta kebenaran suami jika mahu membeli barang yang saya inginkan menggunakan duit pinjaman tersebut. dan jika nanti saya telah bekerja adakah saya perlu meminta kebenaran suami jika mahu membeli apa yang saya mahu menggunakan duit gaji saya..harap ustaz dapat bantu

    • wsalam.awak hanya perlu mintaizin suami sekiranya yg awak belanja itu duit suami awak.kita buat contoh yg lain (keluar tajuk sikit) .sekirnya suami tak bg nafkah,harus si isteri ambil sekadar mencukupi dari dopet suaminya tanpa pengetahuannya.itupun sekiranya dh minta ,tak bg .wallahualam

  181. Assalamualaikum ustaz..saya ada pertanyaan..saya ada jam yang mana jam tersebut dibelakangnya tertulis 23k gold plate..tapi saya tak tahu bahagian manakah yang mengandungi emas seperti yang dinyatakan..
    1)apakah hukum lelaki memakai jam tersebut
    2)jika haram, apakah hukum saya menjual semula jam tersebut?adakah saya dikira bersubahat menjual jam yang haram dipakai oleh lelaki kerana ia mengandungi emas..

    Jazakallah..

  182. LARANGAN ISBAL – KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI

    Jangan melebihi buku lali
    Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki. Sedangkan ia dilarang keras baik ketika solat mahupun di luar solat.

    Isbal ertinya melabuhkan kain atau seluar hingga menutupi mata kaki, dan hal ini dilarang secara tegas baik kerana sombong ataupun tidak. Larangan isbal bagi laki-laki telah dijelaskan dalam hadits-hadits Rasulullah SAW yang sangat banyak, maka selayaknya bagi seorang muslim yang redha Islam sebagai agamanya untuk menjauhi hal ini.

    Namun ada sebahagian kalangan yang dianggap berilmu, menolak (larangan) isbal dengan alasan yang rapuh iaitu dengan niat “tidak sombong” – maka diperbolehkan?! Untuk lebih jelasnya, berikut dipaparkan perkara yang sebenarnya tentang isbal agar menjadi panduan bagi orang-orang yang mencari kebenaran. Salah satu kewajiban seorang muslim adalah meneladani Rasulullah SAW dalam segala perkara, termasuk dalam masalah pakaian.

    Rasulullah telah memberikan batas-batas syar’I terhadap pakaian seorang muslim, perhatikan hadits-hadits berikut:. Rasulullah SAW bersabda :Ertinya : “Keadaan sarung seorang muslim hingga setengah betis, tidaklah berdosa bila memanjangkannya antara setengah betis hingga di atas mata kaki. Dan apa yang turun dibawah mata kaki maka bahagiannya di neraka. Barangsiapa yang menarik pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak akan melihatnya” (Hadits riwayat Imam Abu Dawud 4093, Ibnu Majah 3573, Ahmad 3/5, Malik 12. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Misykah 4331)

    Berkata Syaroful Haq Azhim Abadi rahimahullah: “Hadits ini menunjukkan bahwa yang sunnah hendaklah kain atau seluar seorang muslim adalah hingga setengah betis, dan dibolehkan turun dari setengah betis hingga di atas mata kaki. Apa saja yang dibawah mata kaki maka hal itu terlarang dan haram. [Aunul Ma’bud 11/103]

    Dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata. Ertinya : Rasulullah SAW memegang otot betisku lalu bersabda, “Ini merupakan batas bawah kain sarung. Jika engkau enggan maka boleh lebih bawah lagi. Jika engkau masih enggan juga, maka tidak ada hak bagi sarung pada mata kaki” [Hadits riwayat Imam Tirmidzi 1783, Ibnu Majah 3572, Ahmad 5/382, Ibnu Hibban 1447. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah 1765]

    Dari Abi Juhaifah Radhiyallahu ‘anhu berkata. “Aku melihat Nabi SAW keluar dengan memakai Hullah Hamro’ seakan-akansaya melihat kedua betisnya yang sangat putih” (Hadits riwayat Imam Tirmidzi dalam Sunannya 197, dalam Syamail Muhammadiyah 52, dan Ahmad 4/308)

    ‘Ubaid bin Khalid Radhiyallahu ‘anhu berkata : “Tatkala aku sedang berjalan di kota Madinah, tiba-tiba ada seorang di belakangku berkata, “Tinggikan sarungmu! Sesungguhnya hal itu lebih mendekatkan kepada ketakwaan.” Ternyata dia adalah Rasulullah SAW. Aku pun bertanya kepadanya, “Wahai Rasulullah, ini Burdah Malhaa (pakaian yang mahal). Rasulullah menjawab, “Tidakkah pada diriku terdapat teladan?” Maka aku melihat sarungnya hingga setengah betis”. (Hadits riwayat Imam Tirmidzi dalam Syamail 97, Ahmad 5/364. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Mukhtashor Syamail Muhammadiyah, hal. 69)

    Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah pernah ditanya tentang seseorang yang memanjangkan seluarnya hingga melebihi mata kaki. Beliau menjawab: “Panjangnya baju, seluar dan seluruh pakaian hendaklah tidak melebihi kedua mata kaki, sebagaimana telah tetap dari hadits-hadits Nabi SAW” (Majmu’ Fatawa 22/14)

    Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata : “Walhasil, ada dua keadaan bagi laki-laki; dianjurkan yaitu menurunkan sarung hingga setengah betis, boleh yaitu hingga di atas kedua mata kaki. Demikian pula bagi wanita ada dua keadaan; dianjurkan yaitu menurunkan di bawah mata kaki hingga sejengkal, dan dibolehkan hingga sehasta” (Fathul Bari 10/320)

    Dari Abu Dzar bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : “Ada tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan bagi mereka azab yang pedih. Rasulullah menyebutkan tiga golongan tersebut berulang-ulang sebanyak tiga kali, Abu Dzar berkata : “Merugilah mereka! Siapakah mereka wahai Rasulullah?”

    Rasulullah menjawab: “Orang yang suka memanjangkan pakaiannya, yang suka mengungkit-ungkit pemberian dan orang yang melariskan dagangannya dengan sumpah palsu.” [Hadits riwayat Imam Muslim 106, Abu Dawud 4087, Nasa’i 4455, Darimi 2608. Lihat Irwa’: 900]

    Dari Abu Hurairah bahwasanya Nabi ersabda : “Apa saja yang di bawah kedua mata kaki di dalam neraka.” (Hadits riwayat Imam Bukhari 5797, Ibnu Majah 3573, Ahmad 2/96)

    Hadits-hadits di atas mengisyaratkan bahwa panjang pakaian seorang muslim tidaklah melebihi kedua mata kaki dan yang paling utama hingga setengah betis, sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW dalam haditsnya sebagaimana di atas. Jika adab berpakaian bagi lelaki sedemikian di luar solat, apalagi sekiranya ia ketika mengerjakan solat!

    Wallahhu’alam…..

    *****Betul ke mcm ni ustaz….? sy terbaca artikel ni kat Fb….

    • panjangnya.hadith ada mentakhsiskan hadith yg lain.jadi jangan tengk satu hadith sahaja.yg atas dh bgtahau jika sombong..lagi pula bawa datang AlBani.Albani ni muhadithin ke??dia hanya seorang penjahit kasut sebelum jadi pencetak buku.Para muhadithin dah bongkarkan siapa dia…wallahualam

  183. Zakat pendapatan,

    ramai berhujah terutamanya kalangan awam soal dalilnya kat mana, mana ada zaman nabi, tak da dlm kitab terutamanya mazhab jgk dlm syafie. Namun di sana ramai yg tdk mgkaji dgn teliti hubungkait hukum2 yg dlm luar konteks maknawi alquran dan hadis. di sana pnghujah yg menolaknya telah mngabaikan sorotan maqasid syariah serta pelajaran usul fiqh,qawaid fiqhiyah, yg mnjadikn ssuatu hukum.

    ramai pula bila bab ni,maka ia akan berkeras ia takda dlm mazhab syafie, namun ia terlupa bilamana soal muamalat dalam khidupn sbnarnya ia tdk berpegang teguh lg kpd mazhab syafie yg nyatanya muamalat hr ni sbnarnye dah bercampur2 pndgn mazhab shgga “blh diterima” pula muamalat yg sudah bercampur pdgn mzhb….

    • assalamualaikum…ustaz,kenyataan diatas dri seorg kawan yang kerja kat bhagian zakat..mohon bgi pencerahan pasal zakat pndapatan ni ustaz….

      • wsalam.ramai yg tak mengkaji dan teliti?JIka Imam Syafei tak menkaji ,bagaimana pula mujtahid mazhab seperti syeikh buwaiti.jika syeikh buwaiti iaitu anak murid Imam syafei juga tidak mengkaji,bagaimana pula dengan mujtahid fatwa seperti imam Rafei dan Imam Nawawi.Jika berdua ni tak mengkaji juga ,bagaimana dengan mujtahid tarjih iaitu syeikh ibnu hajar dan syeikh ramli.Memang muamalat sekarang dh bercampur untuk memudahkan umat.yg pergi buat hukum menyusahkan umat buat apa sedangkan keempat2 mazahab tkde menghukumkan zakat pendapatan.org dh selesai dh duit pendapatan tu tiap2 bulan ,tiba2 kena keluar juga pada akhir tahun.apabila tkde hukum,hukumnya zalim.wallahualam

  184. Assalamualaikum ustaz, terima kasih kerna menjawab soalan saya baru2 ni pasal minta izin ngan suami tentang duit yg ingin digunakan.

    soalan saya kali ini, macamana pula kalau suami meminta saya untuk memberitahunya setiap kali sy ingin membeli sesuatu walaupun duit yg saya guna adalah duit pinjaman saya atau duit saya sendiri? tetapi ada kadang2 saya tidak memberitahunya kerana saya fikir tu duit saya, tapi timbul perasaan bersalah di dalam hati kerana tidak mengikut permintaan suami untuk memberitahunya dulu.
    dan, baru2 ini saya membeli barang dengan duit sya, tp saya memberitahu suami selepas saya membeli, jadi suami saya terasa hati dan kecewa, dan dia mengatakan saya tidak mendengar katanya kerana dia suruh saya simpan duit… minta penjelasan dari ustaz. Syuran

    • wsalam.pada satu sudut tak wajib bgtahu sebab tu duit awak.pada satu sudut pula sekiranya sang suami dapat tahu sehingga berkecil hati,maka itu satu kesalahan.kesalahannya kerna kecil hati bukan kerna belanja dengan duit ,awak tak bgtahu.

  185. salam..saya nak bertanya, adakah solat kita sah seandainya tertinggal perkataan sunat sekiranya melakukan solat sunat…contoh sahaja aku solat hajat 2 rakaat kerana Allah taala…tetinggal perkataan sunat

    • wsalam,solat hajat tkde yg wajib,maka ketika tu sah sembahyang tanpa menyebut sunat.qiaskan dengan yg lain seperti sembahyang terawih dan sebagainya

  186. terima kasih ustaz atas jawapan tersebut

  187. salam ,ustaz ..nak tanya ,apa hukum tarekat yang macam ni ? http://www.youtube.com/watch?v=uDh4s02Hfkw&feature=share

    • wsalam.yg diedit gambar itu dari puak wahabi yg mudah menyesatkan org dan hukum org macam2.jadi takyah layan…awak pernah lihat cara tahfiz pada setengah2 tempat sambil membaca , menggoyangkan kepala?sesat juga ke??adalah kaedah mereka buat begitu,mungkin pada mereka bertambah khusyuk atau tak mengantuk atau sebagainya.yg pentingnya adakah kita ni banyak berzikir n beselawat sebagaimana puak2 tareqat tu sendiri…cermin diri dulu sebelum hukum org lain.jika sesat dah lama diharamkan oleh pihak jabatan sebagaimana ayahpin dan sebagainya..walahualam

      • tu la pasal ..sedih tengok komen2 kat youtube tu ..

  188. Assalamualaikum ustaz..ana pelajar daurah 2012 bru2 nie..ana ade sikit kemusykilan tentang gmba dalam link ni http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151002679581612&set=a.466868491611.253845.247020686611&type=1&theater.. klu ustaz rse dlm gmba nie btl..so ana akan ikut berdasarkan gmba ni..sbb komen2 dalam gmba ni ade yg ckp mengelirukan..ana jadi xthu nk yakin @ x..mohon ustaz bantu.. ~insan keliru

    • Betullah tu cuma yg nampak sebaris tu ,undur kebelakang satu tapak dari Imam.Mungkin yg edit gambar tu payah sikit nk tunjuk kebelakang satu tapak kot.

  189. assalamualaikum ustaz..
    mana yang perlu didahulukan puasa dalam bulan syawal bagi perempuan..
    puasa enam ke atau puasa ganti terlebih dahulu..kalau puasa enam tidak sempat habis dalam bulan syawal boleh ke sambung ke bulan seterusnya,bulan zulkaedah?..syukran ustaz

    • wsalam.boleh dilakukan beserta qada’ dengan sunat syawal sekali.tak perlu asingkan.dah nama sunat syawal,kalau puasa zulqaedah jadi apa pula…tak boleh sambung

  190. salam ..ustaz ,boleh tak kita tengok ramalan cuaca ..mana la tau tak boleh ke macam tengok ramalan nasib ~~tq

    • ramalan cuaca diramal melalui mengkaji tiupan angin,kegelapan awan dan macam2 lagi.itu ramalan dengan apa yg jelas dimata.adapun ramalan nasib tkde apa2 petanda bahkan hanya Allah saja yg tahu.wallahualam

      • satu lagi ustaz ..kalau tengok rahsia tahi lalat pula macam mana ye ?terima kasih .

  191. Assalamu’alaikum…ustz sy ni sorg yg kurg ilmunya.jdi mnta ustz bg kpstian b’srta dalil kukuh tntg p’mslhn ini :

    Pendapat daripada yusuf Qardhawi (Fatwa ke-19).. aurat pada bahagian kaki dan pergelangan tangan merupakan sesuatu yang ada rukhsoh atau keringanan (ref : ad-Durul Mantsur oleh as-Suyuthi). stokin kaki/ stokin tangan bukanlah menjadi kewajipan sekiranya kita berada dalam rumah yang ‘ghalid’ bagi kita menguruskan rumah tersebut. cthnya keperluan mengurus dapur, memasak, mencuci pinggan mangkuk, juga keluar masuk bilik air untuk mandikan anak/ basuh berak kencing anak, dan apa sahaja tugasan harian kita di rumah, maka dibolehkan kita menampakkan kaki dan kadar segenggam pada pergelangan tangan. (fatwa yusuf Qardhawi).. bahkan pada zaman Rasulullah pernah sahabat menegur wanita yang berniaga di pasar kerana ternampak bahagian lengannya ketika menguli tepung, tetapi Rasulullah membenarkannya kerana keperluannya menyinsing sedikit bahgian lengan untuk perkerjaannya. (al-Majmu’, 3: 167-168) dan dalam website ustaz zaharuddin.net juga ada menyebutkan tentang dibolehkan menampakkan pergelangan tangan/kaki pada sesetengah keadaan yang aman daripada fitnah.

    *Jadi, persoalannya..perlu or xperlu berstokin kalau ke laman rumah sendiri atau ketika sekali-sekala pulang ke kampung ibubapa yang turut disertai ipar-duai (cth: bermalam di kampung) pada musim cuti sekolah dan lain-lain.

    • wsalam..pertama maaf banyak2 jika awak lihat komen2 yg atas saya rasa ,saya ada bgtahu yg saya tak pakai fatwa yusuf qardawi kerna ia banyak fatwa mengikut ra’ie dia.apabila kita lihat hadith ,kita kena tengok asbabul nuzumnya,bukan terus boleh ambil begitu.sebab itu kita kena ruju’ kitab feqah jika permaslahan feqah.haram lagi2 rumah sekarang yg bersih lantai dan sebagainya ,tkde sebab kita nak buka stokin.payah????isteri saya boleh…nafsu org je yg kata tak boleh .wallahualam,

  192. salam ustaz ..kalau ada orang kirim salam kat kita ,kita nak jawab apa ye ?terima kasih ..

    • wsalam ,tanya je kirim salam je…buah2 tangan tkde ke…aduhai jawab jelah wsalam..

  193. Assalamu’alaikum,ustaz…
    Saya nak tny berkenaan dagu perempuan.
    Adakah dagu sebenarnya aurat atau tidak?Adakah boleh sekiranya seorang wanita solat tanpa menutup dagu? Saya lihat ramai yang solat tidak menutup dagu.Adakah ada khilaf ulamak samada dagu ini aurat atau tidak?Mohon penjelasan…

    • wsalam.Dagu tu aurat.maka tidak sah solatnya apabila dibuka dagunya .setakat ni tak jumpa khilafnya.org da’wa yg ada khilaf ramai tapi tak bawa datang dalilnya.wallahualam

  194. salam ..ustaz ,apakah hukum menyapu muka selepas solat ?

    • wsalam sunat..Nabi buat

  195. salam ustaz ..mintak komen sikit .. http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=qthb2YX19GY#!

  196. betul ke ni ustaz ?
    ‎97% muslim yang saya jumpa bila disebut:

    “Wei, Husna kirim salam.”

    Akan dijawab.

    “iya ke?WA’ALAIKUMUSSALAM.”

    Ok…

    Nmpk mcm tak da masalah kan?

    Tertanya2 kan apa masalahnya kan?

    Ya. Memang ada masalah…=.=”

    Sebenarnya,jelas di dalam hadis Nabi SAW, Nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen(org tengah) maka jawapan yg diberi kepada kiriman salam tu bukannya, ‘waalaikumussalam’ tapi…..

    ” wa’alaika wa’alaihissalam ”

    Sebab apa?

    Husna suruh Husni kirim salam kat Azwan.

    Azwan jwb ” wa’alaikumussalam ”

    Sdgkan:-

    Wa’alaikumussalam= selamat sejahtera ke atas KAMU

    jadi salam Husna kpd Azwan tak terjawab kan?sbb Azwan doakan salam tu kepada Husni SEDANGKAN HUSNI TU ORANG TENGAH..

    Manakala:-

    Wa’alaika wa’alaihissalam= dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.

    Maka salamnya terjawab…. ^_^
    Indahnya Islam…

    Note: hukum memberi salam itu sunat,tapi menjawab itu wajib..jadi kalau salah jwab,bermakna MASIH BELUM JAWAB(^_^)

  197. assalamualaikum ustaz..maaf nak bertanya
    1)adakah berdosa besar jika kita lupa dgn ayat al-quran yang kita hafal.
    2)ada yang mengatakan, perempuan elok smbhyg slpas org llki balik dri smbhyg jumaat.betul ke?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: