Posted by: singalaka | September 5, 2009

Wahai Singapura

Semakin hari semakin rasa diriku ini ,

jauh daripada masyarakat,seolah-olah diriku ini tiada apa-apa

di mata mereka .

Dulu ku akui ,ku punyai segala-galanya

yang menjadikan diriku ,perhatian manusiawi.

selama beberapa tahun hidup ku ini ,ku berkorban segalanya

untuk sanak saudara ,keluarga dan sahabat handai .

Betapa dalamnya kasihku kepada mereka ,yang tahu ,

hanya tuhan yang esa.

tapi sayang sekali ,setelah ku pilih jalan yang redup di

sisi mata dunia ,

maka aku disisihkan

Apakah perlu aku kembali kepada kehidupan ku yang lama ,

hanya semata-mata untuk raikan kasih sayang mereka kembali?

Tidak mungkin sekali-kali  !

biarlah mereka menimbang dan mengukur diri mereka sendiri ,

apakah patut mereka menyombongkan diri,

setelah aku pilih jalan ini .

Biarlah ku hilang kasih sayang orang yang sangat ku sayangi ,

asalkan ku tidak hilang kasih sayang illahi

Di suatu masa,

ku terkenangkan akan orang yang banyak berjasa kepadaku ,

                         mana yang sudah pergi menyambut seruan illahi

mana yang masih terus menghirup udara yang fana` ini.

Wahai kenalan ku di SINGAPURA INI ,

Ku amat banyak terhutang budi kepadamu

yang taklah dapat aku menyebut nama satu persatu .

Walau ketika ku senang atau ketika ku susah ,

walau ketika ku duka atau ketika ku bahagia ,

kalian tetap jua bersamaku

Budi kalian akan tetap ku kenangi selalu ,

Agar ku tidak lupa siapa diriku ! 

   


Respon

  1. erm tak sangka abg fara ney pandai berpuitis.terima kasih diatas infonye..
    farah setuju pendapat abg dalam isi hati tu.
    then,InsyaAllah fara akan gtau kawan2 pasal blog ney untuk sebarkan ilmu.

    • Semuga selamat bertunang nanti ya…sehingga berakhirnya menjadi isteri yang sah .

  2. ermm.jika ditanya pada hati..
    untuk menjadi seorng isteri..
    hati akan melonjak berkat ya..
    jika ditanya siapa gerangan nyer..
    hati tidak menjawab..
    hanya lidah yang menuturkan..
    kerana hati adalah hati..
    kerana hati adalah rahsia..
    kerana hati jua punya sejuta makna..
    bukan makna pada tuannya saja..
    tetapi pada hati-hati yang menjaganya..
    (^_^)

  3. aku melangkah tanpa nasihat..
    aku hanya ada Allah..
    namun setiap kali aku berubah setiap kali itu aku gagal…
    tewas dengan ketidakdewasaan sendiri..
    tewas dengan nafsu sendiri..
    hanyut dalam perasaan yang tidak pasti,,
    namun aku tidak mengalah..
    aku tetap kan mencuba mencari cintaNya..
    yang aku pasti..
    masih lagi kabur dalam diri..
    dalam hati yang masih penuh dosa..
    aku bukan ditempatmu..
    dikelilingi manusia yang cinta padaNYA lebih dari cinta manusia..
    aku ditempatku..
    aku mencari jalan keluarku..
    aku perlu bimbingan..
    bimbingan dari ILLAHI..
    bimbingan dari insan yang mungkin bergelar teman hidupku..
    namun dia hanya dia..
    dia bukan yang aku harapkan..
    jalanku tetap jalanku..
    aku redha jika dia ditakdirkan untukku..
    mungkin aku perlu mencari jalan lain untuk keluar dari kekeliruan ini..
    bukan lagi mengharap pada si dia bakal teman hidupku..
    kadang senang untuk menuturkan.
    tapi berat untuk lakukan..
    namun..
    aku masih mengharap..
    ada hati-hati yang sudi membimbingku…
    aku masih mencari jalanku…
    masih dalam kekeliruanku..
    masih mencari cintaNya buat keberkatan sesuatu..
    sesuatu yang bergelar kehidupan..

  4. sahabatku…
    hidup bukan hanya d sini…
    D sana nanti kekal abadi…
    Bersabarlah menempuhi ranjau berduri…
    Demi kebahagiaan yang hakiki…

    sahabatku..
    aku mengerti betapa deritanya hatimu…
    segalanya datang dari Ilahi..
    Untuk menguji ketabahan hatimu…
    Dan aku pasti, kau mampu mengharungi…
    Pohonlah padanya…
    Agar d permudahkan segalanya…
    D hatimu harus tersemat,
    Bahawa Dia perencana terhebat…

  5. salam ust..mohon share ye!! syukrn

    • waalaikumsalam..insyaallah.

  6. salam..mohon share juga ustaz…

    • wsalam.silakan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: