Posted by: singalaka | Jun 16, 2012

Saham Wakaf Madrasah Diniah Saadiyah

                         Ingin membuat saham akhirat??
Insyaallah Madrasah (lebih kurang) yang akan dibina yang menempati madrasah , pejabat , perpustakaan, bilik komputer, bilik tamu dan kedai .

Tempat jalan masuk ke Madrasah dari jalan besar  ( Jalan Labis, 10 km dari Yongpeng menghala ke Chaah )

Tanah yang sudah dirata…(jalan masuk dari pintu masuk jalan besar lebih kurang 3km selepas menyusuri sungai kecil)

                         LAUTAN DARIPADA PAHALA

TERSEDIA UNTUK ANDA …..DI MADRASAH DINIAH SA’ADIYAH

Bayangkan bahawa seorang pelajar ( lelaki atau perempuan ) yang telah ditaja oleh Anda di mana ia mendapat pendidikan di tapak madrasah yang Anda waqafkan atau binaan madrasah yang Anda dermakan, menjadi seorang yang soleh dan berilmu serta menyebarkan ilmu Allah di serata pelusuk negara khasnya, sehingga berterusan pertalian ilmunya hingga hari kiamat .

Bayangkan berapakah yang Anda akan dapat daripada ganjaran pahalanya?

Bayangkan anak-anak kita atau anak-anak orang lain dapat manfaat ilmu dari saluran yang kita hulurkan …

Menuntut Ilmu itu terlebih afdhal disisi Allah daripada sembahyang, puasa, haji dan berperang sabilillah .( riwayat Dailami ) .

Hadith di atas bukan memberitahu kita bahawa meninggalkan ibadat itu lebih baik, tetapi bahawa ibadat yang dibuat tanpa ilmu, adalah sia-sia .

                  OBJEKTIF PENUBUHAN MADRASAH 

Sebagai pusat ilmu , tarbiah dan da’wah pelbagai lapisan masyarakat dan melahirkan Ulama’ yang memenuhi ciri-ciri berikut :

>   Ilmu yang mantap seterusnya dapat menyelesaikan permasalahan umat

>   Beramal dengan ilmu

>   Mempunyai keperibadian tinggi lantas menjadi contoh teladan

>   Berkemampuan berda’wah dan membimbing masyarakat

 

                     PERANCANGAN

Terbahagi kepada dua fasa :

>   Fasa Pertama : Pembinaan Bangunan Di Tapak Madrasah Diniah Sa’adiah di Kampung Ngamarto Yong Peng ,Batu Pahat Johor Bahru .

>   Fasa Kedua : Mengumpul Dana Operasi

Fasa Pertama : Pembinaan Bangunan Di Tapak Madrasah Diniah Sa’adiah di Kampung Ngamarto Yong Peng ,Batu Pahat Johor Bahru .

Keluasan 3 ekar tanah persendirian dan waqaf mencakupi :

>   Madrasah

>   Asrama Lelaki

>   Asrama perempuan

>   Beberapa rumah guru

>   Beberapa rumah pertugas

>   Kelas-kelas pengajian kitab

>   Asrama anak-anak yatim

>   Dewan

>   Pejabat dan perpustakaan

Fasa Kedua : Mengumpul Dana Operasi

>   Bertujuan menguruskan Madrasah dan segala aktivitinya

>   Bagi menjalankan program-program ilmu , keagamaan dan tarbiyah kepada segala lapisan masyarakat

>   Bagi mengadakan kursus intersif @ jangka masa pendek untuk pelajar sekolah dan pelajar IPT , bakal pengantin , badan kerajaan/swasta , ahli korporat , para imam dan lain-lain .

>   Dana berbentuk tanah perladangan , bangunan sewaan , perumahan , perniagaan , perkilangan dan lain-lain .

>   Menghulurkan bantuan kebajikan bagi golongan dhaif

>   Pengurusan dana di kendalikan oleh Mudir sendiri dan beberapa sahabat lain untuk masa ini .

                     APA ITU WAQAF ?

Waqaf itu membelanjakan sesuatu yang kita cintai atas jalan sedeqah /waqaf yang bersifat kekal. Selama ain /sesuatu yg kita waqafkan itu wujud dan dimanfaatkan, kita akan mendapat ganjarannya sehingga hari kiamat insyaallah .

Dari Hadith Umar bin Al-khattab r.a ,(hadith yang menjadi panduan penting dalam konsep wakaf ini menurut ibnu Hajar al ‘Asqalani ) daripada ibnu Umar r.a bahawa sesungguhnya Umar r.a telah berkata ya Rasulullah s.a.w: aku telah memiliki sebuah ladang kurma di Khaibar, tidak pernah aku miliki harta yang baik macam ini sebelumnya , maka apa yang engkau perintahkan aku buat dengan harta ini ? Nabi saw menjawab : Jikalaulah engkau mewaqafkan tanah itu dan sedeqahkan hasilnya …tanah itu tidak boleh dijual beli , tidak boleh juga diberikan sebagai pemberian atau diwarisi oleh pewaris engkau” . Ibnu Umar berkata : maka Umar mewaqafkan tanah itu dengan syarat tidak boleh dijual ,tidak boleh diberi (hibah), tidak boleh diwarisi , hanya khas kepada golongan faqir , saudara mara , hamba-hamba , tetamu-tetamu dan ibnu sabil .Tidak ada keberatan (sekatan) bagi orang yang menguruskan tanah itu untuk makan daripada hasilnya ( dia dan tanggungannya ) dengan kadar yang berpatutan .

Ijma’ : Ulama’-ulama’ telah menyatakan bahawa para sahabat telah berijma’ dari segi kesahihan waqaf , dinyatakan oleh pengarang kitab Al-Mughni bahawa Jabir ra telah berkata : (Sekiranya semua sahabat Nabi s.a.w yang ada kemampuan pasti mereka telah mewaqafkan sebahagian daripada harta mereka fi sabilillah : Ini dianggar sebagai ijma’ daripada amali mereka ) .

                                       

APA YANG ANDA AKAN DAPAT ? DAN APA YANG KAMI DAPAT ?

Pewaqaf yang mewaqafkan hartanya walaupun dengan kadar yang kecil untuk pembinaan Madrasah dan lain-lain , dia akan mendapat – dengan izin Allah – banyak manfaat di dunia dan di akhirat , antaranya :

 

      Di Dunia ;                 

1.Sedeqah  boleh menutup 60 pintu keburukkan.

2. Melindungi diri dengan perlindungan yang tebal dari kecemasan .

3. Menyembuhkan penyakit yang kritikal dan berlarutan .

4. Jaminan daripada rasulullah bahawa harta tidak akan berkurangan .

5. Menambah harta .                                                                                                                                                                         

   Di Akhirat :

 1.Menghapuskan dosa .

2. Pelindungan di hari Mahsyar 

3.Teman yang baik dalam kubur . 

4.Jaminan masuk ke syurga .

Dan banyak lagi…..  

Penutup

Sehubungan dengan itu , pihak kami amat berbesar hati sekiranya penubuhan madrasah ini mendapat sokongan dari pihak tuan/puan sama ada berupa tenaga ataupun wang ringgit dan lain-lain . Sokongan tersebut menyambut saranan supaya saling bantu-membantu memartabatkan agama Allah Taala . Semuga bantuan pihak tuan/puan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang besar di dunia dan akhirat .

Firman Allah Taala,bermaksud : “Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai , di setiap tangkai itu pula terdapat seratus biji .Allah menggandakan (pahala) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha luas (kurniannya) ,lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah:261)

>   Segala sumbangan bolehlah disalurkan melalui :

Bank Islam 

(Bagi yang hendak membeli unit waqaf)

No akaun: 03036020803224

 

Membeli tapak kemudian mewaqafkan ke atas pembinaan Madrasah yang sebesar 5 ribu kaki (satu tapak/kaki hanya RM50)

Contoh Lafaz : Saya mewakilkan tuan untuk membeli 10 unit tapak waqaf bernilai RM50.00 seunit dengan jumlah :10 unit x RM50.00 = RM500 (contoh) (boleh juga menghubungi terus kepada mudir madrasah)

 

Bank Simpanan Nasional

(Bagi yang ingin memberi sumbangan untuk pembinaan satu bangunan daripada bangunan-bangunan Madrasah, kemudian dia mewaqafkan kepada Madrasah Diniah Sa’adiah)

No Akaun : 01127-41-00003201-3

 

Di bawah nama mudir Madrasah : Abd Rahim Bin Saad @ Mohamad Shah

Perhubungan 

Mudir /Yang DIpertua Madrasah Diniah Sa’adiyah

Ustaz Hj Abd Rahim Mohamad Shah

H/p : 0199746730

Email: singalakas@yahoo.com

 Timbalan yang dipertua

Saudara Mohd Hafiz Bin Abd Rahim

H/p : 0132756400

Setiausa Pertubuhan

Saudara Ramadhan

H/P : 0132609224

Posted by: singalaka | Ogos 12, 2010

Bab Puasa

Rukun puasa

Bermula rukun puasa itu tiga perkara =

1) Niat . Wajib niat dengan hati jua .Sunat melafazkan niat itu dengan lidah . Wajib berniat puasa tiap-tiap hari sama ada puasa itu fardhu atau sunat ,kerana puasa didalam tiap-tiap hari itu suatu ibadat masing-masing berkehendak sekelian kepada niat .Maka jika berniat seseorang pada malam pertama daripada bulan ramadhan bahawa ia puasa sebulan ramadhan ,tiadalah memadai akan niat yang demikian itu melainkan memadai bagi puasa yang pertama jua tetapi sebaiknya hendaklah ia berniat demikan itu pada malam yang pertama daripada bulan ramadhan supaya hasil pahala puasa ramadhan jika lupa ia akan niat pada setengah daripada segala malamnya yang kemudian daripada itu ,pada mazhab orang yang memadai akan niat yang demikian itu .Wajib pada puasa fardhu ,berniat pada malam iaitu barang yang antara masuk matahari dan terbit fajar .Niatnya = نويت صوم غد عن رمضان

2) Menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa .Setengahnya iaitu jima’ iaitu dengan memasukkan sekalian hasyafah zakar atau kadar hasyafah pada zakar yang terpotong kedalam faraj jikalau dubur manusia atau lainnya sekalipun ,maka batallah puasanya jikalau tiada inzal (keluar air mani) sekalipun dengan syarat jika tahu ia akan haramnya dan disengajanya lagi dengan ikhtiyarnya (pilihannya) .Adapun jika ada ia jahil akan haramnya atau ia jima’ dengan lupanya atau digagahi orang akan dia ,tiadalah batal puasanya .
Setengah perkara lagi,mengeluarkan mani dengan lain daripada jima’ seperti keluarkannya dengan tangannya atau dengan tangan isterinya atau gundiknya ,maka batallah puasanya .
Setengah perkara lagi , batal puasa dengan inzal sebab bersentuh atau bercium atau berpeluk dengan perempuan dengan tiada berlapik .Tiada batal puasa dengan sebab keluar mazi .Demikian lagi tiada batal puasa dengan inzal ,sebab bersentuh dengan lelaki muda belia tetapi sebaiknya diqada’nya puasanya supaya keluar ia daripada khilaf .
(Masaalah)= Jika menggaru-garu seorang akan zakarnya kerana sangat gatal atau barang sebagainya ,maka lalu ia inzal ,maka tiadalah batal puasanya . Demikan lagi tiada batal puasanya dengan inzal sebab tergaru zakarnya dengan pelana kudanya tatkala mengenderainya .
(Masaalah)= Jika gatal zakar seseorang dan diketahuinya apabila digaruinya akan zakar itu ,nescaya inzal ia ,maka digarunya juga lalu inzal ,maka ditilik = jika tiada dapat ia menahani akan dirinya daripada menggaruinya ,tiadalah batal puasanya .Jika dapat menahaninya,maka batallah puasanya .
Demikian lagi tiada batal puasa dengan sebab bermimpi hinga keluar air mani . Demikan lagi tiada batal puasa dengan inzal ,sebab menyentuh faraj binatang atau dengan fikir atau dengan menilik atau menyentuh perempuan dengan berlapik walau lapikkan itu nipis sekalipun dan jika berulang-ulang yang tiga itu dengan syahwat sekalipun kerana ketiadaan mubasyarah (bersentuh kulit) seperti bermimpi tetapi haram mengulang-ulangi akan dia dan jika tiada inzal sekalipun ,demikianlah kata asnawi .Kata Zarkashi ,tiada haram mengulang-ulanginya melainkan jika inzal ia .
Demikian lagi haram atas yang mencium perempuan atau menyentuh dia pada mulutnya atau lainnya jika tiada kuasa ia menahani dirinya daripada jima’ atau inzal kerana yang demikian itu membawa kepada membinasakan ibadat .Jika kuasa ia menahani dirinya daripada demikian itu ,maka tiadalah haram atasnya mencium atau menyentuh dia tetapi telebih baik meninggalkan perbuatan itu .
Demikian lagi ,tiada batal puasanya dengan inzal ,sebab menyentuh barang yang tiada membatalkan wudhu’ seperti menyentuh anggota perempuan yang bercerai .
Demikian lagi ,jika diciumnya atau dipeluknya akan perempuan dan dijauhkan dirinya daripadanya sebelum daripada fajar ,kemudian inzal ia mengiringi fajar ,tiadalah batal puasanya . Jika diciumnya akan perempuan pada siang hari tatkala ia puasa ,kemudian maka bercerai ia daripadanya dalam beberapa waktu ,kemudian lalu inzal , maka ditilik = jika ada syahwatnya itu berkekalan dan zakarnya itu lagi bangkit hingga inzal ,maka batallah puasanya .Jika tiada demikian itu ,maka tiadalah batal puasanya .

Setengah daripada yang membatalkan puasanya iaitu menyahaja muntah jika tahu ia akan haramnya lagi dengan ikhtiyarnya dan jika yakin ia akan tiada kembali suatu daripada muntah ke dalam perutnya sekalipun ,maka batal puasanya dengan dia .Kata Syeikh Ibnu Hajar didalam Tuhfah ,jumlah daripada menyahaja muntah iaitu menarik benang dari dalam perutnya yang diperlankannya di waktu malam (ya’ni sebahagiannya berada dalam perut dan sebahagiannya berada diluar mulut) ,maka batal puasanya . Bersalahan yang mengeluarkan pada siang hari akan kapas yang dimasukkannya pada malam ke dalam batin zakarnya atau farajnya ,maka tiadalah batal puasanya .Jika dibiarkan benang itu yang pada had zahir ,tiadalah sah sembahyangnya dengan dia kerana berhubung dengan najis .Maka jalan yang menghasilkan sah sembahyang dan puasanya ,hendaklah ditarik akan dia oleh orang lain pada ketika lalainya dari kerana jika ditarik orang akan dia pada ketika tiada lalainya dan dapat ia menolakkan orang yang menarik itu ,maka tiada ia ditolakkan akan dia ,maka batallah puasanya . Jika tiada orang yang menarik seperti demikian itu ,maka wajib atasnya memeliharakan sembahyangnya kerana hukum sembahyang itu terlebih besar daripada hukum puasa .Maka dari kerana inilah dibunuh akan orang yang meninggalkan sembahyang dan iada dibunuh orang yang meninggalkan puasa . Demikian lagi ,sembahyang itu iada harus meninggalkan dia sebab uzur dan harus meninggalkan puasa dengan sebab uzur .Maka apabila wajib atasnya memeliharakan sembahyangnya , maka wajib atasnya menarik benang itu atau memerlankannya .kemudian diqada’kan puasanya .Sebaiknya diperlankannya supaya tiada kena najis mulutnya tetapi tempat yang tersebut itu sekaliannya ,apabila tiada dapat baginya memotong benang yang pada had zahir daripada mulut . Adapun jika dapat yang demikian itu , maka wajib atasnya memotong yang pada had zahir mulut dan memerlan pada had batin .
Demikian lagi ,tiada batal puasanya atas qaul yang mu’tamad jika dikeluarkannya dahak daripada otaknya atau perutnya lalu diludahkannya .Demikian lagi tiada batal puasanya dengan tiada khilaf ,jika keluar dahak daripada otak atau perut dengan sendirinya atau keluar ia dengan sebab batuk atau lainnya ,lalu diludahkannya akan dia .Jika diperlankannya akan dia serta kuasa ia meludahkannya kemudian daripada sampai ia kepada had zahir mulut iaitu makhraj Ha ,maka batallah puasanya .

Setengah dariapda yang membatalkan puasanya iaitu memasukkan suatu ain kedalam yang dinamai rongga dengan syarat jika sampai ia kepada rongga itu daripada lubang yang terbuka dan jka ada ain itu kecil seperti biji sahwi atau tiada dimakan akan ia pada adat seperti batu sekalipun ,maka batallah puasanya .jika tahu ia akan haramnya lagi dengan disengajanya dan dengan ikhtiyarnya ,sama ada pada rongga itu kekuatan yang menghancurkan makanan dan ubat seperti batin perut dan pekemehnya dan batin otak atau tiada baginya kekuatan yang menghancurkan makanan dan ubat seperti batin telinga dan batin lubang zakar atau faraj dan lubang hujung susu badan ,maka batallah puasanya dengan memasukkan sesuatu kedalam yang tersebut .
Demikian lagi , batal puasa jika dititikkan air atau minyak atau barang sebagainya pada batin lubang telinga dan lubang susu badan dan lubang zakar .
Demikian lagi , batal puasanya jika dimasukkannya hujng jari pada dubur atau faraj hingga terlampau daripada had yang wajib membasuh dia tatkala istinja’ . Maka keluar dengan kata yang dinamai rongga iaitu barang yang tiada dinamai rongga seperti didalam sungsum atau didalam daging yang dimana jika mengubati seseorang akan lukanya yang pada betisnya atau pada pehanya ,maka sampai itu kedalam sungsum betisnya atau kedalam pehanya ,maka tiadalah batal puasanya .
Demikian lagi , tiada batal puasanya jika dicucukkannya dengan jarum besi umpamanya kedalam daging pehanya kerana tiada di sana rongga .Jikalau menikam seseorang akan dirinya dengan pisau umpamanya atau menikam akan dia oleh orang lain dengan izinnya ,maka sampai pisau itu kepada rongganya ,maka batal puasanya . Keluar dengan kata rongga yang terbuka iaitu barang yang sampai kepada rongga daripada lubang yang tiada terbuka , maka tiada batallah puasanya dengan berminyak jika meresap minyak pada segala lubang pohon roma dan rambut dan dirasanya akan minyak itu sampai kepada rongganya sekalipun kerana tiada dimasukkannya kepada rongganya daripada lubang yang terbuka .
Demikian lagi , tiada batal puasanya dengan bercelak dan jika didapatnya warna celak pada ludahnya dan dirasanya rasa celak pada kerongkongnya sekalipun kerana tiada lubang yang terbuka daripada matanya hingga kerongkongnya ,maka iaitu seperti minyak yang meresap pada segala lubang roma atau rambut jua .
Demikian lagi , tiada batal puasanya dengan sebab mandi dan jika meresap air kepada batinnya daripada segala lubang pohon roma dan rambut sekalipun kerana tiada sampai ia kepada rongganya daripada lubang yang terbuka .Jika termasuk air ke dalam rongganya daripada lubang yang terbuka seperti telinganya tatkala mandi kerana menyejukkan badan ,begitu juga jika termasuk air pada yang keempat kali daripada masuk air ke hidung atau berkumur-kumur ketika ambil wudhu’ ,maka batallah puasanya .Jika menyelam didalam air serta dibukakan mulutnya ,maka termasuk air ke dalam perutnya ,maka batallah puasanya kerana tiada sukar memeliharakan daripadanya dan kerana makruh menyelam bagi orang yang puasa seperti melebih-lebih pada masuk air ke hidung atau berkumur-kumur ketika ambil wudhu’ jua tetapi jika diketahuinya daripada adatnya ,apabila menyelam ia ,nescaya termasuklah air kepada rongganya ,haramlah atasnya menyelam .Adapun jika termasuk air ke dalam rongga yang mandi wajib seperti mandi haid atau nifas atau janabah atau mandi sunat ,maka tiada batal puasa dengan dia .Itupun jika tiada menyelam ia tatkala mandi .Jika menyelam ia dan termasuk air ke dalam rongganya ,tatkala itu batallah puasanya . Jikalau dimasukkan sesuatu ke dalam mulutnya dengan disengajanya kerana ada tujuan ,kemudian diperlankannya dengan lupanya , tiadalah batal puasanya .Tiada makruh bagi yang puasa mandi dan berminyak dan bercelak ,hanya yang demikian itu khilaful aula ertinya menyalahi yang utama .Maka yang utamanya bagi yang puasa ,bahawa jangan ia mandi dan berminyak dan bercelak kerana pada Mazhab Malik menyatakan batal puasa dengan bercelak . Tiada batal puasanya dengan berbuang darah dengan berpetik dan berbekam tetapi terutama janganlah ia berbuang darah kerana yang demikian itu melemahkan badan dan jikalau keluar dubur yang berpenyakit buasir itu ,maka tiadalah batal puasanya dengan memasukkan atau termasuk ia dengan sendirirnya kerana sangat hajat kepada memasukkan dia dan wajib membasuh duburnya daripada cemar dan lendir yang ada ia pada dubur itu jika tiada memberi mudhorat akan dia .
Demikian lagi ,tiada batal puasanya jika termasuk lalat atau nyamuk kepada batin mulutnya .Maka jangan dikeluarkannya akan dia kerana boleh membawa kepada batal puasanya kerana yang demikian itu jumlah daripada menyahaja muntah tetapi jika takut mudhorat seperti mengharuskan tayamum ,maka haruslah baginya mengeluarkan dia dan wajib atasnya mengqada’ puasa itu .
Demikian lagi , tiada batal puasanya jika termasuk debu jalan yang suci atau debu tepung tatkala diayakkannya sama ada ia sedikit atau banyak kerana sukar memeliharakan daripadanya tetapi jika disengahajanya membukakan mulutnya hingga masuk debu itu ke dalam mulutnya ,maka batallah puasanya jika ada debu itu banyak . Jika debu yang masuk itu sedikit pada uruf ,maka tiada batal puasanya .
Demikian lagi , tiada batal puasanya sebab merasai makanan dengan lidah dan jika sampai rasa makanan itu kepada kerongkongnya sekalipun kerana rasa makanan itu bekas jua bukan ain .
Demikian lagi , tiada batal puasanya sebab mencium bunga atau asap setanggi atau barang sebagainya dan jika sampai bau dan asap itu ke dalam otaknya atau ke dalam perutnya sekalipun kerana bau asap itu bekas jua bukan ain .Kata Syabra Malisi , diambil daripada yang demikian itu bahawasanya tiada batal puasanya dengan sebab menghisap asap tembakau kerana asap tembakau itu bekas jua bukan ain pada uruf seperti asap setanggi . Adalah Syeikh Ziyadi berfatwa ia akan yang demikian itu pada mula-mulanya ,kemudian maka dibawa oleh setengah daripasa segala muridnya Syeikh akan buluh penyedutan tembakau .Maka dipecahnya akan buluh itu di hadapan Syeikh itu dan diperlihatkannya akan dia ain yang beku didalam buluh daripada bekas asap tembakau serta katanya bagi syeikh inilah ain bukan bekas .Maka ruju’lah Syeikh itu daripada fatwanya yang dahulu lalu berkata ia = “ Manakala adalah asap tembakau itu ain , batallah puasanya dengan menghisap ia .” Dibezakan antara asap tembakau dan asap setanggi bahawasanya asap tembakau itu diqasad (dituju atau diniat) dirinya tembakau ,tiada pada baunya dan asap setanggi itu diqasad pada baunya bukan pada dirinya .Demikian lagi ,asap tembakau itu disampaikan ke dalam rongga dengan perbuatan atas kelakuan suatu yang diminum ,maka sampainya ke dalam rongga terbanyak daripada barang yang sampai ia daripada asap setanggi dan adalah asap tembakau yang berhimpun dengan kelakuan yang tersebut itu dibilangkan ain pada uruf.

(Masaalah) Jika seseorang makan sahur atau berbuka puasa dengan ijtihadnya akan keadaan malam ,kemudian maka nyata salahnya seperti bahawa jatuh makannya itu pada siang hari ,maka nyatalah batal puasanya pada dua masaalah itu kerana tiada kebilangan bagi sangka (ظن) yang nyata salahnya .Tetapi jika tiada nyata suatu daripada halnya ,maka sahlah puasanya pada kedua masaalah itu .Inilah hukumnya jika ada ia makan sahur atau berbuka dengan ijtihadnya .Adapun jika ada ia makan sahur atau berbuka puasa dengan tiada ijtihadnya dan tiada nyata halnya siang pada dua masaalah itu ,sahlah puasanya pada masaalah makan sahur kerana yang asal padanya malam jua dan tiada sah puasanya pada masaalah makan berbuka kerana yang asal padanya siang jua tetapi jika nyata salahnya ijtihad pada kedua masaalah itu ,wajiblah atas keduanya qada’ dan jika nyata betulnya ijtihad pada kedua masaalah itu ,maka tiada wajib qada’ . Jika ditanya orang =Telah dahulu perkataan pada syarat sembahyang ,barang siapa sembahyang dengan tiada ijtihad pada menentukan kiblat ,tiada sah sembahyangnya dan jika nyata betulnya sekalipun .Maka apa jua perbezaan antara keduanya (sembahyang dan puasa) . Maka dijawab = Bahawasanya ijtihad pada menentukan kiblat iaitu syak pada wujud syarat sah sembahyang dan yang asal ketiadaan wujud syarat ,maka tiadalah sah sembahyangnya .Pada masaalah puasa ,syak ia pada wujud yang membinasakan puasa dan yang asalnya ketiadaan wujud yang membinasakan puasa,maka sahlah puasanya .
(Masaalah) Jikalau terbit fajar sadiq tatkala ia makan ,maka hendaklah dibuangkannya barang yang ada didalam mulutnya daripada makanan sebelum daripada masuk suatu daripada makanan itu ke dalam rongganya atau kemudian daripada termasuk makan itu dengan tiada ikhtiyarnya kerana jika dikulumnya akan makanan itu lalu termasuk suatu daripada makanannya ke dalam rongganya ,batallah puasanya kerana kecuaiannya sebab mengulum makanan itu .Adalah bandingannya yang demikian itu seperti mengulum ia akan makanan itu pada siang hari dengan disengajanya lalu termasuk sesuatu daripada makanan itu ke dalam rongganya ,batallah puasanya kerana lalainya dengan mengulum makanan itu .Bersalahan jika diperlannya akan makanan yang dikulumnya itu dengan lupanya ,maka tiadalah batal puasanya dengan dia kerana lupanya itu menghilangkan akan lalainya .
(Masaalah) Jikalau terbit fajar sadiq tatkala ia jima’ ,wajib atasnya mengeluarkan zakarnya dengan segera ,maka tiadalah batal puasanya dengan mengeluarkan dia walau inzal sekalipun .kerana bahawasanaya mengeluarkan zakarnya itu meninggalkan jima’ jika diqasadnya dengan mengeluarkan zakarnya itu meninggalkan jima’ . Jika tiada diqasadnya dengan dia meninggalkan jima’ ,nescaya tiada sah puasanya . Demikianlah tersebut didalam tuhfah . Demikian lagi , tiada sah puasanya jika dikekalkannya akan jima’ seperti tiada dikeluarkannya akan zakarnya dengan segera pada ketika terbit fajar . Wajib atasnya kaffarah dari kerana tatkala adalah mengekali jima’ itu menegahkan sah puasa ,adalah ia seolah-olah membatalkan puasanya dengan jima’ .Inilah perintahnya pada yang tahu akan terbit fajar pada ketika permulaan terbitnya .Adapun jika lalu masa kemudian daripada terbit fajar ,kemudian baru tahu ia akan terbit fajar,maka dikekalinya juga akan jima’nya ketika itu ,tiadalah wajib kaffarah atasnya dari kerana puasanya batal dengan jima’ yang dahulu pada ketika jahil ia akan terbit fajar ,tiada batal puasa dengan jima’ yang dikekalinya kemudian daripada tahu ia akan terbit fajar .

3) Orang yang puasa . Bermula syarat sah orang yang puasa itu tiga perkara =

1) Hendaklah ada ia Islam daripada permulaan hari puasanya hingga akhirnya puasa . Maka tiadalah puasa bagi orang kafir dengan barang jenis kafir .Walau begitu mereka akan diseksa di akhirat kelak dengan dua sebab .Pertama kerana kafirnya .Yang kedua kerana tak puasanya kerana ia akan dituntut dan diseksa dalam negeri akhirat . Adapun di dunia tiada disuruh dan dituntut akan dia sebagaimana bab sembahyang ,zakat dan lain-lain .*Peringatan = Haram jual makanan atau beri makanan kepada orang kafir ketika masa berpuasa .Begitu juga kepada orang muslim yang tak berpuasa dengan tiada uzur .Batal puasa orang yang murtad didalam hari puasanya dengan ijma’ .
2) Hendaklah ia berakal daripada fajar hingga datang kepada masuk matahari ..Maka tiadalah sah puasanya yang gila daripada fajar hingga maghrib dan jika mendatang gilanya didalam hari puasanya jikalau sekejap sekalipun ,batallah puasanya . Tiada batal puasanya sebab pitam atau mabuk yang tiada disengajanya jika ia sembuh sekejap sekalipun didalam siang hari . Jika pitam atau mabuk daripada fajar hingga maghrib ,tiadalah sah puasanya kerana pitam dan mabuk itu mengeluarkan ia akan seseorang daripada keadaan ahli taklif .Bersalahan dengan tidur , maka tiada batal puasa yang tidur daripada fajar hingga maghrib kerana kekal keadaannya ahli bagi taklif lagi pula yang tidur itu jika dijagakan ,nescaya jaga ia .Bersalahan dengan yang pitam dan yang mabuk . Demikian lagi ,wajib mengqada’ sembahyang yang luput sebab tidur dan tiada wajib qada’ sembahyang yang luput dengan sebab pitam atau mabuk pada jumlah (umum/kebanyakkan) .
3) Hendaklah ia sunyi daripada haid dan nifas daripada fajar hingga maghrib . Maka tiadalah sah puasa yang haid dan nifas lagi haram .Jika mendatang haid atau nifas didalam hari puasanya ,nescaya batal puasanya .
Bermula syarat sah puasa pada pihak masa ,hendaklah jatuh puasa itu didalam hari yang menerima hari itu bagi puasa iaitu hari yang lain daripada dua hari raya ,tiga hari tashrik ,dan hari syak . Maka haram lagi tiada sah puasa pada hari raya kedua-duanya dan jika puasa fardhu sekalipun kerana ditegahkan Nabi akan puasa pada hari raya kedua-duanya didalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim .Demikian lagi haram lagi tiada sah puasa pada tiga hari tashrik kemudian daripada hari raya korban , jikalau ada puasa itu puasa tamatu’ ganti daripada dam sekalipun kerana ditegahkan puasa pada hari itu didalam hadith riwayat Abu Daud .Demikian lagi , haram lagi tiada sah puasa pada hari syak dengan tiada sebab kerana kata Amar anak Yasir مَنْ صَامَ يَوْمَ شَكِّ فَقَدْ عَصَى أباالقاسِمِ صلى الله عليه وسلم ya’ni barang siapa puasa pada hari syak , maka bahawasanya derhakalah ia akan nabi صلى الله عليه وسلم ,yang meriwayatkan akan dia oleh tirmizi dan lainnya dan kata mereka iaitu sahih . Adapun jika ada puasa itu dengan sebab seperti qada’ dan nazar dan wirid ,maka sahlah puasanya lagi tiada haram melainkan jika disengajanya menjatuhkan puasa didalam waktu syak itu ,maka iaitu haram lagi tiada sah seperti sembahyang didalam waktu karahah kerana sabda nabi صلى الله عليه وسلم ( لاتُقَدِّمُوا رمضانَ بصومِ يومٍ أو يَومَيْنِ اِلاَّ رجلٌ كان يصومُ صومًا فَلْيَصُمْهُ) ya’ni jangan kamu mendahulukan ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari melainkan laki-laki yang ada ia puasa wirid ,maka hendaklah dipuasakannya , riwayat Bukhari dan Muslim ya’ni seperti adalah ia beradat puasa sepanjang-panjang tahun atau puasa sehari dan berbuka sehari dan diqiyaskan dengan puasa wirid itu dengan yang lainnya seperti qada’ ,nazar atau kaffarah . Bermula hari syak itu iaitu diharamkan puasa didalamnya dengan dua sebab .Pertama keadaannya hari syak .Kedua , keadaannya hari didalam nisfu yang kedua daripada bulan syaaban . Maka hari syak itu iaitu hari ketiga puluh daripada bulan syaaban ,apabila berkhabar-khabar manusia dengan melihat bulan ramadhan dan tiada naik saksi seorang jua pun pada melihatnya (Cuma cakap di kedai kopi misalan) atau naik saksi segala mereka yang tiada diterima saksinya mereka seperti keadaan mereka itu kanak-kanak atau sahaya atau fasik atau perempuan . Adapun jika tiada berkhabar-khabar manusia pada melihat anak bulan dan tiada naik saksi seorang jua pun ,maka tiadalah hari itu hari syak ,hanya adalah ia daripada bulan syaaban ,maka tiadalah haram puasa didalamnya daripada pihak hari syak tetapi haram puasa pada pihak keadaannya daripada nisfu yang kedua daripada bulan syaaban .
Demikian lagi , haram puasa pada nisfu yang kedua daripada bulan syaaban iaitu daripada hari yang keenam belas hingga akhir bulan syaaban kerana sabda Nabi صلى الله عليه وسلم (اذا انْتَصَفَ شَعْبانُ فلا تَصُومُوا ) ya’ni apabila bertengahlah bulan syaaban ,maka janganlah kamu puasa melainkan puasa wirid seperti beradat ia puasa sentiasa atau berselang-selang hari atau puasa isnin dan khamis atau puasa qada’ atau nazar atau kaffarah atau dihubungkannya puasa pada nisfu yang kedua dengan nisfu yang pertama seperti dipuasakannya pada hari yang kelima belas dan hari yang keenam belas ,maka haruslah ia puasa pada nisfu yang kedua daripada bulan syaaban kerana sekalian yang tersebut itu . Jikalau puasa ia pada hari yang kelima belas dan yang keenam belas ,kemudian berbuka ia pada hari yang ketujuh belas ,nescaya haramlah atasnya puasa pada hari yang kelapan belas dengan tiada suatu sebab yang telah tersebut itu kerana hilang berhubung yang mengharuskan bagi puasa pada hari itu . Wallahualam .

Posted by: singalaka | Jun 16, 2010

IHDAD BHG 2

Wajib atas isteri yang kematian suaminya atau isteri yang ditalakkan dia akan sebagai talak bain atau yang difasakhkan nikahnya atau yang bereddah daripada jima’ syubhat dan jika dengan nikah yang fasid (rosak) sekalipun atau yang ditalakkan akan dia dengan talak rajii’.Sekaliannya itu memperwajibkan rumah bagi isteri2 yang tersebut iaitu tempat kediaman yang ada isteri itu padanya pada ketika bercerai jika layak tempat kediamannya dengan isteri itu .

Tiada harus bagi suami dan lainnya mengeluarkan isteri itu daripada tempat bercerainya dan tiada harus pula bagi isteri itu keluar daripada tempat kediamannya dan jikalau redha oleh suaminya sekalipun kerana sudah menjadi hak Allah ,maka hak Allah taala tiada gugur ia dengan beredha-redhaan melainkan kerana hajat .

Maka harus baginya isteri itu keluar serta kembali semula pada eddah wafat atau eddah jima’ syubhat atau nikah yang fasid atau yang difasakhkan nikahnya atau talak bain kerana tiap-tiap perempuan yang bereddah yang tiada wajib nafkahnya dan tiada pula baginya orang yang menunaikan hajatnya,haruslah baginya ia keluar siang hari kerana membeli makanan atau membeli barang-barang jahit atau keluar menjual akan barang yang dijahitnya atau umpamanya kerana berhajat kepada yang tersebut .

Adapun perempuan yang wajib nafkahnya seperti ditalakkan akan dia dengan talak rajii’ atau bain lagi bunting ,maka tiada harus keluar melainkan dengan izin suami atau kerana dharurah kerana sekalian perempuan yang tersebut dimemadakan dengan nafkah suami mereka itu .

Demikian lagi harus baginya keluar kerana hajat itu pada waktu malam jika tiada dapat keluar di waktu siang . Demikian lagi harus ia keluar kepada rumah jirannya yang perempuan kerana menjahit misalan atau bercakap-cakap dan umpamanya kerana berjinak-jinak (hilang pilu hati) tetapi dengan syarat bahawa kembali ia dan bermalam di rumahnya sendiri .Maka jika bermalam di rumah jirannya,maka iaitu haram.

Demikian lagi termasuk juga kata harus keluar kerana dharurah iaitu seperti takut ia mudhorat atas dirinya akan kebinasaan atau orang nak buat jahat atau takut mudhorat atas hartanya atau anaknya daripada diroboh akan rumahnya atau ditenggelami air ,maka haruslah kerana semuanya itu , ia berpindah kerana dharurah .

Bermula tempat bersalah-salahan antara perempuan yang wajib nafkah baginya dan diantara yang tiada wajib nafkah baginya ,maka yang pertamanya itu ,tiada harus ia keluar melainkan dengan izin dan yang keduanya ,harus baginya keluar bagi kerana hajat dan jikalau dengan tiada izin suami sekalipun .Adapun ketika dharurah ,maka bersamaan keduanya pada harus keluarnya .Dikehendakki keluar itu,keluar serta kembali .Adapun keluarnya kepada tempat yang lain ,maka tiada harus dan jikalau dengan redha suaminya sekalipun . Wallahualam

Posted by: singalaka | Januari 19, 2010

Hukum Penggunaan Kalimah Allah

                                                                     بسم الله الحمن الرحيم     

                  Alhamdulillah ,bersyukur kepada Allah dengan ni’mat islam yang allah taala anugerahkan kepada kita sejak azali lagi .Justeru itu ramai puak-puak musyrikin cuba sedaya upaya memesongkan aqidah kita daripada terus mengecapi keni’matan islam yang selama ini kita kecapi .Maka mulalah timbul kegunaan nama Allah di dalam agama lain semata-mata untuk mengkaburi mata kita bahawasanya mereka juga bertuhankan Allah ,maka kita pun dengan mudahnya menerima/redha  agama mereka .Secara fkir dengan mudah ,dengan tidak menggunakan nama Allah dalam agama mereka itu pun dah dapat menarik 200 lebih ribu yang sudah berdaftar menjadi nasara ,inikan pula mengelirukan agama kita bahawasanya tuhan mereka juga Allah .Maka disini dapat saya selitkan atas permintaan sahabat saya mengenai sejauh mana hukum penggunaan kalimah Allah .(ruju’kan kitab Aqidatun Najin)

                  Ketahuilah oleh kita ,nama bagi zat tuhan kita yang wajibal wujud (wajib baginya ada) itu khas ia pada lafaznya dan khas ia pada ma’nanya .Maka erti khas pada lafaz itu ,tertentulah lafaz Allah itu nama bagi tuhan kita dan tiada harus dinamakan dengan lafaz Allah itu akan yang lain daripada zat Allah melainkan atas jalan sandaran seperti Abdullah .Erti Khas pada ma’na itu iaitu ma’nanya ma’bud bihaqqi (yang disembah dengan sebenarnya) .Maka tertentulah ma’na yang demikian itu bagi Allah ,tiada dapat bagi yang lainnya Allah .Lafaz Allah itu ismu A’zhom (nama yang agung) disisi jumhur Ulama’ dan telah memilih oleh Imam Nawawi akan bahawa ismu A’zhom itu lafaz Alhayyul Qayyum (yang hidup lagi berdiri) .Maka tidak haruslah bagi sesiapa pun menamakan akan sesuatu dengan nama Allah .

                   Bermula Arrahman itu nama bagi sifat iaitu khas pada lafaznya dan am (umum) bagi ma’nanya .Dikatakan khas pada lafaznya kerana lafaz Arrahman itu tertentu disifatkan dengan dia bagi Allah taala jua dan tiada harus dikatakan bagi yang lainnya dengan Rahman melainkan disandarkan dengan sesuatu seperti Abdul Rahman ,maka diharuskan .Dikatakan am bagi ma’nanya kerana ma’na Arrahman itu pemurah ,maka melengkapi pemurah itu kepada segala makhluk yang berakal atau tiada sama ada ia islam atau ia kafir .

            Bermula Arrahim pula iaitu nama bagi sifat juga iaitu am pada lafaznya ertinya harus dinamakan dengan dia akan yang lainnya daripada Allah tanpa disandarkan oleh sesuatu dan khas pada ma’nanya kerana tertentu mengasihani itu bagi kaum yang mu’minin jua pada hari kiamat nanti .

Kesimpulannya tidak harus mana-mana Agama yang selain Islam menggunakan nama Allah didalam agamanya kerana yang pastinya mereka tidak mentauhidkan Allah .Kita perlu ingat bahawasanya sebagaimana Allah berfirman dengan ma’sudnya tidak akan redha selamanya orang-orang yahudi dan orang-orang nasara akan kita sehingga kita mengikut akan agama mereka .Sehingga hari ini ,mereka sentiasa mencari jalan bagaimana cuba menyesatkan kita dari jalan yang sebenar .Salah satu jalan yang ketara ,apabila masuk sahaja Hari Raya ,maka mereka pun keluar untuk mengucapkan selamat hari raya pada kita dengan tujuan apabila masuk waktu perayaan agama mereka iaitu hari cristmas ,kita pula ucapkan selamat hari agama untuk mereka yang dimana boleh mengundangkan kekufukuran pada kita dengan menyebutkannya sebagaimana berlaku pada Artis-artis kita di TV apabila menjelang hari cristmas .Maka berwaspadalah  akan dakyah-dakyah puak-puak ini .wallahualam .

Posted by: singalaka | November 11, 2009

IHDAD (Meninggalkan perhiasan dengan kematian suami) Bhg 1

Hukum eddah

Didapati ramai yang masih keliru atau tak tahu hukum bereddah bagi perempuan .Ada yang kata eddah bagi isteri yang kematian suami adalah 3 bulan .Ada yang kata hukum ihdad (meninggalkan perhiasan ) atas isteri yang kematian suami hanya 3 hari .Ada yang kata tidak perlu memberi nafkah kepada isteri yang diceraikannya semasa dalam eddah dan macam-macam lagi .Ada pula isteri keluar rumah semasa eddah sedangkan si suami dah sediakan rumah . Insyaallah disini saya akan membawa sedikit penerangan mengenai hukum perempuan yang bereddah dan berihdad ;

1)                  Wajib bagi perempuan yang bereddah dengan talak rajii’ (boleh ruju’) diberi akan duduk pada tempat yang diceraikan oleh si suami yang menceraikannya itu jika layak dengan perempuan itu .Dengan ma’na jika tidak layak seperti asalnya perempuan itu anak orang kaya ,duduk rumah batu sedangkan rumah yang nak diberi duduk oleh suami yang nak menceraikannya  itu rumah kayu , maka hendaklah diberi pilih begi perempuan itu sama ada ia hendak terus duduk rumah itu atau hendak balik rumah bapanya .

2)                  Wajib diberi nafkah selama tiada berpindah ia kepada eddah wafat (kematian suami) seperti mati suaminya pada hal ia didalam eddah ,maka putuslah nafkahnya kerana bereddah ia dengan eddah wafat (hikmahnya ia sudah dapat harta pusaka.wallahualam) .Eddah wafat itu ,tiada wajib nafkah baginya jikalau ia bunting sekalipun . Bersalahan perempuan yang bunting lagi bai’n (talak tiga misalan) ,maka wajib baginya nafkah dan jikalau mati suaminya pada hal ia didalam eddah sekalipun kerana tiada berpindah ia kepada eddah wafat .Maka berkekalan nafkahnya (berpindah kepada warith suami yang memberi nafkah)  

3)                  Wajib diberikan pakaian melainkan perempuan yang derhaka sebelum daripada talak atau pada pertengahan eddahnya ,maka pada ketika itu (derhaka) tiada wajib diberikan pakaian  baginya  dan tiada wajib diberikan juga perbelanjaan bahkan tiada wajib diberikan tempat kediamannya kerana gugur sekaliannya dengan sebab derhakanya melainkan jika kembali perempuan kepada taat akan suaminya yang mentalakkannya seperti yang tersebut dalam Raudha tetapi jika kembali ia kepada taat suaminya pada pertengahan harinya (ya’ni lepas subuh) maka wajib diberikan dia akan tempat kediaman dan tiada wajib diberikan nafkah harinya itu .*Seperti nafkah belanja juga ,lauk pauk ,khadam dan lain-lain kerana ia seperti isteri dan kerana inilah jadi gugur sekaliannya dengan sebab derhakanya sebelum daripada talak dan kemudian daripada talak .(tetapi auratnya isteri itu seperti dengan orang asing ya’ni wajib tutup aurat di hadapan suaminya yang mentalakkan dia ,semasa dalam eddah ) * Tiada wajib diberi alat bersuci seperti sikat dan sabun dan barang-barang yang sepertinya tetapi jika menyakiti ia dengan umpama kotor ,maka wajib diberi barang yang menghilangkan dia .

4)                  Wajib bagi perempuan yang bai’n (sama ada bai’n dengan khulu’ (tebus talak) atau dengan tiga talak atau dengan fasakh )yang tak mengandung ,diberikan tempat kediamannya jua ,tiada diberikan nafkah dan tiada pula segala pembelanjaan seperti pakaian dan lain-lain melainkan jika bunting ,maka pada ketika itu wajib diberi nafkah jua baginya dengan sebab mengandung atas qaul yang sahih .Kata setenganh Ulama’ nafkah itu bagi anak yang dalam kandungan .Ini (diberi tempat kediaman bagi perempuan yang bai’n)jika tiada ia derhaka sebelum daripada ditalaknya atau didalam eddah .Jika ada derhaka, maka tiada baginya sesuatu melainkan kembali ia kepada taat akan suaminya (iaitu tidak keluar rumah dan lain-lain lagi). *Perempuan yang dijima’kan dia dengan jima’ syubhat (pada malam hari misalan ia mendatangi/jima’ seorang perempuan di dalamrumahnya yang sangkaan ia itu adalah isterinya ) dan jikalau dengan nikah yang fasid (rosak) (seperti nikah dengan isteri orang atau yang belum habis eddah) sekalipun ,maka tiada wajib baginya sesuatu .

Hukum Ihdad (meninggalkan perhiasan pada dirinya ketika kematian suami)

*Wajib ihdad ke atas isteri yang kematian suaminya jika isteri yang hamba sahaya sekalipun .

=    Ma’na ihdad itu pada syara’ meninggalkan perhiasan pada dirinya ketika kematian suami dengan meninggalkan memakai kain yang dicelup warna yang diniatkan dengan kain yang dicelup itu akan perhiasan sama ada pada malam dan pada siang hari seperti kain kuning atau merah (termasuk kain batik).

=    Harus memakai kain yang tiada dicelupkan akan dia seperti daripada kain benang atau kain bulu atau kain kulit kayu atau kain sutera jika tiada pada yang tersebut itu perhiasan umpamanya bunga-bunga .*Harus juga memakai kain yang dicelup yang tiada diniatkan dia bagi perhiasan seperti kain hitam atau kain biru atau kain hijau (warna tak mangancam selama tiada daripada kain itu berkilat-kilat lagi cerah warnanya..Jika begitu haram hukumnya.) melainkan jika ada kain hitam atau kain biru atau kain hijau itu daripada satu kaum yang berhias mereka itu dengannya seperti kaum Arab ,maka haram memakainya kerana diniatkan dia bagi perhiasan .

=    Haram ia memakai huliyi (perhiasan anggota seperti gelang kaki ,rantai ,gelang tangan dan lain-lain) daripada perak atau emas atau lu’ lu’ atau daripada tembaga jika disadur dengan emas atau perak atau perempuan itu adalah daripada perempuan yang berhias dengan tembaga ,sama ada huliyi itu besar seperti gelang atau kecil seperti cincin dan anting-anting telinga ,maka haramjuga .Setengah daripada huliyi juga iaitu manik dan umpamanya bagi kaum Arab .Adapun berhias dengan yang tersebut pada malam, maka harus serta makruh .

=    Haram atasnya pada malam dan siang ,menyapukan minyak pada rambut kepalanya dan segala bulu yang pada mukanya .Bersalahan segala bulu yang pada badannya , maka tiada haram .

=    Haram atasnya melumurkan mukanya dengan اسفيذاج  (yang berkilat-kilat letak dekat muka)  yang dibuatkan dia daripada timah (bandingan seperti bedak juga iaitu haram) yang dilumurkan mukanya dengan dia .

=    Haram atasnya melumurkan anggota badannya yang zahir seperti mukanya ,dua tangannya ,dua kakinya dengan umpama inai dan haram juga mengandamkan rambut kepala yang diatas dahinya dan mengerintingkan bulu pada pelipisnya dan sapukan celak pada bulu keningnya dan mengandamkan bulu keningnya .Ini semuanya haram.

=    Haram memakai bau-bauan pada badan atau pada kain atau memakai bau-bauan yang pada celak mata yang tiada diharamkan dia seperti celak yang putih ,maka haram juga kerana bauan itu .Adapun diri celak yang putih itu ,maka tiada haram bercelak dengannya kerana tiada perhiasan padanya .Adapun celak mata yang haram seperti ia bercelak dengan اثمد (debu-debu batu) yang tiada bau-bauan padanya . Maka haram atas perempuan yang berkulit hitam atau yang berkulit putih memakainya kerana  اثمد (debu-debu batu) mengelokkan mata . Maka jika ada padanya bau-bauan , adalah ia haram daripada dua pihak iaitu bercelak dengan dia dan bau-bauan .Maka haram dengan celak yang tersebut melainkan kerana hajat seperti sakit mata ,maka dimaaf daripadanya bagi perempuan yang didalam ihdad dan seperti demikian hajat itu pun ,hendaklah ia gunakan akan اثمد (debu-debu batu)  itu diwaktu malam dan dihilangkan dia diwaktu siang melainkan jika berhajat memakainya pada siang hari juga (seperti tak boleh bercelak di waktu malam kerana tak ada lampu misalan untuk melihat di cermin) maka harus gunakannya pada siang hari kerana dharurah .

=    Harus baginya bersuci dengan membasuh kepalanya dan badannya dan jika masuk hamam (bilik air panas) sekalipun .Harus juga menyisir kepalanya dengan tiada menggunakan minyak , mengguna umpama daun bidara (untuk hilang daki badan) ,cukur bulu ari-ari dan mengerat kuku .

*Jika meninggal oleh perempuan yang bereddah akan ihdad sekalian masanya atau setengah masanya nescaya selesai juga eddahnya serta berdosa ia jika diketahui akan haram meninggalkannya itu .

* Jika sampai akan dia oleh khabar kematian suaminya walhal sudah berlalu eddahnya ya’ni 4 bulan 10 hari ,maka tiada wajib ihdad atasnya kerana sudah selesai eddahnya seperti hukum yang jikalau sampai perkhabaran akan dia oleh talak suaminya kemudian daripada selesai eddahnya iaitu tiga kali suci,maka tiada wajib eddah atasnya .

* Harus bagi perempuan ia ihdad atas yang lain daripada suaminya seperti kematian bapanya atau anaknya atau orang yang asing selama 3 hari atau kurang daripadanya . Maka haram dilebihkan atas 3 hari jika diniatkan ihdad .Maka jika dilebihkan atas 3 hari dengan tiada niat ihdad ,maka tiada haram .

*Tambahan akan dilakukan masa ke semasa insyaallah

Posted by: singalaka | Oktober 17, 2009

Seruan Bumi !!

Anas Bin Malik r.a telah berkata yang bermaksud ; “Sesungguhnya bumi setiap hari menyeru (manusia) dengan 10 kalimat iaitu :-

1)          Wahai manusia ! Engkau berlari-lari di atas belakangku , tempat kembali mu adalah di dalam perutku .

2)         Engkau melakukan ma`siat di atas belakangku ,engkau akan disiksa di dalam perutku .

3)         Engkau ketawa di atas belakangku ,engkau akan menangis di dalam perutku .

4)         Engkau bergembira di atas belakangku ,engkau akan bersedih di dalam perutku .

5)         Engkau mengumpulkan harta di atas belakangku ,engkau akan menyesal di dalam perutku .

6)         Engkau memakan yang haram di atas belakangku ,engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perutku .

7)         Engkau sombong di atas belakangku , engkau akan menjadi hina di dalam perutku .

8)         Engkau berjalan dalam keadaan suka cita di atas belakangku ,engkau akan jatuh didalam perutku dalam keadaan duka cita .

9)         Engkau berjalan dalam cahaya yang terang di atas belakangku ,engkau akan jatuh ke tampat yang gelap di dalam perutku .

10)      Engkau berjalan di kalangan khalayak ramai di atas belakangku ,engkau akan menjadi sendirian di dalam perutku .

*Beringat-ingatlah apabila kita melangkah kaki kita membuat sesuatu ,pastikan kita bertanya diri kita adakah Allah taala redha dengan perbuatan yang kita ingin lakukan atau pun tidak .Perut bumi tidak mengenali sesiapa sama ada ia di kalangan Ulama` , Uamara` ,Hafiz atau Hafizah ,Mualim ,Ustaz ,Ustazah atau sesiapa sahaja .Amalannya yang menyelamatkannya sudah tentu dengan rahmat Allah .Beramal mesti dengan ilmu . Nak dapat ilmu tak dapat tidak mesti dengan guru ,bukan dengan buku-buku semata-mata .Barangsiapa menjadikan buku sebagai panduannya ,tidak menuntut dengan guru ,maka Syaitanlah menjadi gurunya .Berapa ramai sekarang yang tak mahu menuntut ilmu ,hanya ingin melakukan ibadat semata-mata sahaja .Orang-orang yang sebegini ,yang selalu ditipu oleh Iblis dan sekutu-kutunya .Alasannya Allah taala mengetahui niat kita . Sedangkan amalan tanpa ilmu ,amalan itu ditolak dan tidak diterima . Zaman sekarang semakin kurang orang yang ingin menuntut ilmu .Yang dituntut , ilmu juga ya`ni ilmu dunia ,pekerjaan yang menjamin kesenangan hidup kononnya walhal fardhu ain yang asas masih lagi terkapai-kapai .Alhamdulillah Pelajar-pelajar U sudah mula mengambil intesif di pondok-pondok untuk memantapkan fardhu ain mereka ketika cuti semester .Sudah tentu langkah-langkah ini menggembirakan para guru-guru Pondok yang mengajari mereka .Cuma terfikir dalam sanubari guru-guru itu , bagaimana nak menyampaikan hukum-hukum dalam masa dua minggu lebih kurang ,sedangkan mereka (para guru-guru) menuntut bertahun-tahun lamanya . Para guru-guru sudah tentu sentiasa memohon pada Allah ,supaya memberi kefahaman sekaligus dapat beramal bagi penuntut-penuntut ini . Dengan senyuman mengingati detik-detik kemanisan para-para guru ketika bersama mereka ,gelak ketawa mereka , soalan demi soalan cepu emas mereka ,akan menjadi satu memori dalam hidup yang fana` ini . Akhir kata seperti kata Sayidina Umar ; “Tuntulah ilmu sebelum kamu jadi ketua”. Dah jadi pemimpin jangan haraplah sangat dapat menuntut lagi .Mungkin kerana keegoan sebagai pemimpin atau tiada masa . Bagi kata-kata saya pula ; “Tuntutlah ilmu wahai kaum hawa selama belum berumah tangga” . Kalau sudah berumah tangga maklumlah…Akhir kata sebagaimana firman Allah yang berbunyi “Tidak aku jadikan makhluk itu ,melainkan beribadat padaku” . Wallahualam .

Posted by: singalaka | Oktober 10, 2009

Haram Purdah???

haram purdah 4haram purdah 3haram purdah 1haram purdah 6haram purdah tantawi 

Beginilah ragamnya manusia yang hanya mengikut nafsu apabila mengutarakan sesuatu tanpa meruju` pada kitab-kitab yang mu`tabar .Insyaallah ,walau agak keberatan untuk saya mengulas tetapi saya terpaksa teruskan jua kerana kenyataan-kenyataan yang tersebut sudah agak melampau .

                                             (وليضربن زخمرهن على جيوبهن (النور: 31               

                  Dan hendaklah mereka menutup kain purdah ke dadanya

            Kerudung atau purdah adalah kain yang digunakan oleh kaum wanita untuk menutup kepala .Dan apabila wanita diperintahkan untuk menutup kain purdah ke dadanya ,maka ia pun diperintahkan untuk menutup wajahnya kerana wajah adalah tempat kecantikkan kaum wanita dan banyak menimbulkan fitnah bagi lelaki kerana kebanyakkan orang yang ingin melihat keindahan bentuk seseorang ,yang pertama mereka pandang dan perhatikan adalah wajah .Apabila didapatinya wajah yang cantik rupawan ,maka pandangannya akan terpaku kepada wajah yang indah itu sahaja .Kerana itu apabila ada orang yang berkata ; “Si polan cantik rupawan” , maka yang dimaksudkan adalah kecantikkan wajah si wanita tersebut .Dari sini jelaslah bahawa muka adalah tempat kecantikkan seorang wanita yang menjadi pusat perhatian kaum lelaki .Perlu diambil perhatian ,daripada surah annur itu tadi ,bahawa kain tudung itu mestilah besar sehingga menutup ke dada .Wanita-wanita `Arab pada zaman Jahiliah dahulu kala ada yang berkelumbung kepala dan menutup belakang leher mereka tetapi muka mereka terdedah ,bahagian depan leher mereka dan dada mereka juga terdedah . Baju kurung yang dipakai oleh wanita-wanita melayu ,walaupun sudah dikancing ,biasa juga menampakkan sebahagian kecil daripada dada dan masih menzahirkan bentuk buah dada dengan menonjol .Oleh itu ,wajiblah ditutup dengan kain tudung atau kelumbung yang besar dan jangan pandang remeh terhadap perkara ini .

            Bila keadaan seperti ini ,bagaimana mungkin Syariat Islam yang lengkap dan sempurna untuk kebahagiaan kaum Muslimin mewajibkan wanita untuk menutup kain purdah ke leher dan dadanya tetapi membiarkan wajah terbuka ?

                                  (ولايضربن بأرجلهن ليعلم مايخفين من زينتهن  ( النور: 31      

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan .

            Iaitu tidak boleh bagi wanita memukulkan kakinya kerana khuatir diketahui apa-apa yang tersembunyi di kakinya daripada jenis perhiasan yang digunakan oleh wanita . Maka seandainya wanita tidak boleh memukulkan kekinya kerana takut timbul fitnah daripada lelaki dengan apa yang didengar daripada suara hiasannya ,maka bagaimana halnya dengan membuka muka ? manakah fitnah yang lebih besar daripada seseorang laki-laki mendengar suara perhiasan yang dipakai oleh wanita di kakinya tanpa mengetahui siapakah wanita itu ; cantikkah dia atau tidak ,masih mudakah dia atau seorang yang telah tua daripada melihat wajah wanita yang tidak berkerudung ,apalagi bila ia seorang wanita muda yang elok parasnya .Kerana tiap-tiap lelaki yang normal memiliki keinginan terhadap seorang wanita . Oleh itu kita berkesimpulan bahawa wajah wanita mutlak wajib ditutup .      

يأيهاالنبى قل لأزوجك وبناتك ونسآءالمؤمنين يدنين عليهن من جلبيبهن ذلك أدنى أن يعرفن فلا يؤذين وكان الله غفورارحيما                 

Wahai Nabi ,katakanlah kepada isteri-isterimu ,anak perempuan dan isteri-isteri orang mu`min : Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ,yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal , kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah maha pengampun dan penyayang . (surah Al-Ahzab: 59)   

          Dalam kaitan ini ,Ibnu Abbas r.a berkata : “Allah SWT telah memerintahkan isteri-isteri orang mu`min apabila mereka keluar dari rumahnya untuk suatu keperluan , wajib mereka menutup kepala dan wajahnya dengan jilbab dan mereka boleh menampakkan mata sahaja .”

            Para Ulama` dan Fuqaha` berkata bahawa pentafsiran seorang sahabat Rasulullah tentang sesuatu hukum daripada ayat suci Al-Qur`an merupakan dalil dan hujah bahkan ada sebahagian Ulama` yang menggolongkannya sebagai hadith marfu` yang sampai kepada Rasulullah SAW .Sedangkan pernyataan Ibnu Abbas yang membolehkan membuka kedua-dua belah mata adalah darurat dan hajat seperti untuk melihat jalan dan sebagainya .

            Jilbab ialah selendang di atas kerudung yang fungsinya sama dengan mukena (telekung) .Ummu Salamah r.a berkata ketika ayat tersebut diturunkan : “Para wanita kaum Ansar ,apabila mereka keluar dari rumah untuk suatu keperluan ,maka mereka akan berjalan tertunduk dan di kepala mereka nampak kerudung hitam menutupinya .”

*Maka bagaimana dengan adanya dalil-dalil ini ,masih ada setengah-setengah di kalangan pelajar-pelajar menyatakan hukum jilbab hanya bagi isteri-isteri Nabi sahaja . Ini menunjukkan betapa jauh kejahilan kita dengan Agama . 

Dalil-dalil Hadith

قال الرسول صلى الله عليه وسلم : اِذَا خَطَبَ أَحَدُكُمْ امْرَأَةً فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَنْظُرَ مِنْهَا اِذَا كَانَ اِنَّمَايَنْظُرُاِلَيْهَا لِخِطْبَةٍ وَاِنْ كَانَتْ لاَتُعْلَمُ

  Sabda Rasulullah : “Apabila seseorang di antara kamu melamar seorang wanita ,maka dibolehkan baginya untuk melihat wajah wanita itu sekiranya si pelamar itu belum pernah melihat wajahnya sama sekali .” (H.R Ahmad) 

            Hadith Rasulullah tersebut di atas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menafikan dosa ke atas seorang peminang melihat wajah wanita yang dilamarnya itu dengan syarat behawa wanita yang dilihatnya itu akan menjadi isterinya pada waktu yang ditentukan dan disepakati bersama .Adapun selain peminangan ,maka sama sekali dilarang melihat wajah wanita itu dan berdosa bila hal ini dilakukannya juga .Demikian juga si peminang bila melihat wajah wanita itu bukan tujuan untuk meminangnya namum hanya sekadar menikmati kecantikkan dan keindahan wajah wanita itu sahaja ,ia adalah berdosa .

            Sekalipun zahir hadith tersebut tidak menerangkan bahagian mana yang boleh dipandang oleh si pelamar tetapi sudah dapat kita fahami bahawa bahagian yang boleh dipandang hanyalah wajah kerana wajah adalah simbol dan tempat kecantikkan dan kesempurnaan wanita .Manakala bahagian tubuh lain boleh diketahui dari sifat wajah tersebut .

اَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ  قال : مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاَءَ لَمْ يَنْظًرِ اللهُ اِلَيْهِ يَوْمَ القِيامَةِ فَقالتْ اُمُّ سَلَمَةَ : فَكَيْفَ يَصْنَعُ النِّسَاءُ بِذُيُولِهِنَّ ؟ قالَ : يُرْخِيْنَهُ شِبْرًا فَقالتْ : اِذَا تَنْكَشِفُ أَقْدَامُهُنَّ . قالَ : يُرْخِيْنَ ذِراعًا وَلاَيَزِدْنَ عليهِ                    

     Rasulullah SAW bersabda : “ Allah tidak akan melihat orang yang menjulurkan bajunya ke bawah kerana sombong” .Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW :  “Apa yang harus diperbuat oleh kaum wanita dengan baju panjangnya ? Jawab Rasulullah SAW : “Hendaklah mereka menghulurkannya satu jengkal ke bawah .” Ummu Salamah bertanya lagi : “ Kalau begitu akan terbuka telapak kaki mereka .” Berkata Rasulullah SAW : “ Hendaklah mereka menghulurkan satu hasta dan jangan ditambah lagi .(Hadith Riwayat Bukhari , Muslim dan selainnya)

            Hadith ini merupakan dalil wajibnya menutup kedua-dua belah telapak kaki wanita , di mana hal itu merupakan masaalah yang sudah dimaklumi antara kaum wanita para sahabat Rasulullah SAW . Sedangkan kedua-dua belah telapak kaki lebih sedikit menimbulkan fitnah daripada kedua-dua telapak tangan dan muka .Peringatan atas suatu masaalah yang lebih ringan ,merupakan peringatan atas masaalah yang lebih berat dan besar seperti firman Allah dengan ertinya “jangan kau hampiri zina” ,maka melakukan zina itu terlebih diutama terlarang .Jika ada orang dilarang untuk berbicara ,tentu ia lebih dilarang untuk berteriak dan bersorak-sorak .

            Syariat Islam tidak memerintahkan untuk menutup bahagian tubuh yang sedikit yang dapat menimbulkan fitnah ,sementara membiarkan kaum wanita membuka bahagian yang banyak yang menimbulkan fitnah .

عن عائشة رضى الله عنها قالت : كانَ الرُّكْبَانُ يَمُرُّوْنَ بِنَا وَنَحْنُ مُحْرِمَاتٌ مَعَ رَسولِ اللهِ صلىَّ اللهُ عليهِ وسلَّمَ فَاِذَا جَاؤُوْنَا سَدَلَتْ اِحْدَانَا جِلْبَابَهَا عَلىَ وَجْهِهَا مِنْ رَأْسِهَا فَاِذَا جَاوَزُوْنَاكَشَفْنَاهُ                                

Ummul Mu`minin Aisyah r.a berkata : “ Ada serombongan penunggang penunggang unta melalui kami ketika kami sedang berihram bersama Rasulullah SAW .Maka apabila rombongan itu datang kepada kami ,kami menutup muka dengan jilbab dan apabila rombongan itu telah meninggalkan kami , maka kami buka kembali penutup wajah kami itu .” (H.R Ahmad , Abu Daud dan Ibnu Majah)

            Perkataan Aisyah r.a : “Apabila rombongan itu datang kepada kami ,kami menutup muka dengan jilbab kami “, adalah dalil wajib menutup muka kerana yang diperintahkan dalam berihram adalah membuka muka .Kalaulah bukan kerana adanya halangan membuka muka ya`ni datangnya rombongan berunta itu ,pasti mereka membiarkan mukanya terbuka .

            Jelaslah membuka muka waktu berihram adalah wajib hukumnya ke atas wanita menurut pendapat kebanyakkan Ulama` Feqah dan perkara yang wajib tidak ada yang boleh menandinginya kecuali yang wajib pula .Maka seandainya tidak wajib menutup muka dengan jilbab terhadap lelaki yang asing ,pastilah tidak boleh meninggalkan yang wajib ya`ni membuka muka waktu berihram dengan cara menutupkan muka dengan jilbab/ cadar kerana lalunya lelaki asing .

*Dimana kitab pula dalil kakak siti zailah kita ambil ni sehingga menyatakan tawaf wanita itu terbatal sekiranya menutup muka . Paling banyak pun kena dam .Adapun syarat sah tawaf ada 8 perkara .Cuba ruju` pada kitab-kitab Feqah .

*Bila kita teliti dan fikirkan bersama bahawa para wanita yang membiarkan kepala dan wajahnya terbuka dihadapan lelaki asing , apalagi kalau kaum hawa itu merayau-rayau kesana kemari tanpa maksud dan tujuan .Maka kita akan dapati bahawa hal itu banyak menimbulkan akibat negatif yang boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah kehinaan dan kecelakaan .Di antaranya :

1)         Timbulnya fitnah . Wanita-wanita yang selalu mepercantikkan diri dengan perhiasan dan alat solek ,sementara membiarkan kepala dan wajahnya terbuka untuk dipandang dan dini`mati  oleh orang lain .Sesungguhnya ia telah menggali lubang kecelakaan bagi dirinya sendiri .Tentu sahaja hal ini merupakan buah kejahatan dan kehancuran .

2)         Hilangnya rasa malu daripada diri wanita pada hal rasa malu itu sebahagian daripada pokok-pokok keimanan dan bergesernya naluri kewanitaan .Wanita merupakan lambang rasa malu bagi masyarakat manusia ,lebih-lebih lagi para gadis atau dara yang sentiasa menjaga kehormatannya dengan mengurung diri di rumahnya seperti gadis-gadis di bawah jagaan ketat .Bergesernya nilai rasa malu daripada diri wanita membawa pertanda berkurangnya iman di dada dan keluarnya wanita daripada naluri kewanitaan yang asli .

3)         Timbulnya fitnah di kalangan lelaki sebab perbuatan wanita .Terutama apabila wanita itu mempunyai paras muka yang cantik yang membuat lelaki mabuk asmara . Berapa banyak perkelahian dan pertumpahan darah atau pelakuan sihir di kalangan pemuda kerana seorang gadis cantik yang tidak pandai memelihara kemuliaan dan kehormatannya sendiri .Ada sebuah pepatah yang masyhur berbunyi seperti ini :

نَظْرَةٌ فَسَلاَمٌ فَكَلاَمٌ فَمَوْعِدٌفَلِقاءٌ                                  

“Mula-mula saling memandang ,kemudian menyampaikan salam ,lantas bercakap-cakap , terus mengikat janji dan akhirnya perjumpaan .”

*Kita harus ingat bahawa syaitan itu berjalan dalam pembuluh darah manusia , selalu berusaha membisikkan dan memjuknya untuk melakukan kejahatan dan dosa . Berapa banyak kejadian bermula daripada pembicaraan ,tawa dan janji yang akhirnya jatuh cintalah lelaki kepada wanita sehingga membuat hati lelaki selalu terkenang wajah gadis yang dilihatnya dan juga hati si gadis terpaut pada lelaki yang dipujanya .Kalau sudah begini keadaannya ,tidak mustahil terjadi hal-hal yang tidak diniginkan oleh syariat Islam yang mulia dan sempurna .

4)         Pergaulan dan percampuran antara wanita dan lelaki . Sesungguhnya wanita apabila memandang dirinya sama dengan lelaki dalam hal kebebasan membuka wajah dan berjalan kesana kemari ,automatik akan berlakulah kemerosotan rasa malu pada diri perempuan kerana seringnya berjumpa dengan lelaki tanpa tabir dan hijab .

            Pergaulan seperti ini ,dapat menimbulkan fitnah yang besar dan kerosakkan yang dasyat yang berlawanan dengan keinginan kaum Muslimin untuk hidup secara damai dan penuh ketenangan . 

*Pada dasarnya yang kita kena ketahui ,bahawa ada dua maksud yang terkandung didalam dalil-dalil ini :

1)         Memisahkan pergaulan wanita dengan lelaki asing (ajnabi) dan mengajarkan sikap serta keperibadian wanita muslimah .

2)         Wajibnya bertabir bagi seorang wanita Muslimah terhadap lelaki yang bukan mahramnya .

*Disini saya akan menyatakan satu persatu mengenai rukun-rukun aurat perempuan supaya kita tak samakan aurat perempuan didalam sembahyang dan diluar sembahyang .

Ta`rif aurat : `Aurat daripada bahasa `Arab `awrah berma`na ke`aiban .Pada istilah Fiqh, ia diertikan bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan .

1)         `Aurat perempuan yang merdeka (ya`ni bukan hamba sahaya) dan demikian juga khunsa (ya`ni yang mempunyai dua alat kemaluan sejak lahir) di dalam sembahyang ialah barang yang lain daripada mukanya dan dua tapak tangannya yang zahir dan batin hingga pergelangan tangannya .Muka dan dua tapak tangannya zahir dan batin hingga pergelangan tangannya bukanlah `aurat dalam sembahyang .Yang lain daripada ini , semuanya dikira aurat di dalam sembahyang .Adapun tapak kakinya memadalah ditutup dengan bumi atau lantai ketika berdirinya .Jikalau kelihatan tapak kakinya atau tumitnya ketika ruku`nya atau sujudnya ,maka batallah sembahyangnya .Inilah juga auratnya ketika dalam ihram haji dan umrah . * Makruh bagi perempuan itu menutup mukanya dalam sembahyang kecuali ketika ia berada di tempat sembahyang atau masjid di mana terdapat laki-laki ajnabi yang tiada memelihara pandangan mereka .Jikalau ditakuti ia akan dilihat mereka sehingga membawa kepada fasad (kerosakkan) ,maka haramlah atasnya mendedahkan mukanya tetapi apabila ia hendak sujud ,wajiblah ia angkatkan kain tutup mukanya supaya tiada tertutup dahinya ketika sujud .  

2)         `Aurat perempuan yang merdeka di luar sembahyang ; Di hadapan lelaki yang ajnabi (asing) atau yang bukan mahramnya ,maka sekalian badannya .Ertinya , termasuklah muka dan kedua tapak tangannya zahir dan batin .Maka sekalian badannya wajib ditutupi atau dilindungi dari pandangan lelaki yang ajnabi itu .Tiada harus dibuka muka dan kedua tapak tangannya sama ada ketika jadi saksi atau selainnya melainkan kerana dharurah .Ini adalah yang mu`tamad .Ada Qaul dhaif menyatakan melainkan muka dan dua tapak tangan . Ini pun sekiranya aman daripada fitnah walhal kita tahu bahawa `Aisyah r.h.a ada berkata “ sekiranya Rasulullah hidup pada zamannya maka sudah tentu Rasulullah akan menghalang orang perempuan pergi ke masjid kerana banyak fitnah .”Itu pada zamannya .Sekarang sudah berabad-abad lamanya .Makin berlakunya banyak fitnah .

3)         `Aurat di hadapan perempuan yang kafir : Maka auratnya ialah barang yang lain daripada bahagian tubuh badannya yang zahir pada ketika ia berkhidmat atau bekerja dalam rumahnya iaitu kepala ,muka , leher , dua tapak tangan sampai kedua sikunya dan dua tapak kakinya .Demikianlah juga auratnya ketika di hadapan perempuan yang tidak jelas peribadi atau wataknya atau perempuan yang rosak akhlaknya .

4)         Aurat di dalam Khalwat : Di hadapan perempuan yang Muslimat dan pada lelaki yang menjadi mahramnya ,maka `auratnya ialah barang yang antara pusat dan lutut seperti aurat lelaki di dalam sembahyang .

Walau bagaimanapun untuk menjaga adab ,maruah dan untuk memelihara daripada berlakunya perkara-perkara yang sumbang ,maka perlulah ditutup lebih daripada barang yang antara pusat dan lutut .Jikalau ditakuti fitnah ,maka fardhulah ditutup bahagian-bahagian tubuh  selain daripada apa yang di antara pusat dan kedua lutut itu ,yang mungkin menggiurkan nafsu yang melihatnya .*kesimpulannya kita kena tahu aurat dalam ibadat dan aurat pada lelaki ajnabi dan aurat pada mahram adalah beza .Jangan bercelaru .Wallahualam .

*Bagi yang nak mengharamkan tu ,kenapa tidak haramkan saja yang sudah jelas-jelas haram seperti seorang perempuan yang berumur lingkungan 18 tahun memakai baju adiknya yang berusia 10 tahun sehingga nampak betul seluruh bentuk badannya yang menggeliurkan  .Yang kita nak ikut Muhammad Sayyed Tantawi itu buat apa ! bukankah jelas-jelas dia bersalaman dengan ummul malaysia Rafidah Aziz walhal kita tahu itu adalah perbuatan haram dan Nabi sendiri tak pernah bersalaman dengan perempuan yang bukan mahramnya .Bukankah Tantawi juga menghapuskan perbelajaran bab jihad di Mesir kerana mengikut terlunjuk jari Amerika .Tolonglah jangan merapu dengan hukum-hukum Allah yang telah ditetapkan pada azali lagi .Bagi sahabat-sahabat yang diluar sana, saya faham mungkin ada setengah pihak tak dapat terima pengulasan saya kerana orang yang saya ulas itu adalah orang yang awak sayangi .Saya sayang Pas kerana ia menegakkan Al-Quran Hadith Ijma` dan Qiyas  dan lagi pula ia memperjuangkan Islam bukan bangsa sebagaimana pihak yang lain hanya memperjuangkan bangsa melayu sahaja.Tetapi ini bukan berma`na kita kena ikut sahaja apa yang dikata oleh orang yang kita sayangi walau ia terang-terang salah . Ilmu menunjuk kita mana yang benar dan mana yang palsu atau mana yang mengikut akal .Maka terserahlah pada kalian .Kalau kalian nak kata perjuangan ,maka inilah perjuangan ,katakan tidak bagi mereka yang nak mengharamkan perkara yang difardhu oleh Allah taala .(Agaknya puak-puak ni nak tengok sangat orang-orang muda kita punya muka tak…tak tahu nak kata) . Wallahualam.

*Bagi menjawab persoalan sahabat saya ; Bagi seseorang yang sekejap pakai purdah sekejap tidak seperti dalam kampus ia tak pakai diluar ia pakai ,maka tak mengapa daripada tak pakai langsung  .Begitu juga orang sembahyang ,sekejap sembahyang sekejap tidak ,tak bolehlah kita kata lebih baik jangan sembahyangkan .Maka kita doakan untuk mereka dan kita sendiri supaya istiqamah dalam segala hal . Maka kalau boleh dapat tu,pakai teruslah …Wallahualam..

Posted by: singalaka | Oktober 8, 2009

10 sifat perempuan

Ulama` kata perangai perempuan ada 10 macam

1)                  Seperti babi ; iaitu perempuan yang suka makan dan minum dan malas buat kerja .( Perempuan yang macam begini tak payah buat isteri )

2)                  Seperti kuda ; iaitu perempuan yang suka tukar pakaian berwarna warni . (Inilah yang selalu berlaku didalam masyarakat kita , Satu kenduri satu pasang.) Lihat pada hukum tabaruj .

3)                  Seperti anjing ; iaitu perempuan yang kasih pada suami ketika suami senang . ( Selalunya berlaku niat pada yang pertama-tama kahwin iaitu cari suami yang kaya.Bukan nak cari suami yang boleh membimbingkan agama , walau ia miskin .)

4)                  Seperti keldai ; iaitu perempuan yang malas apabila ia tak mahu buat apabila disuruh .(perempuan yang selalu ingkar perintah suami atau kedua ibu bapanya .)

5)                  Seperti ular ; iaitu suka berdendam dengan suami . (tak dapat apa yang diingini , suami pun disuruh tidur luar misalan .)

6)                  Seperti kala jengking ; iaitu suka berjalan singgah rumah orang untuk mengumpat . (inilah amalan yang digemari oleh perempuan .Ada juga perangai orang lelaki yang macam begini .)

7)                  Seperti tikus ; iaitu suka curi barang suami . ( dengan ma`na ambil tanpa izin suami lagi-lagi kalau dapat suami yang kedekut )

8)                  Seperti singa ; iaitu suka bertengkar dengan suami . ( ini dasyat!!! nak bagi tahu orang yang dialah heroin Melayu yang terakhir .)

9)                  Seperti burung ; iaitu suka sangka buruk akan suami . ( suami pakai minyak wangi pun dia kata nak pergi menggatal .)

10)              Seperti kambing ; iaitu jaga kepentingan keluarga . ( perempuan yang macam beginilah yang kita nak kena cari .) Wallahualam

Posted by: singalaka | Oktober 6, 2009

Bab Sembahyang Jumaat

Syarat Sembahyang Jumaat 

Syarat wajib jumaat itu 7 perkara ;

1)         Islam

2)         Baligh

3)         Berakal

4)         Merdeka

5)         Lelaki

6)         Ketiadaan uzur

7)         Mukim

 

Syarat Sah Jumaat 

1)                  Bahawa jatuh jumaat itu didalam waktu Dzuhur .Maka jika sempit waktu Dzuhur daripada sembahyang Jumaat dan dua khutbah atau syak pada ada waktu lagi ,nescaya wajib disembahyangkan Dzuhur .Jika keluar waktu Dzuhur ketika tengah-tengah sembahyang Jumaat ,maka wajib disempurnakan akan sembahyang Dzuhur dan tiada berkehendak kepada niat Dzuhur .

2)                  Bahawa dikerjakan Jumaat didalam perbinaan yang berhimpun ya`ni didalam peredaran dan perhimpunan rumah-rumah (ya`ni kelilingi kampung bukan bersebelahan dengan kampung ) sama ada rumah itu daripada batu atau tanah atau kayu atau lainnya yang bermukim padanya bilangan-bilangan orang yang memperbuat mereka itu akan Jumaat sekira-kira tiada musafir mereka itu daripada tempat itu ketika sejuk dan ketika panas melainkan kerana hajat sama ada ia negeri atau kampung .Catatan ; Tiada sah Jumaat daripada ahli khemah seperti kem tentera atau di kolej-kolej atau di tengah-tengah bandar walaupun mereka sudah duduk lama kerana mereka itu diatas kelakuan orang yang musafir (ya`ni suatu hari mereka akan meninggalkan tempat itu) dan tiada bagi mereka itu perbinaan orang yang mastautin (ya`ni rumah ,harta benda kepunyaan sendiri dan ingin duduk sehingga mati di situ) .Walau begitu jika kedengaran mereka itu akan bang (azan) Jumaat daripada tempat Jumaat seperti sebelah kampung ada buat jumaat ,maka wajiblah atas mereka itu sembahyang Jumaat pada tempat yang didirikan Jumaat itu .

3)                  Bahawa jangan mendahulukan dengan takbiratul ihram oleh takbiratul ihram Jumaat yang lain pada tempat yang mendirikan Jumaat itu .Begitu juga jangan menyertai akan takbiratul ihramnya pada takbir oleh Jumaat yang lain pada tempat yang mendirikan Jumaat itu kerana ditegah berbilang-bilang Jumaat pada satu tempatnya melainkan jika banyak ahli tempat jumaat itu dan kesukaran berhimpun mereka itu pada satu tempat ,maka harusalah berbilang-bilang Jumaat kerana hajat dan sahlah Jumaat bagi sekaliannya yang dahulu takbiratul ihramnya dan kemudiannya tetapi sunat diiringi Dzuhur kerana mera`ikan pendapat yang mengatakan tiada sah berbilang-bilang Jumaat jikalau kerana hajat sekalipun .Huraian : Jika berbilang-bilang Jumaat tiada kerana hajat dan jatuh takbir beberapa Imam itu sekali ya`ni bersamaan atau syak pada dahulunya dan bersama-samanya ,maka tiada sah Jumaat sekaliannya .Maka wajib sekaliannya berhimpun pada satu tempat dan dimulai jumaat yang lain dengan dua khutbah .Ini jika luas lagi waktunya .

4)                  Bahawa dilakukan sembahyang Jumaat itu hal keadaan berjemaah pada rakaat yang pertama jua dengan bahawa berkekalan berjemaah hingga selesai sujud yang kedua pada rakaat yang pertama itu .Dengan ma`na harus sembahyang sendirian pada rakaat yang kedua sehingga jika mufaraqah (niat bercerai dari Imam) dari Imam kemudian daripada sujud yang kedua sekalipun .Mereka yang dapat serakaat serta Imamnya ,dapatlah Jumaatnya . Catatan ; Bilangan yang empat puluh orang bermastautin itu disyaratkan dia berkekalan sembahyangnya daripada awal sembahyang hingga kepada salam hingga jikalau berhadath seseorang daripada empat puluh orang itu sebelum  salamnya dan jika kemudian daripada salam yang lainnya sekalipun ,maka batallah sekalian jumaat mereka itu .   

5)                  Bahawa adalah jemaah pada Jumaat itu dengan empat puluh orang ahli Jumaat jikalau dengan Imam sekalipun .Maka disyaratkan tiap-tiap daripada empat puluh orang itu sah sembahyang bagi dirinya (cukup syarat) dan jika tiada sah keadaannya jadi Imam bagi kaum itu sekalipun (Fatihahnya tak beberapa elok misalan) . Sah Imam Jumaat itu daripada kanak-kanak yang mumayiz atau orang yang musafir atau sahaya orang atau yang nyata berhadath jika hadath besar sekalipun jika genap bilangan empat puluh orang dengan yang lain daripada mereka itu .Adapun jika tiada genap bilangan-bilangan empat puluh orang melainkan dengan mereka yang tersebut ,maka tiada harus dikirakan mereka itu daripada empat puluh orang .Catatan ; Jikalau kurang bilangan empat puluh orang itu di tengah-tengah sembahyang seperti ada empat puluh orang ,tiba-tiba berhadath salah seorang daripadanya ,maka batallah  jumaatnya .Maka hendaklah menyempurnakan oleh yang tinggal itu akan Dzuhur kerana disyaratkan bilangan-bilangan itu ,hendak ada ia berkekalan seperti waktu .

6)                  Bahawa mendahului akan sembahyang Jumaat itu oleh dua khutbah . 

Rukun Khutbah  Jumaat    

Bermula rukun khutbah itu 5 perkara ;

1)                  Membaca الحمدلله ya`ni memuji Allah .

2)                  Solawat keatas Nabi s.a.w.

3)                  Wasiat dengan تقوى لله  .Ketiga-tiga rukun ini wajib pada kedua-dua khutbah .

4)                  Membaca satu ayat pada salah satu daripada dua khutbah tetapi membaca pada khutbah yang pertama terlebih utama .

5)                 Doa bagi mu`minin pada khutbah yang keduanya .Sekurang-kurang َرحِمَكُمُ الله

Disyaratkan pada dua khutbah itu dengan bahasa arab .Memadalah bahasa arab pada segala rukunnya jua .Tidak mengapa pada bahasa apa pun pada nasihat .Disyarat lagi keadaan keduanya didalam waktu Dzuhur dan mualat (berturut-turut) keduanya dan antara segala rukunnya dan antara khutbah dan sembahyang .Demikian lagi disyaratkan suci daripada hadath dan najis yang tiada maaf daripadanya sama ada pada kainnya atau badannya atau tempat pendiriannya dan juga menutupi aurat .Ini bagi Khatib .Adapun segala mereka yang mendengar khutbah ,maka tiada disyaratkan  daripada yang tersebut . Disyaratkan lagi berdiri bagi yang kuasa pada kedua khutbah dan duduk antara dua khutbah kadar tuma`ninah (kadar subhanallah) .Sunat dipanjangkan sedikit duduk itu kadar baca surah Al-ikhlas serta sunat dibacakannya .Bagi yang membaca khutbah hal keadaan duduk kerana uzur ,wajib diceraikan antara kedua khutbah itu dengan diam . Disyaratkan lagi mendengar oleh empat puluh orang yang sah Jumaat dengan mereka itu jika tiada faham mereka itu akan ma`nanya sekalipun .Memadalah empat puluh orang itu dengan Khatib dan jika tiada mendengar khatib itu akan khutbah dengan sebab tuli sekalipun kerana ia ketahui akan barang yang dibacanya .Demikan lagi , disyaratkan pula pada dua khutbah dan sembahyang itu genap bilangan-bilangan yang empat puluh daripada awal khutbah hingga selesai sembahyang .

Sunat-sunat Jumaat    

Inilah beberapa sunat bagi mereka yang hendak mendirikan sembahyang Jumaat .

1)                  Mandi bagi mereka yang berkehendak hadir Jumaat sama ada orang yang wajib Jumaat atau tiada dan waktunya daripada fajar tetapi yang afdhalnya tatkala hampir perginya  .Maka jika lemah daripada mandi ,hendaklah ditayamum ganti daripadanya .

2)                  Membersihkan badannya dari bau yang busuk .

3)                  Memakai pakaian yang putih

4)                  Mengeratkan kuku jika panjang .

5)                  Mengerat bulu ari-ari dan dicabutkan bulu ketiak .Makruh meninggalkan kerat bulu ari-ari dan dicabutkan bulu ketiak lebih daripada 40 hari .Sesungguhnya syaitan akan bergayut di situ .

6)                  Mengandamkan misai .

7)                  Memakai bau-bauan (minyak wangi) .

8)                  Diam serta mendengar akan khutbah .Makruh memberi salam atau membuat ibadat-iabadat sunat yang lain seperti membaca Alquran atau bersedekah tatkala khatib membaca khutbah kerana ketika itu kita dituntut mendengarkannya .Banyak berlaku di masjid-masjid kita dan di negeri-negeri jiran ,tabung berjalan ketika khatib membaca khutbah sama ada dengan tabung yang beroda atau tabung yang dibawa oleh Ajk-Ajk masjid itu sendiri.

Catatan ;  Mereka yang masuk ke Masjid pada hal Imam sedang membaca khutbah , hendaklah ia sembahyang sunat Jumaat dua rakaat yang ringan keduanya .Maka haram orang yang sudah hadir didalam Masjid lagi tiada sah ia sembahyang sunat atau fardhu tatkala Khatib membaca sama ada sudah diperbuat sunat itu dahulu daripada khutbah atau belum lagi diperbuatnya .Wallahualam .

Posted by: singalaka | September 15, 2009

10 golongan perempuan masuk neraka !!

1)              Perempuan yang digantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya kerana membuka aurat . (Ramai yang keliru atau tak tahu mengenai pemakaian yang betul mengenai tutupan aurat dengan tudung .Adapun pemakaian itu wajiblah menutup sebagaimana didalam sembahyang ya`ni sehingga dagu bukan bawah dagu sebagaimana ramai kaum hawa memakainya .) Mengenai kewajiban memakai purdah,  insyaallah kita akan bincang pada babnya .

2)       Perempuan yang digantung dengan lidah  dan dituangkan api neraka yang sangat panas kedalam mulutnya kerana menyakiti suaminya (lidah ditarik 70 hasta) . (Seperti ia kata “sejak saya kahwin dengan awak apa saya ada!” atau ia kata “Hai bang sejak akhir-akhir ni nampak malas je sembahyang tahajud !” Apabila seorang isteri berkata demikian maka pahala tahajud si isteri itu berpindah kepada si suami .) Berbaloi ke ?

3)      Perempuan yang digantung dengan dua susunya dan buah zakum itu dituangkan masuk kedalam mulutnya (iatu buah kayu yang didalam neraka yang amat pahit ) apabila dimakan ,maka bergelegak segala isi perut mereka dan otak mereka kerana ia menyusu akan anak orang lain tanpa mintak izin suaminya . (Susu badan itu milik Suami .Oleh kerana itu harus bagi si isteri meminta upah dari suami kerana menyusukan anak dari susu badannya .) Tapi kalau boleh tak payahlah ya..

4) Perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat dan terlipat dan dilumur minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas kedalam mulutnya kerana keluar tanpa mintak izin suaminya walau kerumah ibunya sendiri . (Ini banyak berlaku bagi Isteri-isteri yang bekerja di bandar .Mereka memikirkan bahawa mereka layak menerima layanan yang setanding dengan lelaki dalam semua hal termasuklah tidak perlu meminta izin dari suami ke mana saja hendak pergi . Kadang kala si Suami terpaksa bertanya kepada orang yang seperjabat isterinya untuk mengetahui kemana pemergiannya .)

5)        Perempuan yang tergantung pada hal memakan akan daging dirinya dan api menyala-menyala dari pihak bawahnya kerana ia memperhiasi bagi orang lain, tidak bagi suaminya .( Sekiranya si Isteri keluar rumah hal keadaan berhias diri sedangkan si Suami tidak menegah , maka si Suami akan diazab setiap setapak keluar rumah isterinya itu selama seratus ribu tahun di dalam neraka .Nauzubillahiminzalik .) Boleh tahan ke wahai suami   ? Bagi isteri yang memakai wangian ketika suaminya berada di rumah hukumnya sunat .Hukumnya makruh sekiranya suaminya tiada di rumah .Adapun jika keluar rumah walau dengan suaminya ,maka iaitu haram .Setiap lelaki yang menghidu wangiannya itu dihukumkan perempuan itu seperti berzina dengannya .

6)        Perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala Malaikat akan dua kakinya dan dijadikan atas badannya beberapa ular dan kala hal keadaannya memakan akan dagingnya dan meminum akan darahnya kerana ia tak mahu  mandi junub ,haid dan meringan-meringankan sembahyang . (Orang yang tidak mandi junub atau haid sudah tentu kita kata mereka adalah orang yang tidak sembahyang .Adakalanya jika mandi sekalipun tetapi mandi dalam keadaan jahil dengan kaifiat (cara-cara) mandi . Maka serupalah dengan orang yang tidak mandi . Maka sembahyangnya tidak diterima .Apabila tidak diterima , maka ibadat-ibadat yang lain pun tidak diterima .) Bagi orang  yang meringan-ringankan sembahyang seperti menta`hirkan  (melambatkan) sembahyangnya sehingga masuk kepada waktu sembahyang yang lain. Sesuai firman Allah dalam surah الماعون : Maka neraka weil lah bagi orang yang meninggalkan sembahyang hal keadaannya lalai .lalai dengan maksud menta`hirkan waktu tanpa uzur syar`ie .

7)       Perempuan yang tergantung akan dirinya hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Didalam mulutnya api menggelegak otak kepalanya mengalir kedalam hidungnya dan segala badannya amat busuk lagi berputar-putar seperti kena penyakit yang besar kerana ia mendatangkan anak zina . (Maka dengan ini jauhilah mana-mana keadaan yang mendorong kita kearah berzina .Dengan makna kaum lelaki dan kaum perempuan dilarang sama sekali untuk bercampur aduk tanpa penghadang antara satu sama lain walaupun belajar fardhu ain .) Ciri-ciri muslimah yang solehah iaitu ia tiada pada tempat perhimpunan orang ramai .Sebaik-baik pekerjaan iaitu menjahit sebagaimana Siti Ai`syah isteri Rasullullah s.a.w .

8)       Perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapannya hingga kebelakangnya daripada segala anggotanya dengan gunting api neraka kerana ia masyhurkan dirinya . (Sekarang kita dapat lihat berapa ramai yang nak jadi pemimpin rakyat padahal ada tegahan daripada Nabi yang jelas dan berapa ramai perempuan hendak berpidato di depan khalayak lelaki ,hanya kerana hendak menunjukkan bahawa dia pun boleh sebagaimana laki-laki . Memimpin hanya bagi kaum hawa ,tiada masaalah .Berpidato di depan kaum hawa sahaja tiada masaalah .Yang harus itu jelas yang haram itu pun jelas .Jangan mempergunakan agama dengan akal .Agama itu dibina dengan apa yang diturunkan oleh Allah .)

9)       Perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan diatasnya beribu-beribu warna dari azab kerana ia adalah sangat mengadu-ngadu lagi amat dusta . (Ini salah satu penyakit kaum Hawa yang jahil . Sebab itu tidak hairanlah Nabi kata seorang perempuan boleh menggoncangkan satu dunia .Dusta dia ,pengaduan dia boleh menjatuhkan dari seorang president kepada rakyat .Sesuai kata Nabi barangsiapa banyak bercakap , maka banyaklah salahnya . Barangsiapa banyak salah , maka banyaklah dosanya .Barangsiapa banyak dosanya , maka nerakalah tempatnya .) Maka beringatlah !

10)     Perempuan yang tergantung atas rupa anjing dan api neraka masuk daripada bawah duburnya dan keluar ia daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badannya dengan pemukul api neraka kerana ia adalah sangat membangkit akan manusia seperti ia berkata “Buat apa engkau buat ini…..” lagi pula banyak dengki berdengki . (Apabila kita merasa berdengki , maka cepat-cepatlah kita ingat ini semua pemberian Allah )

* Ini semua apa yang diceritakan oleh Nabi kepada Siti Fatimah anaknya dan Saidinah Ali sahabatnya lagi menantunya dan suami kepada Fatimah rha yang dimana ia melihatnya sendiri ketika Isra` mi`raj . Wallahualam .Bersungguh-sungguhlah perbaiki diri .

Older Posts »

Kategori