Ingin membuat saham akhirat??
Insyaallah Madrasah (lebih kurang) yang akan dibina yang menempati madrasah , pejabat , perpustakaan, bilik komputer, bilik tamu dan kedai .
Tempat jalan masuk ke Madrasah dari jalan besar ( Jalan Labis, 10 km dari Yongpeng menghala ke Chaah )
Tanah yang sudah dirata…(jalan masuk dari pintu masuk jalan besar lebih kurang 3km selepas menyusuri sungai kecil)
LAUTAN DARIPADA PAHALA
TERSEDIA UNTUK ANDA …..DI MADRASAH DINIAH SA’ADIYAH
Bayangkan bahawa seorang pelajar ( lelaki atau perempuan ) yang telah ditaja oleh Anda di mana ia mendapat pendidikan di tapak madrasah yang Anda waqafkan atau binaan madrasah yang Anda dermakan, menjadi seorang yang soleh dan berilmu serta menyebarkan ilmu Allah di serata pelusuk negara khasnya, sehingga berterusan pertalian ilmunya hingga hari kiamat .
Bayangkan berapakah yang Anda akan dapat daripada ganjaran pahalanya?
Bayangkan anak-anak kita atau anak-anak orang lain dapat manfaat ilmu dari saluran yang kita hulurkan …
Menuntut Ilmu itu terlebih afdhal disisi Allah daripada sembahyang, puasa, haji dan berperang sabilillah .( riwayat Dailami ) .
Hadith di atas bukan memberitahu kita bahawa meninggalkan ibadat itu lebih baik, tetapi bahawa ibadat yang dibuat tanpa ilmu, adalah sia-sia .
OBJEKTIF PENUBUHAN MADRASAH
Sebagai pusat ilmu , tarbiah dan da’wah pelbagai lapisan masyarakat dan melahirkan Ulama’ yang memenuhi ciri-ciri berikut :
> Ilmu yang mantap seterusnya dapat menyelesaikan permasalahan umat
> Beramal dengan ilmu
> Mempunyai keperibadian tinggi lantas menjadi contoh teladan
> Berkemampuan berda’wah dan membimbing masyarakat
PERANCANGAN
Terbahagi kepada dua fasa :
> Fasa Pertama : Pembinaan Bangunan Di Tapak Madrasah Diniah Sa’adiah di Kampung Ngamarto Yong Peng ,Batu Pahat Johor Bahru .
> Fasa Kedua : Mengumpul Dana Operasi
Fasa Pertama : Pembinaan Bangunan Di Tapak Madrasah Diniah Sa’adiah di Kampung Ngamarto Yong Peng ,Batu Pahat Johor Bahru .
Keluasan 3 ekar tanah persendirian dan waqaf mencakupi :
> Madrasah
> Asrama Lelaki
> Asrama perempuan
> Beberapa rumah guru
> Beberapa rumah pertugas
> Kelas-kelas pengajian kitab
> Asrama anak-anak yatim
> Dewan
> Pejabat dan perpustakaan
Fasa Kedua : Mengumpul Dana Operasi
> Bertujuan menguruskan Madrasah dan segala aktivitinya
> Bagi menjalankan program-program ilmu , keagamaan dan tarbiyah kepada segala lapisan masyarakat
> Bagi mengadakan kursus intersif @ jangka masa pendek untuk pelajar sekolah dan pelajar IPT , bakal pengantin , badan kerajaan/swasta , ahli korporat , para imam dan lain-lain .
> Dana berbentuk tanah perladangan , bangunan sewaan , perumahan , perniagaan , perkilangan dan lain-lain .
> Menghulurkan bantuan kebajikan bagi golongan dhaif
> Pengurusan dana di kendalikan oleh Mudir sendiri dan beberapa sahabat lain untuk masa ini .
APA ITU WAQAF ?
Waqaf itu membelanjakan sesuatu yang kita cintai atas jalan sedeqah /waqaf yang bersifat kekal. Selama ain /sesuatu yg kita waqafkan itu wujud dan dimanfaatkan, kita akan mendapat ganjarannya sehingga hari kiamat insyaallah .
Dari Hadith Umar bin Al-khattab r.a ,(hadith yang menjadi panduan penting dalam konsep wakaf ini menurut ibnu Hajar al ‘Asqalani ) daripada ibnu Umar r.a bahawa sesungguhnya Umar r.a telah berkata ya Rasulullah s.a.w: aku telah memiliki sebuah ladang kurma di Khaibar, tidak pernah aku miliki harta yang baik macam ini sebelumnya , maka apa yang engkau perintahkan aku buat dengan harta ini ? Nabi saw menjawab : Jikalaulah engkau mewaqafkan tanah itu dan sedeqahkan hasilnya …tanah itu tidak boleh dijual beli , tidak boleh juga diberikan sebagai pemberian atau diwarisi oleh pewaris engkau” . Ibnu Umar berkata : maka Umar mewaqafkan tanah itu dengan syarat tidak boleh dijual ,tidak boleh diberi (hibah), tidak boleh diwarisi , hanya khas kepada golongan faqir , saudara mara , hamba-hamba , tetamu-tetamu dan ibnu sabil .Tidak ada keberatan (sekatan) bagi orang yang menguruskan tanah itu untuk makan daripada hasilnya ( dia dan tanggungannya ) dengan kadar yang berpatutan .
Ijma’ : Ulama’-ulama’ telah menyatakan bahawa para sahabat telah berijma’ dari segi kesahihan waqaf , dinyatakan oleh pengarang kitab Al-Mughni bahawa Jabir ra telah berkata : (Sekiranya semua sahabat Nabi s.a.w yang ada kemampuan pasti mereka telah mewaqafkan sebahagian daripada harta mereka fi sabilillah : Ini dianggar sebagai ijma’ daripada amali mereka ) .
APA YANG ANDA AKAN DAPAT ? DAN APA YANG KAMI DAPAT ?
Pewaqaf yang mewaqafkan hartanya walaupun dengan kadar yang kecil untuk pembinaan Madrasah dan lain-lain , dia akan mendapat – dengan izin Allah – banyak manfaat di dunia dan di akhirat , antaranya :
Di Dunia ;
1.Sedeqah boleh menutup 60 pintu keburukkan.
2. Melindungi diri dengan perlindungan yang tebal dari kecemasan .
3. Menyembuhkan penyakit yang kritikal dan berlarutan .
4. Jaminan daripada rasulullah bahawa harta tidak akan berkurangan .
5. Menambah harta .
Di Akhirat :
1.Menghapuskan dosa .
2. Pelindungan di hari Mahsyar
3.Teman yang baik dalam kubur .
4.Jaminan masuk ke syurga .
Dan banyak lagi…..
Penutup
Sehubungan dengan itu , pihak kami amat berbesar hati sekiranya penubuhan madrasah ini mendapat sokongan dari pihak tuan/puan sama ada berupa tenaga ataupun wang ringgit dan lain-lain . Sokongan tersebut menyambut saranan supaya saling bantu-membantu memartabatkan agama Allah Taala . Semuga bantuan pihak tuan/puan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang besar di dunia dan akhirat .
Firman Allah Taala,bermaksud : “Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai , di setiap tangkai itu pula terdapat seratus biji .Allah menggandakan (pahala) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha luas (kurniannya) ,lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah:261)
> Segala sumbangan bolehlah disalurkan melalui :
Bank Islam
(Bagi yang hendak membeli unit waqaf)
No akaun: 03036020803224
Membeli tapak kemudian mewaqafkan ke atas pembinaan Madrasah yang sebesar 5 ribu kaki (satu tapak/kaki hanya RM50)
Contoh Lafaz : Saya mewakilkan tuan untuk membeli 10 unit tapak waqaf bernilai RM50.00 seunit dengan jumlah :10 unit x RM50.00 = RM500 (contoh) (boleh juga menghubungi terus kepada mudir madrasah)
Bank Simpanan Nasional
(Bagi yang ingin memberi sumbangan untuk pembinaan satu bangunan daripada bangunan-bangunan Madrasah, kemudian dia mewaqafkan kepada Madrasah Diniah Sa’adiah)
No Akaun : 01127-41-00003201-3
Di bawah nama mudir Madrasah : Abd Rahim Bin Saad @ Mohamad Shah
Perhubungan
Mudir /Yang DIpertua Madrasah Diniah Sa’adiyah
Ustaz Hj Abd Rahim Mohamad Shah
H/p : 0199746730
Email: singalakas@yahoo.com
Timbalan yang dipertua
Saudara Mohd Hafiz Bin Abd Rahim
H/p : 0132756400
Setiausa Pertubuhan
Saudara Ramadhan
H/P : 0132609224
Tinggalkan Jawapan